Pov Aurel
Selesai menguruskan keperluan untuk mama. Aku menuju masuk ke dalam bilik tidur aku dengan Ethan. Nampak kemas dan teratur. Tadi nampak macam kalut nak pergi kerja sampai tak sempat sarapan tapi bilik boleh pulak kemas. Sebelum ni, gambar kahwin kami ada beberapa keping didinding dan di atas meja namun sekarang kosong. Sebaknya. Tak lama lagi mungkin Kasih akan tidur sini. Sama ada mereka tidur sekatil atau tak, aku tak boleh nak jangka.
"Aurel termenung kenapa?" Tiba-tiba ada suara menegur. Aku kalih belakang.
"Mama...." Perlahan sahaja suara aku. Terkejut.
"Aurel nak kemas bilik Ethan." Ujar aku sambil menunduk.
"Tadi Kasih dah kemas sebelum pergi kerja. Lepas ni Aurel jaga auntie je. Hal dalam bilik ni tak payah ambil tahu. Ethan tu dah ada isteri. Isteri dia boleh uruskan lagipun Aurel kerja sini hanya untuk jaga auntie. Jom teman auntie jalan-jalan."
Kenyataan yang sangat pedih. Nampaknya permainan sudah bermula.
"Baik...jom." Aku menghulur tangan dan kami jalan beriringan sambil memberikan senyuman. Senyuman yang paling sukar untuk aku ukir.
*****
Pov Aurel
Baru nak duduk. Telefon berbunyi.
Ting!
Whatsapp masuk.
Aku tersenyum.Husband
Sayang buat apa?Wife
Baru siap masak untuk makan malam.
Abang balik awal?Husband
Sayang.
Mama ajak makan luar malam ni.😔Wife
Habis yang sayang masak tu nak bagi sape makan!😡Ethan terus menelefon aku.
"Sayang...sayang jangan simpan makanan tu. Tengah malam nanti abang makan."
"Sayang penatlah. Dah tahu nak makan luar kenapa mama suruh sayang masak macam-macam! Sayang tak reti tapi gigih jugak tengok resepi dengan cara masak macam mana. Bila cakap bahan-bahan tak ada. Mama suruh beli. Pastu tiba-tiba nak makan luar pulak. Penat tahu tak!" Aku menjerit. Ya kali pertama aku tinggikan suara pada suami aku.
"Sayang...abang minta maaf."
"Tak apa. Biar sayang makan sorang-sorang. Bye!"
Aku terus menutup panggilan. Apa yang mama nak sebenarnya? Kalau macam ni laa...aku rasa aku tak mampu nak ambil hati dia. Ego sama mengunung macam anaknya.
Aku keluar dari bilik bila terdengar suara orang bercakap di luar. Rupanya Ethan dan Kasih sudah balik. Bersama.
"Aurel, kami nak pergi makan kat luar harini. Makanan tu awak simpan je. Nanti panaskan je bila nak makan." Ujar mama bila nampak aku keluar dari bilik.
"Boleh puan sri." Aku tunduk lalu menuju ke dapur. Ya aku orang gaji tak berbayar. Kena ingat tu.
Baru nak buka tudung saji. Ada orang memeluk aku dari belakang.
"Sayang...abang minta maaf." rupanya Ethan yang memeluk aku.
"Lepaah. Nanti diorang nampak." Aku cuba untuk melepaskan diri namun gagal.
"Diorang tengah siap. Mana nampak. Abang rindu sayang." Ethan mencium leher aku.
"Abang...jangan macam ni."
"Sayang...abang tak boleh. Abang nak kita macam dulu."
"Ceraikan Kasih."
"Buat masa ni tak boleh lagi. Tunggu dua bulan."
"So?"
"Abang...jom." kedengaran suara mama memanggil.
"Abang pergi dulu. Esok abang bawa sayang jalan-jalan."
Chup!
Satu ciuman singgah dipipi dan Ethan dengan segera keluar dari dapur. Kesian jugak tengok keadaan dia. Balik kerja, tak sempat nak salin baju dah keluar rumah semula. Sebelum ni, kalau aku ajak keluar sejam tunggu dia bersiap bila balik kerja baru keluar.
*****
Pov Ethan
"Abang, sejak bila pandai makan petai ni?" Tanya mama pelik bila aku order nasi goreng petai. Aku pun pelik.
"Entah. Teringin sangat. Order jelaa." Jawap aku.
"Kalau awak nak makan atau teringin. Cakap je. Nanti saya tolong masakan." Kasih mencelah. Mungkin nak ambil hati mama. Lakonan semata-mata.
"Okay boleh." sambung aku.
Sumpah! Selera makan aku malam ni lain macam. Selalu aku tak berselera sangat sebab teringat Aurel Fatiya tapi bila pekena nasi goreng petai, habis licin. Selera anak tekak aku western food bukan masakan kampung macam ni.
***
Sampai dipejabat hari ini lambat. Tengah hari baru masuk. Bawa Aurel Fatiya jalan-jalan. Walaupun sekejap tapi nampak kegembiraan di wajahnya. Sekarang dia banyak makan hati. Aku tak tahu nak buat apa selain minta maaf. Dah dua minggu aku tak tidur dengannya. Rindu."Amel, masuk jap." Aku menekan interkom.
Dengan pantas Amel datang.
"Yes Tuan?"
"Busy tak?"
Amel mengeleng.
"Awak tolong belikan saya mempelam muda."
"What? Tuan biar betul?" tanya Amel dengan muka terkejutnya.
"Cepatlah."
"Okay-okay. Mengidam teruk ni." Ujar Amel lalu berlalu pergi.
Aku rasa nak tergelak. Ethan Danial makan nasi goreng petai. Ethan Danial mengidam nak makan mempelam muda. Like seriously?
*****
"Kau kenapa doh? Tiba-tiba kuat sangat makan benda masam-masam ni." Kini Along pulak yang pelik.
"Aku pun pelik jugak. Anak tekak mengidam teruk ni." Ujar aku sambil makan asam yang ada di atas meja.
"Selama aku kawan dengan kau. Aku tak pernah nampak lagi. Ni kali pertama aku nampak."
"Kau nak?" Aku menyuakan asam kepada Along. Laju sahaja mengeleng kepala. Aku tersenyum.
"Aurel okay tak kat rumah? Sekarang ni aku jarang gila nampak dia buat status whatsapp, buat story kat instagram. Aku whatsapp dia layan dengan tak layan je. Dulu penuh je buat status. Even dia nak stalker instagram kau."
"Biar betul. Aku tak tahu pun."
"Kau memang tak tahu. Bisnes man mana nak sempat tengok benda-benda macam tu."
Aku serabut doh tengok status orang. Actually, dia okey jela. Nanti ada masa aku bawak dia balik rumah umi abah. Kalau dia nak, aku malas nak paksa dia nanti jadi gaduh."
"Eh Ethan, kau bawa minggu kau bawa minggu depan. Aku nak kenalkan dia dengan bakal kakak iparnya."
"Cehhh, kalau dia tahu ni comfirm setahun tak bertegur dengan kau."
"Kau janganlah patahkan semangat aku. Aku nak buat surprise ni."
"Yelah surprise sangat. Dah lah mood dia tak okay sekarang ni."
"Wey, macam mana kau ubah dia berhijab berniqab bagai eh? Amazing doh."
"Dia bukan jenis keras kepala. Other side pemikiran dia matang walaupun perangai budak-budak tu kuat menguasai dia. Lagipun dia sayang gila kata aku."
"Cehh sayang kau sangatlah ni."
*****
YOU ARE READING
Just You, Budak Lembab! [COMPLETED]
Romance"Betullah apa yang saya selalu fikir selama ni yang awak memang tak cintakan saya. Awak tak sayangkan saya pun. - Aurel Fatiya. "Yes! Kenapa? Kau rasa menyesal sekarang? Budak lembab!" - Ethan Danial. Peringatan : Under 18 kebawah tidak digalakkan...