"Hello..." kedengaran suara ceria di hujung talian. Suraya tersenyum mendengar suara itu. Sudah lama dia tidak mendengar suara kawan baiknya iaitu Melissa. Dia dan Melissa sudah berkawan sejak di bangku sekolah lagi. Segala suka dan dukanya dikongsi bersama. Bagi Suraya, Melissa adalah seorang sahabat yang sangat memahami dan sentiasa mengambil berat tentangnya. Tetapi, akibat kekangan masa mereka sudah jarang berjumpa. Bertanya khabar pun melalui whatapps.
"Hello.... Mel... Kau apa khabar?? Rindu la... Lama tak jumpa kau," luah Suraya. Sungguh, dia rindu hendak duduk berbual-bual dengan bff nya itu. Rindu nak bergosip itu ini seperti waktu mereka masih bersekolah dulu.
"Eleh....rindu konon, banyaklah kau punya rindu. Kalau rindu kenapa baru sekarang kau call aku?" soal Melissa.
"Aku busy la... Bukan aku sengaja tak nak contact kau. Kau tu pun,kalau aku tak contact memang tak retilah kau nak call aku ke, datang jumpa aku ke. Mengata aku, kau pun sama." Tergelak Melissa mendengar Suraya mengatanya.
"Ha...kau tiba-tiba call aku ni kenapa?" soal Melissa.
Suraya yang sedang berdiri di luar rumahnya ketika menghubungi Melissa tadi, melangkah masuk ke dalam rumahnya. Dia menutup pintu dan mengunci pintu itu. Punggungnya dihenyak di atas sofa lembut yang berada di tengah ruang tamunya.
"Aku ada benda nak cerita kat kau... Tapi rasanya baik kita jumpa, senang sikit aku nak cerita. Esok malam kita jumpa kat tempat biasa, boleh?" pinta Suraya.
"Wow...macam ada hot story je... Hmmm...esok malam....boleh la," Melissa mengangguk-angguk kepala tanda bersetuju. Dia pun sudah lama tidak bertemu Suraya. Kali terakhir dia jumpa Suraya adalah semasa Suraya bercerai dulu. Dialah yang menemani Suraya turun naik mahkamah. Sebagai seorang sahabat, dia sentiasa ada bila Suraya dalam kesusahan.
"Ok...tapi kau jemput aku ye..." pinta Suraya lagi.
"Aik...kereta kau mana? Rosak ke?" soal Melissa dengan dahi berkerut.
" Bukan rosak...." teragak-agak Suraya hendak menjawab. Kalau dia cerita yang keretanya di ambil Amar untuk diberi kepada isteri barunya mesti Melissa bising. Berkali-kali Melissa berpesan padanya dulu, 'pertahankan hak kau'. Melissa memang pantang bila mana-mana wanita ditindas.
"Habis tu??"
"Habis tu, three la..." gurau Suraya lalu dia tertawa.
"Hei Su, aku tanya betul-betul la... Kau main-main pula! Serius la sikit.. Mana kereta kau?" Melissa mulai meninggikan suaranya. Bengang kerana dipermainkan Suraya. Suraya memang begitu, suka sangat menyakat Melissa.
"Kereta aku Amar dah ambil balik. Dia bagi isteri baru dia pakai..." kali ini Suraya berterus terang kepada Melissa. Sampai bila dia mahu menyembunyikan segala halnya dari Melissa. Lambat laun Melissa akan tahu juga. Lagi parah kalau Melissa tahu dari mulut orang lain. Memang bernanah la telinganya mendengar leteran Melissa.
Melissa memang kuat berleter, garang, cepat naik angin, kasar sikit. Tapi hatinya baik. Sebab itu Suraya senang berkawan dengannya dari dulu lagi. Dan...mungkin sebab itu juga Melissa tak kahwin lagi. Asal ada lelaki yang hendak berkenalan dengannya, semua dia tempelak. Jual mahal sangat.
"What?? Amar ambil bagi isteri baru dia pakai? Melampau betul Si Amar tu! Kenapa kau biar je dia ambil balik kereta tu? Sepatutnya kau halang dia dari ambil. Bini baru dia bersenang-lenang kat sana, kau? E....geram betul aku dengan spesis lelaki macam tu. Kalau aku jumpa dia nanti, aku nak bagi penumbuk kat muka dia," terbuntang mata Suraya mendengar amarah yang dilepaskan Melissa tadi. Kan betul tekaannya tadi, pasti bernanah telinganya mendengar leteran Melissa. Hendak tergelak pun ada juga Suraya bila dia mendengar Melissa hendak menumbuk Amar.
'Macam mana la rupa Amar kalau kene tumbuk Melissa' Suraya tergelak bila membayangkan situasi itu.
"Eh...kau gelak apasal??"
"Takda apa-apa....cuma..aku rasa lawak pula bila kau cakap kau nak tumbuk di Amar tu."
"Tu la kau...semua benda rasa lawak, semua benda buat main-main," leter Melissa lagi.
"Ok..ok... Aku minta maaf, aku serius sekarang. Kau tu pun, sudah-sudah la berleter, bernanah telinga aku ni dengar kau berleter tau. Dah la.. Aku nak tidur ni. Esok jangan lupa ambil aku, selamat malam." ucap Suraya. Dia terus mematikan talian tanpa menunggu Melissa membalas ucapan selamat malamnya. Suraya sebenarnya malas hendak mendengar leteran Melissa. Selagi dia tak puas hati selagi itulah mulutnya tidak akan berhenti membebel. Suraya tersenyum teringatkan Melissa. Rindunya dia pada sahabatnya itu.
*****************
Suraya dan Melissa berjalan beriringan ke sebuah cafe tempat mereka selalu berjumpa untuk berkongsi cerita. Mereka mengambil tempat di sebelah tepi cafe itu.
"Wah Su....kau makin cantik la aku tengok lepas menjanda ni," puji Melissa.
"Amboi...ni puji ke perli?" Dari dulu lagi Melissa memang selalu memuji kecantikkannya. Kadang-kadang, Melissa sendiri cemburu melihat kecantikkan semula jadi Suraya. Dia tidak perlu bermake up tebal untuk nampak menarik seperti sesetengah wanita.
"Aku puji la....memang betul pun kau nampak lagi cantik dan berseri sekarang. Kalau bekas laki kau tu nampak kau, mesti dia tergila-gilakan kau balik," kata Melissa sambil menghirup airnya.
"Ish...tak nak la aku, lelaki ni sekali dia dah buat macam tu, tak mustahil dia akan buat lagi. Cukup-cukup la aku dah sia-siakan diri aku untuk dia dulu." seribu penyesalan dirasainya.
"Well...yang dah lepas tu, biarlah lepas. Sekarang kau fokus kat diri kau dan anak-anak kau je ok... Aku tau kau kuat Su, dah lama kita berkawan. Kau lupakan Amar yang tak pernah hargai kau tu, you deserve someone better." Kata-kata Melissa itu mengingatkan Suraya kepada Zafran. Dia tersenyum sendiri.
Melissa hairanan melihat Suraya yang tersenyum sendiri.
"Wei....kau ni dah kenapa?? Tersengih-sengih macam orang tak betul.. Aku suruh kau move on, bukan suruh kau tersengih-sengih macam orang gila." Suraya segera mematikan senyumannya.
"Eh..mana ada aku tersengih-sengih.." tergagap dia menjawab.
"Semalam kau cakap ada hal nak bagitahu aku, apa dia?" Suraya menghirup air di depannya. Kemudian, dia melepaskan keluhan kecil.
"Kau masih ingat lagi tak dengan Zafran?" soalan Suraya itu membuatkan Melissa cuba untuk mengingat siapa Zafran.
"Zafran mana satu ni?" puas Melissa cuba mengingat semula siapa Zafran, tetapi dia gagal untuk mengenal pasti Zafran yang mana yang dimaksudkan oleh Suraya.
"Zafran yang satu sekolah dengan kita dulu... Zafran yang nerd tu... Zafran yang..."
"O......kau punya kekanda tu dulu ya," teka Melissa.
"Ha...dia la.." Suraya lega bila Melissa ingat, jadi tak perlulah dia nak jelaskan panjang lebar.
"Kenapa dengan dia??"
"Sekarang ni dia lain tau.. Tak macam dulu."
"Apa yang lainnya?" Melissa kehairanan.
"Sekarang dia tak nerd lagi macam dulu, penampilan berubah. Aku masa jumpa dia hari tu memang tak kenal langsung dia. Aku kerja dengan dia sekarang..dia bos aku," terang Suraya.
"Ok...aku masih tak faham, tu je ke kau nak bagitahu pasal kekanda kau tu?"
"Dia lamar aku," tutur Suraya dengan tenang.
Uhuk..uhuk..
Tersedak Melissa yang sedang menikmati air minumannya apabila mendengar kata-kata Suraya itu. Nasib baik dia tak sembur air dalam mulutnya ke muka Suraya yang duduk bertentangan dengannya.
"E...apa kau ni.. Tak senonoh betul la perangai, gelojoh betul bila bab makan minum!" marah Suraya.
"Betul ke dia lamar kau wei? Untungnya kau Su....macam baru semalam je kau bercerai dengan Amar, tup-tup hari ni dah ada orang lamar. Aku ni takda pun orang nak." Melissa menggeleng kepala mengenang nasibnya. Tak lama lagi jadi andartu la Melissa ni.
"Betul la...kau ingat aku main-main ke, aku dah terima pun lamaran dia tu dan masalahnya sekarang aku ni takut tau tak.." Suraya memandang muka Melissa. Nampak riak wajah Suraya sedikit risau.
"Kau takut apa?" Suraya terdiam seketika.
"Aku takut kalau dia pun macam Amar juga."
"Kalau kau takut, kenapa kau terima lamaran dia?" Suraya mula berfikir, kenapa dia terima lamaran Zafran tempoh hari.
"Sebab aku...aku dah terlanjur.." belum habis Suraya memberi penjelasan Melissa terus memotong kata-katanya.
"Astaghfirullahalazim....... Ya Allah, Engkau ampunilah kawan ku ini ya Allah..." Melissa menadah tangannya seperti orang sedang berdoa. Suraya tercengang melihat Melissa. Dia segera menelekup mulut Melissa sebelum Melissa membebel lagi.
"Aku belum habis cakap lagi la Mel... Aku dah terlanjur sayang kat dia, bukan terlanjur yang tu," Suraya melepaskan tangannya dari mulut Melissa. Melissa tersenyum memandang Suraya.
"O...terlanjur sayang... Bukan dari dulu ke kau memang ada feeling kat mamat nerd tu. Kalau tak, kau tak sibuk balas surat dia dulu kan....." makin meleret senyuman Melissa seakan memerli Suraya.
"Aku jumpa kau ni sebab nak cerita pasal masalah aku, bukannya minta kau perli aku macam ni."
"Ok..ok... Macam ni, kau sayang dia, dia lamar kau pun mesti sebab dia pun sayang dan cintakan kau.. So, tindakkan kau terima lamaran dia tepat sangat. Dari dulu kot dia sukakan kau.. Lepas kau menjanda pun dia masih nak kat kau. Mana nak cari lelaki macam tu..? Limited edition tu..."
'Limited edition?? Melissa dengan Zafran cakap serupa je, macam ada something.'
"Bagi aku, tak salah kau cuba, mungkin dengan dia kau akan bahagia."
"Macam mana kalau dia pun macam Amar bila kami dah kahwin nanti?"
"Kalau dia pun macam tu, aku tumbuk muka dia," kata Melissa sambil tergelak.
"Orang tanya betul-betul dia main-main pula... Haishhh...malas la aku nak layan kau ni. Aku nak balik la." Suraya merajuk.
"La...aku gurau je la.. Kalau Zafran pun macam Amar, kau bagitahu je aku...aku tau la nak buat apa. Kau tunggu jap, aku nak ke tandas kejap." Melissa berlalu ke tandas.
Suraya yang duduk keseorangan sementara menunggu Melissa, memerhati sekitar cafe itu. Di sudut yang agak tersembunyi, dia terlihat ada sepasang makhluk yang sedang ceria berbual. Si gadis yang berpakaian seperti tidak cukup kain itu kelihatan begitu ceria melayan si jejaka yang duduk membelakangi Suraya.
Tidak lama kemudian, kelihatan si gadis itu bangun dari tempat duduknya, dia berjalan menuju ke tandas. Melissa yang baru hendak keluar dari tandas terlanggar si gadis seksi tadi.
"Minta maaf cik... Minta maaf.." Melissa meminta maaf.
"Woi! Kau buta ke??" marah si gadis.
"Eh...aku dah minta maafkan.. Kau bising-bising ni kenapa?" Melissa sudah mula naik angin medengar tutur kata biadap gadis itu.
Suraya melihat keadaan mula tidak terkawal, dia bimbang Melissa akan bergaduh besar dengan gadis itu. Melissa memang pantang diajak bergaduh. Suraya bangun menuju ke arah Melissa.
"Mel...dah la tu, jangan nak bergaduh kat sini, malu la orang tengok," Suraya menghalang Melissa untuk terus bergaduh dengan gadis itu.
"Kenapa ni?" kedengaran suara garau menyapa. Suara itu Suraya kenal, suara yang sudah sebati di telinganya.
'Zafran'
YOU ARE READING
Mr Drama King(BAKAL TERBIT)✅
RomanceBlurb➡Cinta bersulam benci *Story pertama yang terlalu banyak kekurangannya. Akan diedit semula. Jodoh itu ditangan Tuhan. Walaupun mereka nampak bahagia, namun ada sesuatu yang tidak kena dalam rumahtangganya. Akhirnya, rumahtangga yang dibina ham...