BETAPA DAHAGANYA KITA AKAN PERTOLONGAN DIA

9 2 0
                                    

Manusia merancang. Allah juga merancang. Sudah semestinya perancangan Allah jauh lebih hebat mengatasi segala perancangan manusia.

Sahabat-sahabatku yang baik, kita ini manusia yang cukup lemah. Biar sehebat manapun persediaan kita, kita sentiasa memerlukan bantuan daripada Allah. Tidak boleh terlalu yakin dengan diri sendiri. Tidak boleh terputus pergantungan kita terhadap Dia dalam apa juga perkara. Begitu juga, kita sentiasa memerlukan bantuan daripada orang lain kerana diri kita ini tidak sempurna. Ada kekurangan kita yang mampu dipenuhi oleh orang lain dan ada kelebihan kita yang mampu memenuhi keperluan orang lain. Begitulah Allah mengatur dunia.

Kerana itu, harus sedar bahawa biar serapi manapun perancangan kita, takdir Allah sentiasa mengatasinya. Saya sudah melaluinya berkali-kali dan saya akur pada ketentuan Ilahi. SubhanAllah. Betapa dahaganya kita dengan pertolongan Allah.

Jika Allah menimpakan engkau dengan suatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghalangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurniaan-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-hamba-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Yunus 10: 107)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Aku Hanya Hamba

Ya Allah, aku ini hanya seorang hamba,
Hamba yang sering terhina dengan dosa-dosanya,
Engkau Maha Tahu betapa aku tidak berdaya,
Engkau Maha Melihat betapa aku selalu tewas, Meskipun aku telah mencuba sedaya upaya.
Jika mengenang pada kerasnya seksa
Kemurkaan-Mu,
Hampir sahaja aku berputus asa.

Namun jauh di lubuk hati ini,
Aku menyakini bahawa,
Engkaulah Tuhan Yang Maha Mengasihani,
Engkau Yang Maha Mengerti,
Kelemahan yang ada pada hamba-Mu ini,
Maka ampunilah aku, Ya Allah.

Jika aku tersesat,
Bawalah aku kembali,
Jika aku tersasar,
Bimbinglah hati ini,
Aku bermohon dengan sepenuh
Kerendahan hati.
Ya Allah ...
Jangan sekali-kali Engkau biarkan aku
Mengendalikan diriku sendiri,
Jangan Ya Allah,
Aku mohon
Jangan Engkau lupakan hamba-Mu ini! "

°°°°°°°°°°°°°°°°

Kata HatiWhere stories live. Discover now