Hari pertama. Pertemuan pertama.
"Wow, you're quick!" Dia puji.
"Thank you,"Aku jawab.
Hari kedua,pertemuan kedua.
"Can I help?"Dia tanya.
"No, I can handle this, thank you."Aku tolak.
Hari keempat, pertemuan ketiga.
"Do you want some of this?" Dia pelawa.
"No, I already ate. Thank you."Aku dalih.
Hari keenam, pertemuan kelima.
"Hi!How are you today?"Dia ramah.
"I'm fine,thank you."Aku sombong.
Hari kelapan, pertemuan ketujuh.
"Can you show me...,"Dia menguji. Dan aku terus hilang sabar.
"What do you want from me actually?"potongku pantas.Aku sendiri naik pelik bila hampir setiap hari ternampak kelibatnya.Bukan saja sekali,malahan berkali-kali.Ada saja perkara yang hendak ditegur,ditanya,ditolong.
"Well...actually I want your heart.Can you share it with me?"dengan penuh terus terang dan yakinnya dia menjawab.
"Aaa.....,"aku cuba bersuara,tapi yang keluar cuma bunyi keliru.
"Ummm....Err.......awak ni....,"mataku meliar ke kiri dan ke kanan.Cuba mencari ayat yang betul.Dia tengah buat love confession ke?,tingkahku di dalam hati.Kalau salah jawab nanti malu pulak.Isyh!
"Ummm...ya saya....urmmmm....,"dia cuba memimik lidah kerasku. Eh budak ni,kurang asam betul!
"Awak ni main-main ke?"aku mula mahu marah ditambah dengan rasa malu yang mula menjalar ke wajah kerana direnung dengannya dari tadi. Mungkin jerawat sebutir yang baru timbul di pipiku pagi ini pun sudah diteropongnya.
"Yes,saya main-main cinta,"selorohnya siap dengan senyum kambingnya lagi.
"Ya Allah Ya Tuhanku....who are you? Kenapa main-main kat sini ni?"suaraku mula meninggi.Siap berdiri bercekak pinggang lagi.Aku pandang ke cubic Kak Ton.Dengan harapan dia ada di situ walaupun aku tahu Kak Ton memang tidak pernah ada di mejanya pada lunch hour.
"Saya lelaki yang tengah menyatakan rasa hatinya.Dan saya main-main kat sini sebab playgroundnya ada dalam hati awak,"masih tidak cukup bermain kata nampaknya lelaki ini.Aku mula menyirap.Dapatku rasakan mukaku panas.
"Ok,ok..saya berundur dulu...muka awak dah merah tu.Takut nanti meletup pulak sebab overheat,"sempat lagi dia bergurau sambil perlahan-lahan melangkah pergi dari cubic mejaku.
Pulang saja Kak Tun dari lunch,Aku terus menonong pergi ke mejanya.
"Kak Tun!!!"jeritku kecil.Sedikit perlahan.Kak Tun yang baru hendak duduk,terus bangun berpusing mencari siapa gerangan yang memanggil namanya.
"Eh,kau Mai! Terkejut Kak Tun!"marahnya padaku.Aku berdiri bercekak pinggang di tepi mejanya.
"Kak Tun tau tak budak yang Mai cerita semalam?"soalku cuba memutar kembali memorinya. Muka Kak Tun berkerut sedikit cuba mengingatkan apa yang kuceritakan semalam.
"Oo...budak yang Mai kata asyik tanya macam-macam tu?"
"Haa...yang tu,yang tu.Tau apa dia cakap kat Mai tadi?"kalut aku mahu menyampaikan apa yang berlaku.Kak Tun diam menunggu aku meneruskan bicara.
"Dia kata dia suka kat Mai!!! 'Well...actually I want your heart',"Aku meniru gaya percakapan lelaki tadi kepadaku.Mata Kak Tun terbeliak.
"Biar betul Mai? Apa tebiat ke budak tu? Mai tau tak nama dia?"bertalu-talu soalan Kak Tun kepadaku.Aku garu kepala yang tidak gatal.
YOU ARE READING
Kompilasi Cerita Pendek ( ✔ )
RomanceKompilasi cerita pendek : 1) Cinta Tak Ternilai 'Why don't you kill me instead Rafiq? I'd rather die than humiliating my mother like this.' 'Where's the fun in that? Kalau you nak mati, you boleh pergi lintas jalan or terjun gaung. Tak perlu I bu...