Surat Cinta

3 0 0
                                    

Dear awak,

Saya harap awak dalam keadaan sihat walafiat masa awak tengah baca surat ni. Itupun kalau awak bacalah. Eh tak kisah la awak baca ke tak, yang saya tahu sekarang ni saya tengah taip surat cinta ni khas untuk awak. Ya, awaklah siapa lagi.

Awak, sebenarnya saya dah lama perhatikan awak dari jauh dan senyap-senyap. Dalam diam saya puji awak. Cara awak bercakap, cara awak senyum, cara awak ketawa, cara awak bergaya, cara apa lagi? Semuanya lah. Saya suka! Tapi sebagai seorang perempuan yang sangat pendiam dan introvert, adalah sangat mustahil untuk saya datang pada awak dan cakap "hai, saya suka awak dan dah lama perhatikan awak." Ya, sangat mustahil. Mungkin awak akan buat muka pelik dan cakap "siapa pulak minah ni? Tiba-tiba nak suka aku. Selalu perhatikan aku. Psiko sial!" Kan? Hm ya, saya memang suka fikir yang bukan-bukan.

Dalam masa yang panjang sambil-sambil saya perhatikan awak tu, saya adalah cuba untuk cari tahu siapa nama awak, umur awak, laman sosial apa yang awak ada, dan yang paling penting.. awak masih single atau tak *emoticon senyum nampak gigi keluar air mata*

Mula-mula sekali, saya jumpa akaun twitter awak. Okay dari situ saya dah dapat tahu nama awak. Hihi *senyum tayang gigi* lepas tu saya mulalah baca tweet awak satu persatu, dan... ya, saya ternampak tweet awak yang ada perkataan "sayang". Tapi tak nampak pulak awak bermention dengan perempuan yang awak panggil sayang tu. Saya agak kecewa. Tapi masa tu saya tak follow awak terus. Saya biar selang beberapa hari baru saya follow. Sebab saya takut awak perasan yang follow awak tu saya. Tapi.. macam mana awak nak perasan saya awak bukannya kenal sayaaaa *emoticon muka geram* Saya tak yakin, tapi saya pasti awak akan cam muka saya. Sebab awak pernah nampak saya.

Awak nak tahu tak? Saya boleh menangis tiap kali saya teringatkan awak. Awak nak cakap saya gila bayang ke? Suka hati awaklah. Tapi saya nak nangis bukannya sebab awak. Saya nak nangis sebab sedih dengan diri sendiri yang tak berani nak mulakan langkah. Tak salah pun kan kalau perempuan yang mulakan dulu? Well at least pandang awak dan senyum kat awak ke kan? Ni tak, saya nak bertentang mata dengan awak pun saya tak berani. Tiap kali saya perhatikan awak, dan awak pandang ke arah saya, mesti saya cepat-cepat alihkan pandangan. Sebab saya berharap awak yang akan mulakan dulu semuanya. Tapi tulah, saya tahu benda tu tak akan terjadi *emoticon senyum nampak gigi keluar air mata*

Antara ayat-ayat terakhir yang akan saya taip ni, saya cuma nak cakap, alangkah indahnya kalau awak, dan saya dapat berkawan. Ya kawan. Sebab saya cuma perlukan seorang kawan *senyum keluar air mata*

Yang selalu perhatikan awak,

Saya.

Catatan HatiWhere stories live. Discover now