Sahabat-sahabatku yang baik, nikmatilah perasaan indah hidup bertuhan. Bantulah diri kita mengecapi ketenangan setiap kali ditimpa musibah dan ujian. Hakikatnya, setiap kali kita bersedih dan tertekan, sedarkanlah diri kita bahawa kita belum berada pada penamat jalan. Kita masih boleh mengharap dan terus mengharap pada satu kuasa yang boleh membantu kita meringankan beban. Jika kita tersilap atau tersalah, ada satu kuasa Allah Maha Besar yang boleh mengampunkan kita dan mengembalikan kita ke pangkal jalan.
Bersama Allah, tidak ada istilah fikiran buntu. Mestipun kita letih dan tertekan, Allah sentiasa ada untuk membantu. Bersama ujian Allah jangan sampai ada istilah jemu, kerana sebagai Mukmin kita harus yakin bahawa bersama setiap ujian, ada ganjaran besar yang menunggu. Jangan katakan pada Allah, "Wahai Allah, aku ada masalah!" Sebaliknya katakanlah kepada masalah, "Wahai masalah aku ada Allah!"
Binalah kekuatan dalam diri kita sendiri dengan membina keyakinan kita pada Yang Maha Berkuasa. Allah ada. Allah Tuhan kita.
Apabila hamba-hamba-ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku (Allah) dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi-ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka sentiasa berasa dalam kesabaran. "
(Al-Baqarah 2: 186)~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Cerita Kita Dengan Tuhan
Manusia ada kalanya sukar difahami
Dan pentingkan diri sendiri,
Biarkanlah...
Maafkan sahaja mereka.
Kalau kita baik,
Ramai yang mengambil kesempatan
Atas kebaikan kita,
Biarkan sahaja...
Teruslah berbuat baik kepada sesiapa sahaja.
Kalau kita berjaya,
Ada kawan yang berpura-pura,
Ada pula yang terang-terangan
yang memusuhi kita,
Jangan pedulikan...
Teruslah mendaki ke puncak jaya.
Kalau kita gembira dan ceria,
Mereka mungkin dengki dan sakit hati,
Jangan pedulikan mereka...
Senyumlah dan teruskan ceria.
Berilah dunia ini apa sahaja yang kita mampu,
Andai itu yang mereka perlu.
Berilah dunia ini
Segala yang terbaik daripada kita,
Biarpun ia tidak pernah mencukupi mereka,
Kerana kita akan melihat nanti,
Rupa-rupanyapada akhir cerita,
Ianya bukan lagi kisah antara kita
dengan mereka,
Sebaliknya,
Ia akan menjadi satu perhitungan,
Antara kita dengan Tuhan,
Sejauh mana kita yakin dan percaya
Dengan pembalasan. "°°°°°°°°°°°°°°
YOU ARE READING
Kata Hati
RastgeleBukan setiap masa kita diuji. Ada masa-masanya, keadaan tenang sahaja. Kita sempat menarik nafas lega. Kita sempat ketawa dan tersenyum gembira. Cuma, sudah tentu putaran itu akan terus berulang. Laut yang tenang, sudah pasti akan kembali dipukul ge...