Cerita Kita ( II )

4.8K 242 4
                                    

Hari-hariku berlalu dengan gembira.Malahan hari esok lebih gembira dari hari ini. Adakah ini cinta? Ewah..aku sudah pandai bermain kata seperti Irfan. Walau jauh di sudut hati, aku dapat rasakan satu kekosongan,aku butakan mata,aku cuba isi kekosongan itu dengan bibit-bibit suka yang mula terbit di lubuk hatiku.

Hampir sebulan kami berjumpa di waktu lunch sahaja. Pada Kak Tun, aku sampaikan yang kami berjumpa di luar waktu pejabat. Irfan sendiri meminta aku tidak memberitahu sesiapa tentang dirinya. Alasannya mudah. Dia mahukan waktu lunch itu untuk duduk bersama denganku sahaja tanpa orang lain.

Aku jatuh,jatuh dan jatuh makin jauh ke dalam jurang cinta yang digali Irfan. Walau jauh di sudut minda, aku kerap memberi amaran pada diriku sendiri. Cinta sering menyakitkan. Pernah sekali aku tertipu membuatkan aku membina dinding yang tinggi di antara hatiku dan cinta.

"Awak kerja dekat building ni ke?"satu hari aku cuba mengorek rahsia. Suapannya terhenti di pintu mulut.Aku kini ringan tangan membawa bekal untuknya sekali setiap hari.Ada kalanya,dia yang akan membeli take out untukku. Give and take sementelah aku sendiri tidak suka dibelanja setiap hari.

"Why?"ajunya kembali sambil meneruskan suapan.Aku diam merenung wajahnya.Matanya melirik ke jam dinding.

"Eh,makan cepat.Lunch hour dah nak habis,"gesanya tiba-tiba.Mataku naik ke langit.Pandai betul Irfan menukar topic.Entah apa yang tidak kena,tidak dapat aku pastikan. Entah-entah dia kerja tukang cuci,getusku dalam hati.Geram kerana dia begitu berat mahu berkongsi cerita tentang dirinya denganku. Aku habiskan makananku dengan rasa sebal. Sebal kerana gagal lagi hari ini.

____________________________________________

Aku kelek-kelek calendar di atas mejaku. Hari ini genap 3 bulan aku berkenalan dengan Irfan. Dan untuk wanita kolot yang tidak pernah ada teman istimewa seperti aku,ini adalah satu pencapaian. Aku sudah mula meretakkan tembok penghalang di keliling hatiku.

Irfan sudah berjanji untuk membawa makanan tengahari hari ini. Aku tetap juga membawa beberapa potong buah untuk santapan pencuci mulut. Namun sehingga jam 1.15 minit tengahari,Irfan masih tidak muncul. Aku jadi bingung seketika.Lantas aku wechat Irfan bertanyakan perihalnya. Mungkin dia ada hal penting?

Bunyi pintu office terbuka menarik perhatianku. Seorang lelaki menjenguk ke dalam office. Aku memanjangkan leherku supaya dia dapat melihat aku. Lelaki tersebut segera datang ke arahku sebaik ternampak kelibatku. Ditangannya ada satu paper bag.

"Cik Umairah?"soalnya. Aku angguk sedikit pelik.

"Ya saya.Kenapa?"

"Ini ada bungkusan untuk Cik Umairah,"dia hulur paper bag di tangannya padaku. Aku sambut dan menjenguk melihat isi di dalamnya. Makanan! Irfan bagi kot,detik hatiku.

Elok sahaja aku mahu bertanya,kelibat lelaki tadi sudah hilang di balik pintu office. Aku segera bangun mengejarnya.Niat mahu bertanya tentang Irfan,jika benar dia yang mengirimkan makanan tersebut. Sampai saja di lif,aku lihat lif sudah bergerak turun menuju ke ground floor. Segera aku menekan butang lif untuk turun.Pasti sempat, pujukku dalam hati.

Sampai saja lif yang kunaiki di ground floor,mataku melilau ke kiri dan ke kanan mencari kelibat lelaki tadi. Nasibku baik. Lelaki tersebut sedang berjalan menuju ke foyer. Baru saja aku berkira-kira mahu berlari mendapatkan lelaki tersebut,tiba-tiba mampir satu group staff kearah lelaki tersebut.

Irfan! Jadi betullah dia yang mengirim makanan tersebut. Aku mengomel di dalam hati. Kalau dari tadi dia reply wechatku, pasti aku tidak perlu berkejaran seperti ini.Buang karan saja. Baru aku mahu menoleh ke arah lif semula,kaki ku terhenti. Aku berpusing kembali untuk melihat dengan lebih teliti.

Kompilasi Cerita Pendek ( ✔ )Where stories live. Discover now