BAB 33

3.8K 268 14
                                    

Aku menghampiri dapur yang berdekatan dengan tangga. Aku memandang mama yang sibuk di hadapan dapur gas. Haruman nasi goreng mula menusuk hidung. Sungguh menyelerakan. Sudah lama tidak makan masakan mama. Aku menghampiri mama.

"Mama! Sedapnya bau. Masak nasi goreng ke?"

Walaupun dari jauh dah bau nasi goreng tapi Nadhirah tetap bertanya jugak. Biasalah perempuan. Benda dah tahu pun dia tanya kan?

Mama memandangku disebelahnya. Senyuman nipis terukir.

"Yalah. Awal kamu bangun Reen? Selalunya liat nak bangun awal." Mama mengambil sayur yang sudah dipotong dan dimasukkan ke dalam kuali. Mulutnya tidak petah bertanya sambil memasak.

Aku tersenyum nipis.

"Reen dah jadi isteri orang ma, mana boleh bangun lambat." Aku menghampiri kerusi yang berdekatan untuk duduk.

"Baguslah kalau macam tu. Sejuk sikit hati mama dengar. Suami kamu pergi masjid dengan papa kan?"

Api dapur ditutup selepas yakin nasi goreng sudah siap dimasak. Mama menghampiri kabinet untuk mengambil mangkuk khas untuk memasukkan nasi goreng.

"Haah. Mungkin. Patut tak nampak papa pun. Boleh Reen tolong apa yang patut?" Aq mempelawakan diri. Takkan goyang kaki je kan? Kesian mama masih lagi letih.

"Tolong mama ambil pinggan dan letak dimeja makan. Lepastu buat air teh dan kopi." Aku mengangguk dan melakukan apa yang diarahkan oleh mama.

Pinggan bersih sudah diambil. Teko diambil dan mula menyediakan minuman pagi.

"Tengah hari nanti Mak Ngah kamu nak singgah. Reen boleh tak tolong belikan barang dapur sikit. Kita makan tengah hari sama-sama nanti." Aku memandang mama yng meletakkan mangkuk yang dipenuhi nasi goreng tadi.

"Kebetulan pulak sekejap lagi Reeb dengan Abang Khai nak pergi joging. Alang-alang tu,bolehlah Reen beli barang dapur." Kataku sambil mengacau air. Setelah siap, aku meletakan air di meja makan.

"Oh baguslah."





Kedengaran enjin kereta mula masuk kepangkaran rumah. Nadhirah segera menghampiri pintu selepas mendengar ketukan di pintu.

Tersembul wajah lelaki-lelaki yang disayangi olehnya. Nadhirah melemparkan senyuman kepada Papa dan Khairul. Kemudian dia bersalam hormat kepada mereka.

"Sarapan dah siap. Jomlah pergi makan." Ujarku lembut.

"Jom!" Kata papa dan Khairul serentak. Mereka mula menghampiri meja makan.

"Hey, dah balik dah? Jom makan. Nanti sejuk tak sedap pula." Kata mama sambil meletakkan nasi goreng ke dalam pinggan.

Nadhirah, Khairul dan papa duduk di meja makan. Khairul duduk ditepi Nadhirah manakala papa ditepi mama. Mereka saling duduk berhadapan.

Setelah masing-masing mula makan sarapan, papa berdehem sebelum menyoal.

"Kamu berdua dah kahwin 2 bulan dah kan?"

Aku dan Khairul memandang papa dihadapan. Kemudian, masing-masing mengangguk.

"Kenapa pa?" Soal Khairul.

"Kamu berdua tak rasa nak buat majlis resepsi ke? Sampai bila nak sembunyikan hal perkahwinan kamu berdua? Jiran kita pun tak tahu yang kamu berdua dah kahwin." Kata papa sambil menyirup air kopi didalam cawan.
Aku dan Khairul saling berpandangan, aku tersengih dan Khairul juga begitu.

"Nak tu nak pa tapi Reen tak habis belajar lagi." Kata Khairul setelah 2 minit menyepi selepas mendengar soalan daripada papa.

"Apa susah? Lepas je Reen habis exam SPM, terus kita buat majlis resepsi. Segala kos untuk majlis tu papa sponsor." Ujar mama dengan selambanya.

"Aik, abang pula kena sponsor? Habis Ida buat apa?" Soal papa kepada mama. Mama kuntun senyum dengan muka tidak bersalah.

"Saya tolong handlekan majlis diaorang. Abang tolong sponsor, okey apa?" Mama tetap dengan selambanya.

"Yelah. Jadi setuju tak? Hujung bulan 12 ni kita buat. Papa dengan mama dah bincang dengan baba kamu Khai. Diaorang okey saja."

"Kalau macamtu, Khai setuju jelah. Lagipun, kedua-dua pihak dah setuju." Ucap Khairuk setuju dengan cadangan orang tua mereka.

Sampai bila nak sorokkan perkahwinan dia dengan Nadhirah kepada orang lain. Orang yang tahu pun keluarganya dan keluarga Nadhirah dan juga pengetua sekolah Nadhirah. Dia memberitahu pengetua agar memudahkan urusan di sekolah.

Aku hanya akur. Dah Khairuk setuju takkan aku nak membantah.




"Abang memang setuju nak buat majlis resepsi nanti?" Soalku sambil membetulkan tudung bawal di depan cermin.

Dia dan Khairul akan pergi joging sekejap lagi.

Khairul yang sedang duduk di katil sambil memakai stoking memandang Nadhirah dengan bantuan pantulan cermin.

"Yes. Bagus juga kalau buat majlis resepsi. Tak adalah orang fitnah bukan-bukan dekat kita nanti." Khairul tersenyum melihat Nadhirah masih lagi di depan cermin.

Aku menyembur minyak wangi dan memandang Khairul di belakangku. Aku menghampirinya dan duduk disebelahnya.

"Betul juga tu. Tadi mama kata, Mak Ngah nak singgah tengah hari nanti. Mama suruh kita beli barang dapur. Nak makan sama-sama nanti." Aku memaklumkan kepada Khairul.

Khairul mengangguk dan tersenyum. Dia bangun dan menarik tanganku untuk bangun.

"Kita dah lewat. Lepas joging kita singgah pasar pagi." Aku hanya akur dan mengikut Khairul dari belakang.








Hai! Sorry for late update. Sy nak update sgt bila dah cecah 30 vote chapter 32 haritu, tapi masa tu dah dekat sangat pt3. Sorry kalau buat semua menunggu. Skrg sy dah freedom. Mungkin 2 chapter sehari @ 5 chapter semggu. Tgk atas kerajinan lah. Insha Allah. Kalau tak ada halangan sy akan update.

Erm.. 50 vote?

SUAMIKU USTAZ KOREA (COMPLETED)Where stories live. Discover now