7 Tahun Kemudian...
" Azan! Azan! Mari kau ke sini!" arah Mahek yang semakin tua. Di sebelah Mahek, kelihatan nak lelaki tunggalnya, Hidawi berdiri sambil memeluk badan. Ah sudah, apa lagi melapetaka yang aku lakukan. Dalam hati Azan yang sedang berdoa agar segala urusannya hari ini berjalan lancar,
" Ada apa Pak Mahek memanggil? " soal Azan berhati-hati. Pak Mahek merenung tajam muka Azan yang merah dan berpeluh kerana cuaca yang panas.
" Engkau ke mana tadi? Kenapa engkau tidak mengalih kambing-kambing yang hendak di hantar ke hotel? Oh sudah mahu makan gaji? " marah Pak Mahek.
" Bapa saya sakit, Pak Mahek... Saya pergi ke hutan cari ubat untuk di reneh... Bukan saya mahu makan gaji" Azan memberi alasannya.
" Eh! bapak kau sakit apa kaitan dengan ladang aku!? Kau urus sekarang ladang ini! Aku tidak peduli apa sekalipin alasan engkau!"
" Baik Pak Mahek..." jawab Azan setelah Pak Mahek beredar. Cuma Hidawi sahaja yang tidak mengikuti bapanya pulang.
" Kasihan kau Azan... Apalah nasib engkau? Mak mati awal, bapa pula sakit. Engkau tu bodoh lagi miskin!" lalu Hidawi ketawa dengan kuatnya di hadapan Azan. Azan tahu Hidawi memang sengaja mengapi-apikan perasaanya.
" Lihatlah aku , Azan. Sekarang ini, aku berumur 23 , sudah ada berpendidikan tinggi! Tidak lama lagi, aku akan bekerja dengan pihak British. Aku boleh dapat wang yang banyak dengan adanya ilmu menterjemah aku! Aku pandai Bahasa Inggeris, engkau? Jawi sahaja mainan engkau"
" Baguslah Hidawi, engkau sudah mendapat ilmu dunia dengan jayanya... Tetapi apakah engkau berjaya mendapat ilmu akhirat?" soal Azan dengan Hidawi. Maka, Hidawi terus menumbuk muka Azan dengan kuat. Azan hanya biarkan perbuatan Hidawi kerana dia tahu, kalau dia melawan, tiada lagi sumber rezeki untuk bapanya dan dia sendiri.
" WOI! sudah sudahlah Dawi!" jerit satu suara. Haffaz terus menuju ke Azan yang terbaring di atas tanah ladang itu.
" Ingat kau, Azan... Hari ini baru sahaja permulaan!" terus Hidawi meninggalkan Haffaz dengan Azan.
" Astaghfirullah.. dasar pembelot bangsa sendiri! Hidawi sangat mengagungkan pihak British! Apalah sangat wang itu dengan hidup? Makin jahanam adalah!" rungut Haffaz sambil menolong Azan.
" Ish.. kau ni Affaz.. Diakan memang pandai.. Tengoklah gadis-gadis di kampung ini, semua hendakkan si Hidawi itu... Mana mahu yang macam kita , berseronok dengan kambing, lembu dengan ayam?"
Tergelak Haffaz dengan ucapan Azan... Kasihan kau Azan.. Engkau pun apa kurangnya?
" Tetapi, masih dia seorang pembelot bangsaku" sedih Haffaz.
" Affaz saudaraku, bukankah Hidawi itu memang terkenal orangnya di kampung kita? Jadi, tidak ada masalah baginya untuk berkongsi cerita mengenai hartanya, malah aku berdoa agar hidupnya lebih barakah. Apa lagi , buang masa sahaja kau mengutuknya Haffaz, makin banyaklah dosa engkau."
Terdiam seketika Haffaz mendengar nasihat sahabat nya. Ya.. buang masa sahaja kalau bercerita seorang lelaki yang suka mengganggu rakannya.
Tiba-tiba, terdapat satu bunyi jeritan yang kuat.
" Ya Allah! Cempaka jatuh Mak Milah!!! Panggilkan orang!!!" jerit seorang perempuan.
" Eh, kenapa itu? Ada orang terjatuh lah.. Jom kita tolong Haffaz" ajak Azan
" Ah! Malaslah! Parit besar itu pun nak kelam kabut... Dasar anak orang senang lah tu.. huh " kata Haffaz . Sudahnya, Azan pergi seorang meninggalkan Haffaz yang lagi marah dengan kejadian tadi.
" Ada apa sudah berlaku? " tanya Azan setelah sampai di tempat kejadiam.
" Cik Cempaka jatuh kat parit ini.. Dia tidak dapat keluar kerana kakinya terseliuh. Mak Milah pulak pergi carikan orang untuk tolong Cempaka" cemas pembantu perempuan itu.
" Bolehkah saya menolong ? Saya takut kalau kaki cik muda anda semakin parah. " kata Azan dengan sopan.
"Bolehkah? Ya Allah, terima kasih! Sabar ya cik! Kami tolong cik sekarang ni!"
" Ati? Cepat Ati! Sakit sangat kaki saya!"
Azan mengambil tali di pokok berdekatan lalu menghulurkan kepada Cempaka yang sudah terduduk kerana kakinya terseliuh.
" Cik! Ambil tali ni dan ikatkan di pinggang Cik! Kalau sudah ikat, cakap ya?!" Kata Azan sambil memandang ke dalam parit. Cempaka mendongak ke atas melihat gerangan suara garau tetapi masih ada sifat lembutnya. Terpegun seketika mereka berdua. Yang lekakinya, memuji kecantikan si manis... Manakala yang perempuannya pula, terpegun dengan wajah berseri si lelaki serta perwatakannya. Muka pun manis dipandang.
" Uh... ? Rasanya sudah boleh tarik tali itukan?" Kata Ati kepada Azan.
Azan menepuk dahinya sambil beristighfar. Apakah yang sudah berlaku tadi? Kenapa hatiku berdebar? Dengan bismillah, Azan menarik tali itu dengan kuatnya. Kalau tarik tali dengan kambing sudah biasa dengan beratnya,apatah lagi dengan manusia.
Selesai semuanya, Azan mengambil air daripada perigi yang terdekat di ladang dan terus mencuci kaki Cempaka. Terkejut juga Cempaka melihat Azan berbuat demikian tetapi dia tahu Azan berniat baik untuk menolongnya.
" Agak teruk juga seliuh kamu ini. Mak Bidanlah jawabnya..." senyum Azan. Cempaka hanya berdiam diri kerana dalam hatinya meragui gerangan lelaki di adapannya.
" Teruk sangatkah seliuh cik Cempaka, bang? " tanya Ati. Bimbang Ati kerana gara-gara ini boleh dipecatnya oleh bapa Cik Cempaka.
" Tidaklah teruk macam mana.. cuma kalau di urut oleh Mak Bidan.. Insyallah sembuhlah kaki cik muda kamu ni" jawab Azan.
" Siapa nama kamu? Bekerja di ladang inikah?" tanya Cempaka walaupun menahan sakit kakinya yang terseliuh. Azan memandangnya dengan kasihan... Malang benar hari ini untuk seorang gadis sepereti dia.
" Namaku Azan, anak Imam Abduh... Ya, aku bekerja di ladang ini.. Kenapa cik bertanya?" kata Azan. Tergelak Cempaka seketika.
" Tidak payahlah engkau, berencik dengan aku... Aku hanya rakyat biasa cumanya bapa aku orang berjawatan. Ati itu pembantu aku. Dari kecil lagi, bapa aku mengambil dia bekerja. Sebab itu dia bercik dengan aku." jelas Cempaka kepada Azan. Patutlah Ati sangat takut apabila Cik Muda dia terjatuh di dalam parit besar ini.
" Bagaimana engkau boleh terjatuh di dalam parit besar ini? Setahu aku, lembu di ladang ini pun tidak pernah jatuh di parit ini?" soal Azan dengan lurus bendulnya.
" Amboi mulut, tidak... begini ceritanya, aku sedang berjalan dengan Ati.. Hari ini aku rasa sangat panas.. Mungkin tadi...Aku pitam.. sesedar aku , aku di dalam parit besar ini"
" Patutlah Cik Cempaka berjalan terhuyung-hayang..." jawab Ati .
" Begitu rupanya... Kalau begitu... Saya hendak meminta diri dahulu.. Banyak kerja yang saya perlu lakukan.. Hati-hati ya lain kali.. Bawa payung selalu, Ati.. Assalamualaikum" pesan Azan sebelum melangkah pergi meninggalkan mereka berdua.
Cempaka menjawab salamnya tanpa sedari bibir Cempaka mengukir satu senyuman.
" Baik orangnya Ati... Mana ada lelaki kampung kita sanggup bekerja di ladang.. semuanya hendak menuntut ilmu dunia barat..." puji Cempaka
" Cik Cempaka sedang menanam bunga ke dalam hati? " usik Ati. Cempaka menampar lembut di lengan Ati.
" Haih, lama benar Mak Milah panggilkan orang ye..." rungut Ati.
YOU ARE READING
Erti Tulisan Terakhirku
Diversos" Azan , kenapa kau biarkan diri kau di permainkan orang kaya seperti Hidawi? bukankah engkau lebih cerdik akalmu daripada Hidawi yang hanya membabi buta belajarnya? " marah Affaz kepada aku. Aku tersenyum kepada soalan Haffaz yang masih melontar ka...