🌸 Bab 18 🌸

3.5K 109 0
                                    

Usai makan malam bersama, Suraya membantu ibu mertuanya di dapur. Puan Melah bersama anak-anak Suraya berada di ruang tamu sambil menonton bersama Zafran.
Puan Melah bermalam di situ.

"Su...tak payah la buat semua tu, biar mama yang buat. Su pergilah layan Zaf dengan ibu Su kat depan tu.." lembut sahaja Puan Aini bertutur.

"It's ok ma.. Tinggal sikit je ni lagi, biar Su kemas dulu. Mama tu yang sepatutnya berehat kat depan. Mesti mama penatkan.." tangannya masih lincah mencuci pinggan mangkuk yang berada di dalam sinki. Suraya tidak kekok melakukan kerja-kerja dapur. Sudah menjadi rutinnya sebagai seorang surirumah sebelum ini.

Puan Aini sedang duduk pada kerusi di meja makan sambil menghabiskan air kosong yang terdapat di dalam gelasnya. Dia tersenyum melihat Suraya melakukan kerja mencuci.
Sejak dia berkenalan dengan Suraya tempoh hari dia memang berkenan betul dengan Suraya. Walaupun dia tahu yang Suraya merupakan seorang janda. Dia tidak kisah dengan pilihan Zafran. Baginya, Suraya seorang wanita yang baik hati dan cekal.

"Su...dah siap cuci?" soal Puan Aini lagi.

"Marilah duduk sini kejap," pelawa Puan Aini.

Suraya menutup pili air, dia melangkah ke arah meja makan lalu melabuhkan punggungnya pada kerusi di sebelah Puan Aini.

"Su...mama nak ucap terima kasih dekat Su, sebab Su sudi terima Zaf seadanya," tangan Suraya digenggam erat. Suraya dapat melihat riak gembira di wajah Puan Aini.

"Mama...Su yang sepatutnya ucap terima kasih kat mama, sebab sudi terima Su seadanya. Su rasa...macam Su tak layak untuk Zaf dan jadi menantu mama," Suraya menunduk, hatinya tiba-tiba pilu. Rasa sebak bertandang. Air mata mula bertakung di kolam matanya. Wajah Suraya yang tadinya ceria berubah mendung. Dia terharu kerana kehadirannya diterima baik oleh keluarga Zafran, lebih-lebih lagi Puan Aini.

"Suraya...janganlah cakap macam tu. Siapa pun Su, apa pun status Su, mama tak pernah kisah semua tu...sebab mama tahu, Su boleh bahagiakan Zaf. Zaf dah lama tunggu Su, mama tahu hanya Su seorang di hati Zaf. Dulu mama selalu tertanya, kenapa Zaf tak kahwin lagi. Dia seorang anak mama, mama teringin sangat tengok Zaf naik pelamin. Bila mama tanya kenapa tak kahwin lagi, dia cakap belum jumpa yang berkenan di hati. Rupa-rupanya, dia masih tunggu Su, dari dulu lagi Su," panjang Puan Aini bercerita.

"Dari dulu...? mama tau Zaf dulu ada hati dekat Su?" Suraya agak terkejut mendengar cerita Puan Aini.

"Mama tau Su... Semua benda Zaf kongsi dengan mama. Zaf rapat dengan mama. Mama harap, Su jaga Zaf baik-baik, apa pun yang terjadi lepas ni, mama harap Su bertahan ya... Mama tak nak tengok Zaf kecewa macam dulu," tangan Suraya digenggam kuat oleh Puan Aini. Dia berharap Suraya mengerti dengan permintaannya.

"Baiklah ma...Su akan jaga dan pertahankan hubungan kami, walau apa pun yang akan terjadi lepas ni," senyuman terukir di bibir Suraya.

"Dah...jum ke depan, bawa air tu sekali."

"Ok mama..." Suraya mengangkat dulang berisi air dan beberapa biji cawan. Apabila sampai di ruang tamu, Suraya meletak dulang air ke atas meja.

"Zaf...ibu... Minumlah..." Suraya menyua cawan berisi air kepada Zafran dan ibunya.

"Hai Su... Zaf tu dah jadi laki Su, jangan la panggil nama macam tu. Panggil la abang ke, sayang ke.... Hah, macam orang putih tu panggil darling ke pun boleh juga. Baru la nampak macam pengantin baru.." Puan Melah bukan setakat mengusik, dalam masa yang sama dia juga menegur Suraya. Baginya panggilan khas dalam  perhubungan suami isteri itu adalah sangat penting untuk mengeratkan sesebuah hubungan.

"Apa yang mak merepek ni..." Suraya menjeling Puan Melah. Mukanya sudah merona merah diusik ibunya. Mika dan Mira yang mengerti dengan keadaan mereka hanya tersenyum melihat gelagat ibu dan neneknya. Zafran hanya tersenyum melihat ibu mertuanya mengusik Suraya.

Mr Drama King(BAKAL TERBIT)✅Where stories live. Discover now