Turun sahaja dari kereta, aku menghampiri taman permainan. Nak warm up dulu. Lama sudah tak joging ni. Last pun dengan Khairul haritu.
Aku mengenakan baju jersey malaysia dengan seluar trek. Cap terletak elok di kepala. Tak lupa juga tuala disangkut di bahu. Khairul pula mengenakan baju jersey sama seperti dan seluar trek. Dia memakai headphone dikepala.
Ingat handsome la tu warm up sambil tersenyum dekat aku?- hati
Aku menjelir lidah kepadanya. Kemudian aku mula joging tinggalkan Khairuk dibelakangku.
"Hey tunggu la abang, abang belum siap lagi warm up!" Khairul menghabiskan warm upnya dan mengejar Nadhirah.
Nadhirah buat tak layan. Joging tetap diteruskan.
Jam ditangan ditilik. 7. 34 a.m. Tiba-tiba dia terlanggar sesuatu. Punggung sudah mendarat di tanah. Sakit di bahagian punggung hanya tuhan sahaja yang tahu.
"Sorry cik. Saya tak perasan tadi. Cik okey?" Suara garau itu telah membuatkan aku teringat seseorang. Amat familiar.
Dia duduk mencangkung di hadapanku. Aku memandangnya. Ya, mata hazel ini.
"Ehh Nadhirah kan? Buat apa kat sini pagi-pagi lagi?" Soal Aniq mesra. Senyuman tak lekang dibibir.
Aku hanya memerhatinya tanpa bersuara. Dia kelihatan segak mengenakan baju t shirt tanpa lengan dan seluar trek. Bertambah tampan apabila melihat otot-otot yang terdedah di lengannya.
"Hey? Awak okey?" Aniq memetik jari di depan mukaku.
Aku tersedar daripada termenungnya. Aish, asal aku termenung dia tadi. Aku menunduk perlahan.
"Saya okey." Kataku perlahan.
Dalam hati aku berdoa agar Khairuk tidak muncul ketika ini. Kalau dia muncul, sah drama melayu terjadi sekejap lagi.
"Hey! Kenapa ni?" Jantungku mula mengepam laju. Baru je cakap tadi dah muncul dah. Aku memandang Khairul yang turut bercangkung disebelahku.
"Ehh, ustaz pun ada kat sini jugak?" Soal Aniq selepas melihat Khairul berada dekat dengan Nadhirah.
Seperti something yang tidak dia mengetahui.
"Oh. Hai, Aniq! Ustaz saja je joging pagi-pagi ni." Kata Khairul sambil tergaru kepala yang tidak gatal. Haih, sudah mampus aku.
"Oh. Awak boleh bangun tak?" Kini Aniq tumpu kepada Nadhirah yang masih duduk di taman terdebut.
"Err.. saya boleh bangun sendiri." Aku cuba untuk bangun tanpa pertolongan dari Aniq dan Khairul. Time ni la kau nak muncul Aniq.
Tiba-tiba aku rasa tidak stabil dan aku terjatuh ke dalam dakapan Khairul. Aku memandangnya lama dan segera tersedar yang bukan mereka berdua sahaja disini tapi Aniq juga turut ada.
"Be careful. Awak okey tak?" Soal Khairul prihatin. Dia tahu Nadhirah tidak selesa dengan situasi yang mereka lalui sekarang. Dia terpaksa berlakon tiada apa-apa demi Nadhirah.
"Saya okey. Terima kasih, abb..err ustaz!" Aku menghelah nafas. Mujur tidak tersasul. Kalau tersasul tadi memang rahsia dia akan bocor.
Aku berjalan menghampiri kerusi yang disediakan di taman itu. Walauoun pergerakan terhad tapi aku gagahi jua. Sakit masih lagi terasa.
"Hati-hati." Aniq memerhati pergerakan Nadhirah. Seperti orang tua pun ada.
Aku hanya mengangguk.
Setelah pungung selamat berada di kerusi, aku menghembus nafas. Sakit di bahagia. Punggung masih terasa tapi dia tahankan saja.
"Nah, minum air!" Aku memandang tangan yang menghulurkan botol mineral. Khairul kuntum senyum. Aku teragak-agak untuk mengambilnya. Yalah, Aniq masih lagi ada disini.
Akhirnya, aku mengambilnya dalam keterpaksaan. Bila kau nak blah Aniq? Getus hatiku.
"Terima kasih." Aku membuka penutup botol dan minumnya.
"Korang joging sekali ke? Macam couple pulak pakai baju sama." Ujar Aniq setelah perasan akan pakaian Nadhirah dan Khairul.Keningnya bertaut. Ada apa-apa ke?
Aku tersedak apabila terdengar kata-kata Aniq. Aku perhatikan baju aku dan Khairul. Asal banyak sangat bala ni?
"Eh, tak ada la. Kebetulan je ni. Lagipun jersey ni bukan ada satu je kat Malaysia ni. Ada banyak." Dalih Khairul. Takkan nak mengiyakan pula.
"Oh. Saya nak tanya boleh?" Soal Aniq di hadapan Nadhirah.
Aku menumpukan sepenuhnya kepada Aniq. Jangan dia tanya pelik-pelik pula.
"Ya? Apa?" Khairuk menjawab bagi pihak Nadhirah. Gadis itu hanya menikus sejak tadi.
"Ustaz ada apa-apa den...." deringan telefon bimbit Aniq berbunyi. Nadhirah menghembus nafas lega. Nasib Baik!
Aniq berjalan jauh sedikit dari kami selepas mengangkat panggilan itu. Mahu privacy mungkin?
Aku memandang Khairul. Dia tersenyum di tepi kerusi. Dia hanya berdiri jauh sedikit daripadaku.
"Nasib baik abang berlakon." Bisik Nadhirah perlahan.
"Demi Dee." Khairul kenyit mata kepadaku.
Aku hanya tersenyum nipis.
Aniq berjalan menghampiri kami selepas menamatkan panggilan.
"Saya pergi dulu. Ada hal pula. Bye Nadhirah! Bye Ustaz!" Aniq bersalaman dengan Khairul dan mengukir senyum kepada Nadhirah. Kemudian dia pergi ke arah lain.
Aku menghembus nafas lega lagi. Selamat.
"Abang rasa patut kita pergi sekarang. Nanti orang lain pulak yang muncul. Jom! Jom! Dee boleh jalan tak?" Soal Khairuk sambil memegang lengan Nadhirah.
"Dee okey." Kami berjalan menghampiri kereta.
50 vote for next chapter.
YOU ARE READING
SUAMIKU USTAZ KOREA (COMPLETED)
RomanceFirst story by najwain: WARNING: * CLICHE AND CRINGE STORYLINE :) * Nama watak utama bertukar atas sebab tertentu. Khairi = Khairul Natrah = Aireen Nadhirah SIPNOPSIS Khairul telah memendam perasaan sukanya terhadap Nadhirah 7 tahun yang lalu. Mere...