10

7.1K 1K 162
                                    

A/N: Saya jamin update ini pasti korang suka. (^^)

--
[Misi Hancurkan Hati JJk]
Day 5
100% Loading.

"Hey."tegur Jungkook lemah sahaja suaranya. Aku duduk berteleku di hujung katil. Hujung kain selimut putih hak milik hospital aku tarik sehingga menutupi ke paras dada Jungkook.

Lelaki itu kuat semangat walaupun dirinya diserang kesedihan. Kejadian yang berlaku terhadap Jungkook membuatkan hati aku tidak keruan.

Aku dihantui rasa bersalah yang menggunung tinggi. Itu semua gara-gara misi gila yang sudah termeterai janji antara aku dan Kim Taehyung.

"Park Hae Yoon..kau dah kenapa? Aku okay je kan. Jangan risau lah. T-terima kasih sebab bawa aku ke hospital. Aku hargai..sangat."tutur Jungkook beserta nada yang sopan dan lembut.

Berbeza benar dengan sikap yang biasa ditonjolkan oleh dirinya sewaktu di universiti.

Dia garang, dia sukar untuk bermesra. Dia dingin.

Jungkook pada waktu sekarang sangat berbeza. Senyuman lemah terukir di bibirnya. Tangannya menyentuh perlahan tangannya yang sudah berbalut kemas.

Aku yakin kau tak okay kan?

Senyum lah Jungkook. Aku rasa trauma dengan keadaan kau yang tidak sedarkan diri.

"Yoon. Hae Yoon."bisik Jungkook namaku berulang kali. Matanya tajam menikam pandangan mataku.

Jarinya lincah menekan skrin telefon pintar. Selimut yang membaluti badan dia tepis ke tepi.

Badannya dirapatkan ke sisi aku.

"Kau ajar aku. Boleh tak Hae Yoon?"

---
Jungkook membiarkan sahaja selimut yang sudah melorot jatuh ke atas lantai. Bau-bauan ubat dan udara sekeliling yang melingkari persekitaran wad hospital yang dihuninya sedikit menyesakkan jiwa lelaki itu.

Wajahnya yang sejak dari awal pucat lesi sudah bertukar warna. Sakit yang dirasainya berkurangan sedikit.

Dia tersenyum melihat skrin telefon pintar. Carian google tentang topik misteri itu menjadi penguat semangat untuk Jungkook kembali sihat.

Dia letak jari di bahu Hae Yoon. Pantas dicuitnya dengan perasaan ingin mengusik.

"Awak nak saya a-ajar apa Jungkook?"soal Hae Yoon yang masih keliru.

Jungkook diam tanpa bersuara. Dia memberi jawapan melalui tingkah lakunya. Kemudian ,bibirnya terbuka untuk mengungkapkan hajat yang tersimpan di hati.

"Begini..ajar aku jadi normal. Ajar aku untuk kenal erti persahabatan. Ajar aku untuk hargai wanita. Bantu aku Hae Yoon."

---
"Tapi Jungkook, kenapa tiba-tiba aje?"

Soalan aku hanya dibalas dengan anggukan kepala dari Jeon Jungkook. Entah apa yang dianggukkannya pun aku tak pasti.

Dia turun dari katil secara mengejut. Aku secara tidak sedar memaut pinggang lelaki itu.

Pegangan aku pada pinggangnya kemas dan erat. Bimbang kondisi Jungkook masih lemah dan tidak kuat.

Jungkook bawa aku ke tengah bilik hospital yang dihuninya pada waktu ini. Mujur sahaja tidak berkongsi, kalau tidak. Sudah jenuh aku ingin menanggung malu.

Kami sama-sama berdiri menghadap tubuh badan masing-masing. Jari kasar Jungkook bermain-main dengan anak rambut yang terjuntai di dahi aku.

Lembut sentuhannya. Semakin terpana aku dibuatnya.

Mulut aku terbuka untuk mengumam sesuatu. Namun, gagal. Tindakan licik Jungkook menjerat hati perempuanku yang sensitif ini.

Aku dapat rasakan jari-jari kami berdua bertaut erat. Genggaman tangan terbentuk mesra.

Pandangan aku dan Jeon Jungkook saling bertemu. Masa berputar begitu lambat pada detik tersebut.

Satu ciuman ringkas dihadiahkan di dahi, hidung, dan kedua-dua belah pipiku.

"Janji untuk bantu aku. Jadi kawan aku. Peneman aku. Aku keseorangan Park Hae Yoon. Aku percayakan kau."

Percaya?

Kau letak kepercayaan kepada aku yang berselindung di balik tirai penipuan.

Aku terasa kejam.

Hidup ni sememangnya tidak adil Jungkook.

Bukan semua orang akan perolehi kebahagiaan yang tulus. Akulah antara manusia yang akan hancurkan hati kau kelak Jeon.

Wajah Jungkook disembamkan di atas bahu kanan aku. Pelukannya terasa begitu erat di pinggangku.

"Kau tak tipu aku kan Hae Yoon? Janji dengan aku. Kau akan temani aku."

Kata-kata Jungkook seperti berbaur amaran. Aku kedip kelopak mata untuk mengusirkan perasaan bersalah yang bertandang di hati.

Aku angguk kepala. Ah, terasa palsu perbuatan aku ketika itu.

Bibir aku menyatakan janji yang cukup binasa.

"Saya berjanji , Jeon Jungkook."

Tepukan lembut diberikan Jungkook di belakang badan aku.

"T-terima kasih. Jangan hancurkan hati dan kepercayaan aku kepada kau, Park Hae Yoon."

🎮
Fuh, touching sangat update kali ni.

Happy wednesday. 💖



[C]Misi Hancurkan Hati | JJKWhere stories live. Discover now