Cerita Kita ( III )

5.7K 299 20
                                    

Pagi aku sampai di pejabat jam 7.30. Hari ini aku bangun lebih awal dari selalu kerana semalam aku menghabiskan hariku dengan bermalasan di dalam bilik sahaja.Almaklumlah,hujung minggu. Pastilah budak liat sepertiku ini menghabiskan waktu dengan melingkar di atas novel bersama kindle kesayanganku. Emak kerap membebel,menyalahkan buku elektronik itu yang menjadi punca mataku semakin rabun. Aku cuma diam. Pendamkan saja marah emak kerana aku sangat sayangkan kindleku.

Keluar dari keretaku,aku menekan button lock dan berdiri seketika memerhati ke dalam keretaku.Memastikan semua pintu berkunci dan botol airku tidak tertinggal di dalam kereta.Aku kerap tertinggal botol airku di dalam kereta.

Pusing saja kebelakang,langkahku terhenti.Irfan. Berdiri tegak menghalang langkahku ke hadapan. Aku tarik nafas panjang. Sedikit terkejut.

"Assalamualaikum..and morning,"dia membuka kata. Terkumat kamit mulutku menjawab salamnya.

"Running away from me?"soalnya terus. Tiada simpang siur langsung.

"Yes,"aku juga menjawab straight.Tiada berlapik kata lagi. Terus aku berjalan mengelakkan tubuhnya di hadapanku.Tali botol air yang kusangkut di bahu ditariknya kuat menyebabkan langkahku terhenti. Aku pandang Irfan geram.

"Awak nak apa?"tengkingku kuat. Wajahnya tetap tak berubah. Sedikitpun tidak terkesan dengan nada kasarku.

"Saya nak awak,"aku ketawa. Masih mahu bermain kata? Tiada malu gamaknya si Irfan ni.

"Sudahlah Encik Irfan Khairi.Saya tak kenal Encik ni siapa.Entah-entah nama tu pun palsu. Dah kenapa Encik hendakkan sangat saya ni? Saya takde apa-apa pun boleh diberi.Find someone else to bother,"aku rentap kembali tali botol airku dari pegangannya.

"Umairah!"nada suaranya mematikan langkahku.Dia kembali menahan perjalananku.

"Saya ada reason saya.Biar saya explain dulu.Awak tak boleh jatuhkan hukum tanpa sebab,"aku tarik nafas panjang.Aku akui kebenaran kata-katanya.

"Call me tonight,"putusku lantas terus berlalu masuk ke bangunan pejabat.

___________________________________

Aku menunggu,menunggu dan menunggu sehingga jam 1.00 pagi,hanya kesepian yang menemani.

Handphone yang kuletakkan di hujung kepala katil sedikit pun tidak begerak,jauh sekali berdering. Sayu terasa. Sekali lagi hatiku remuk.

Untuk kesekian kalinya, tidurku kembali bertemankan air mata. Di mana silapnya aku dalam meletakkan kasih? Sakitnya hati tak dapat aku ceritakan. Langsung aku tidak menyangka Irfan mampu mencalarkan perasaan aku sehebat ini.

Terbayang wajahnya yang manis dengan senyuman setiap kali aku bertanyakan sesuatu yang di luar jangkaannya. Terbayang saat pertama dia meluahkan perasaan kepadaku. Dia yang memulakan semua ini,tapi kenapa aku yang terkesan di akhirnya?

Aku capai handphoneku dan menghantar satu pesanan ringkas kepadanya.

'Tolong jangan cari saya lagi.Saya merayu..lupakan cerita kita yang pernah wujud..'

___________________________________

"Mai,Bebear cari Mai," Imah yang baru datang dari pantry menjenguk aku dari cubicnya. Mataku membulat. Aku memandang Kak Tun dan Kak Liza yang sudah menoleh memandangku bila mendengar suara Imah.

"Nak buat apa?"soalku pada Imah.

"Imah pun taktau Mai.Dia baru keluar dari toilet masa tu.Imah pun terkejut dia cakap dengan Imah.Dia cakap 'Panggil Nur Umairah masuk bilik saya',"beria-ria Imah menyampaikan berita.Hatiku berdegup kencang. Bebear atau nama asalnya Encik Zul adalah Head untuk Finance.Kami tidak pernah bercakap secara personal dengan dia. Section Chief sahaja yang selalunya bertemu dan berbincang segala masalah dengannya. Mulutnya yang sentiasa ketat tanpa senyuman dan badannya yang sedikit berisi membuatkan kami menggelarnya Bebear. Biar enak sedikit telinga mendengar.

Kompilasi Cerita Pendek ( ✔ )Where stories live. Discover now