Meet the 'Princesses'

11 2 0
                                    

Disebabkan berasa sangat geram,Hikari terus meninggalkan tempat itu.Dia mengambil keputusan untuk terus berjalan-jalan menuju ke hadapan sebelum balik ke pintu utama.Tanpa dia sedari,ada sepasang mata yang memerhatikannya setiap gerak gerinya dari jauh. Hikari mula berasa tidak selasa dan terus memalingkan wajahnya ke belakang.Namun dia tidak melihat sesiapa pun di belakangnya.Dia mula meneruskan perjalanannya sambil mempercepatkan langkahnya.Tiba-tiba dia perasan  terdapat satu garisan merah yang panjang  sepertinya memisahkan bahagian utama pekan itu dan bahagian belakang pekan itu.

Hikari P.O.V

"Kenapa aku tak pernah perasan pun ada garisan merah dekat belakang pekan ni?..Patut ke aku masuk atau tinggalkan tempat ni?Tapi kenapa...aku rasa aku kenal dengan tempat ni.Seolah-olah aku.. pernah pergi ke sini..tapi..bila?"

Aku mula mengatur langkahku menuju ke hadapan dengan perlahan dan berhati-hati.Setiap langkah yang aku aturkan untuk memasuki kawasan itu membuatkan aku pening dan pada masa yang sama aku dapat melihat imej yang Kabir di dalam  kepalaku.Semakin dalam aku pergi,semakin gelap tempat itu.Dan semakin itulah banyak imej-imej yang kabur di dalam kepalaku. Aku menjadi semakin pening.Mungkin  disebabkan imej-imej yang kabur itu memaksa aku mengingati sesuatu.Tetapi badan aku menolak untuk mengingatinya.Aku semakin tidak berdaya untuk meneruskan lagi.Aku cuba untuk bersandar di dinding bangunan dengan perlahan-lahan. Imej-imej kabur itu semakin  ligat masuk Di Dalam kepalaku.Semakin lama kepalaku menjadi semakin sakit.Aku mula hilang kesadaran diri dan mataku semakin lama semakin berat untuk dibuka. sehinggalah...

End Hikari P.O.V

"Tolong!!!"

Ketika Hikari hampir pengsan disitu,secara tiba-tiba dia terdengar jeritan yang sangat kuat meminta tolong.Dia cuba mengagahkan dirinya untuk bangun.Tangannya digunakan untuk memegang dinding batu supaya dapat menyokong badannya daripada terjatuh.Walaupun dalam keadaan lemah,dia masih cuba sedaya upaya untuk berlari agar cepat tiba di tempat pemilik suara itu.Semakin jauh dia pergi,semakin kuat jeritan meminta tolong itu.Sehinggalah dia tiba di sebuah tempat yang dikerumi orang.Dia ternampak seorang remaja perempuan yang ditahan oleh beberapa orang lelaki.Remaja perempuan itu memberanikan dirinya supaya dapat melepaskan diri.

"Saya adalah puteri dari kerajaan Cindeliar!saya arahkan awak semua untuk lepaskan saya!"

"Lepaskan?Hahaha!!barang baik mana boleh tinggalkan"

Selepas mendengar kata-kata lelaki itu,remaja perempuan itu terus berasa takut.Lelaki yang menahannya semakin menghampirinya.

"Se..siapa tolong saya!!!"

"Ish kau ni!diamalah!"

Mendengar jeritan remaja perempuan itu,seorang lelaki di situ terus menekup mulutnya.Supaya tiada sesiapa mendengar jeritannya lagi.

"Kalau kau ni seorang puteri,mesti kau perlukan seorang raja kan?!Biar aku jadi raja kau"

"Urmph!..(menangis)"

Tanpa berlegah lagi Hikari terus datang untuk menyelamatkan remaja perempuan itu.Tidak sampai beberapa minit,Hikari telah menumpaskan kesemua lelaki itu.Remaja perempuan yang menyaksikan kehebatan Hikari terus terpesona.

"Su..sugoi.."

Hikari terus menghulurkan tangannya untuk membantu remaja perempuan itu bangun.Namun belum sempat di sambut olehnya,tiba-tiba dia terdengar suatu suara yang kuat.Mereka berdua terus menoleh ke empunya suara.

"Yamero!!"

Dan pada masa yang sama sebuah objek yang keras dilempar tepat ke arah muka Hikari.Lemparan yang kuat itu menyebabkan Hikari pengsan dengan darah yang mengalir dri kepalanya.

"Jangan awak berani sentuh Puteri saya!!"

Itulah kata-kata terakhir yang Hikari dengar sebelum dia pengsan

Metro Town(DISCONTINUED)Where stories live. Discover now