🌸 Bab 15 🌸

3.7K 105 5
                                    

Pagi itu, Suraya sedikit kelam-kabut. Matanya sangat mengantuk. Dia tidak sedar pukul berapa dia terlelap malam tadi selepas berjumpa dengan Zafran.
Bangun saja tadi dia melihat jam di dinding pukul 9 pagi.

Dia terus bangun lalu menarik tuala yang berada di atas besi katilnya dan belari anak ke bilik air. Selepas mandi, dia memilih blouse kelabu untuk dipakai dan dipadankan dengan legging hitam kegemarannya. Dia bersiap ala kadar.

Beberapa minit kemudian dia mendengar bunyi hon kereta di luar rumahnya. Jam di dinding dikerling lagi. Baru pukul 9.25 pagi. Awalnya...detik Suraya di dalam hati. Dia mengambil handbagnya, dengan segera dia keluar dari rumah.

"Good morning dinda...."

"Good morning... Awalnya awak, bukan semalam awak cakap jam 10 pagi ke?" tanya Suraya yang kehairanan.

"Awal pun salah ke? Kenapa...awak masih tidur ke tadi masa saya sampai," usik Zafran sambil tersenyum manis.

"Mana ada...dah bangun la.." Suraya malas hendak melayan bila Zafran mengusiknya. Nanti makin dilayan makin menjadi.
Suraya segera masuk ke dalam kereta.

"Zaf...mama awak ok tak?"

"Kenapa tanya macam tu?"

'Dia ni...aku tanya dia, dia tanya aku balik'

"Saya tanya awak...awak jangan la jawab dengan memberi soalan balik pada saya." Suraya bengang.

"Hei...kenapa ni?" soal Zafran lembut.

"Awal-awal pagi dah moody. Su ada masalah ke?" Suraya menggeleng kepala.

"Habis tu?"

"Biasa la...masalah perempuan," balasnya selamba.

"Masalah perempuan?" Zafran kurang mengerti.

"Ye....masalah perempuan.. Zaf tak tahu ke?" kini giliran Zafran pula menggeleng kepala.

"Bendera merah la..." Suraya menjeling muka Zafran.

"O.... Ok...faham,faham.."

Seperti biasa, Zafran hanya tersenyum sambil memandu. Ceria saja wajahnya. Alunan muzik di dalam keretanya turut menceriakan suasana. Jarang sekali Suraya melihat Zafran moody. Sangat berbeza dengan bekas suaminya dulu.

Suraya mula membandingkan Zafran dengan Amar. Macam langit dengan bumi. Patut la ibu tak bagi dia kahwin dengan Amar dulu. Rasa bersalah itu kembali. Sampai ke hari ini, Suraya belum berkesempatan untuk menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi 14 tahun lepas.

'Aku kena jelaskan juga pada dia.. Sampai bila nak rasa bersalah macam ni.'

"Zaf..."

"Jum..." pelawa Zafran.

"Eh...kita dah sampai ke?" mata Suraya melilau memandang sekeliling kawasan itu.

'Tak macam rumah pun... Pasar raya?? Takkan mama Zaf tinggal kat sini?'

"Belum...kita beli barang sikit. Mama pesan, suruh Su yang masak nanti."

"What?? Su yang masak? Su nak masak apa?" Suraya sedikit terkejut.

"Masak je la apa-apa, Su kan pandai masak," puji Zafran.

"Hmmm...ok la.."

Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam pasar raya. Zafran menyorong troli manakala Suraya memilih bahan untuk dimasak nanti.

"Zaf...awak tunggu sini kejap ya, saya nak ambil barang kat sebelah sana." Jari Suraya menunjuk ke arah dia hendak pergi.

"Ok...jangan lama sangat," Zafran membuat muka nakal.

Mr Drama King(BAKAL TERBIT)✅Where stories live. Discover now