Lifetime Love ( III )

5.5K 310 4
                                    

Itu semua dulu....

Dulu,semasa aku di zaman remaja..

Kini, aku di sini. Masih berpijak di bumi nyata. Dan masih menunggu kedatangan my lifetime love ku. Menunggu Adamku.

"Cik Faneeha, our meeting's going to start," aku segera bangun dari dudukku. Laila menghulurkan tangan untuk mengambil fail di tanganku. Aku pantas menggeleng.

"No, it's okay,". Aku menghela nafas panjang. Hari ini, aku akan membentangkan paperwork yang bakal menentukan kedudukanku di dalam syarikat ini.

Sama ada masih di takuk lama, ataupun meningkat satu tangga lebih tinggi sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah yang termuda. Seiring dengan pintu bilik mesyuarat yang terbuka, aku terasa satu kepuasan yang tak terjangka.

Adam, inilah apa yang Fan mahu perjuangkan. Fan sudah mencapainya. Adam macam mana?

******************

"Nur on the way ni mak,"aku memulas stereng ke kanan bila lampu isyarat menunjukkan warna hijau.

"Sekejap lagi sampaila ni mak. Alah, mak ni tak sabar-sabar,"aku tergelak kecil dengan telatah emak yang begitu tidak sabar menungguku pulang. Selepas memberi salam, aku meletakkan handphone ku di dashboard.

Aku memandang jam yang mengunjukkan pukul 6 petang. Banyak kereta bersimpang siur di kiri kananku. Masing-masing sibuk selepas pulang dari kerja. Kelihatan beberapa pasangan remaja di bahu jalan. Remaja zaman sekarang, sudah pandai bercintan-cintun. Apa kurangnya aku dulu.

Cuma apa yang berbeza, aku sangat mementingkan pelajaran lebih dari segalanya. Begitu juga Adam. Kami tahu, masa takkan dapat diputarkan jika kami gagal di dalam pelajaran.

Aku menekan brek di lampu isyarat yang seterusnya. Aku menarik handbrek memandangkan lampu isyarat lambat lagi mahu membenarkan aku pergi. Disebabkan keretaku berada benar-benar di bahu jalan, aku sempat menoleh memandang gelagat beberapa orang.

Ada pasangan sedang berjalan berduaan sambil berkongsi aiskrim. Di belakangnya, terdapat satu keluarga kecil yang sedang bergurau senda dengan anak mereka. Comel benar anaknya di mataku. Sempat lagi aku memandang restoran yang agak jauh tetapi sayup-sayup pemandangannya.

Suasananya yang nampak suram dan romantik itu dipenuhi ramai orang dan semestinya orang yang sedang berkasih. Cara mereka berpegangan tangan dan duduk yang rapat membuatkan aku pasti mereka belum lagi halal untuk bersentuhan.Dunia...dunia...apa yang akan menyedarkan mereka? Apakah hanya bila matahari terbit di sebelah barat baru mereka mahu sedar? Semuanya sudah terlambat pada masa itu.

Bila aku memalingkan pandangan ke hadapan keretaku, mataku membulat. Beberapa kali aku menggosok mata. Adam? Aku memicingkan pandangan untuk mengenal pasti. Benar, Adam berada beberapa meter di hadapan keretaku.

Separuh dari hatiku gembira yang teramat tetapi separuh lagi menghalang bila melihat gadis yang sedang berjalan seiring dengannya. Cantik. Itu perkataan pertama yang terkeluar dari fikiranku saat melihatnya. Kalau tidak, masakan beberapa lelaki tertoleh-toleh melihatnya. Pasti mereka menarik perhatian ramai orang dengan kekacakan dan kecantikan yang ada. Bagai pinang dibelah dua.

Aku hilang kata. Dalam erti kata lain, aku terasa kosong. Apa yang sedang berlaku? Adam sedang berjalan di hadapanku bersama seorang wanita lain . wanita yang kelihatan sangat mesra memaut lengannya.

Benarkah itu Adam. Bukankah seminggu selepas kami berjanji itu dia pergi ke luar negara? Jadi bagaimana dia berada di sini? Mengapa dia tidak mencariku? Ya Allah...akukah yang terlalu mengharap selama ini?

Bunyi hon yang memanjang menyedarkan aku. Cepat-cepat aku beristighfar dan memberi tumpuan. Hatiku berkocak hebat dan mataku gatal sahaja mencari kelibat pasangan tadi yang kini berada di bahu jalan bedekatan keretaku.

Kompilasi Cerita Pendek ( ✔ )Where stories live. Discover now