Orked Imani menggelengkan kepalanya sahaja saat dia melihatkan Tengku Irsya Syah yang sedang memeluk buku mewarna yang baru dibeli semalam oleh Tengku Aryan Syah. Tak sangka pula, lelaki itu hanya berkata tidak pada mulut, tetapi dalam hati?
Ingatkan Tengku Aryan Syah memang berhati batu dekat semua orang. Tak tahu pula hati lelaki itu akan cair bila ianya melibatkan perkara yang berkenaan dengan Tengku Irsya Syah.
Orked Imani menyarungkan tudung sarung berjenama Ariani yang berwarna hitam itu untuk menutupi rambutnya.Teringat pula kata-kata masyarakat pada abad ke-21 ini saat Orked Imani memakai tudung berwarna hitam tersebut. Kata-kata tersebut berbunyi 'perempuan ni macam tak ada tudung lain ke? Hitam aje memanjang.' tergeleng-geleng kepalanya saat mengingati kenyataan yang diberikan oleh segelintir masyarakat di luar sana.
Anda semua perlu lontarkan kata-kata tersebut kepada lelaki yang bernama Tengku Aryan Syah itu. Harap tali leher je banyak warna, tapi kemeja hampir kesemuanya berwarna hitam. Jadi, dengan langkah yang proaktif dan bijak Orked Imani ingin menghadiahkan beberapa helai kemeja kepada Tengku Aryan Syah.
Tersenyum Orked Imani apabila mengenangkan sikapnya yang terlampau pemurah kerana menghadiahkan lelaki yang bernana Tengku Aryan Syah itu kemeja. Oppss, perkataan yang sewajarnya adalah tolong membelikan. Bukannya menghadiahkan.
Orked Imani mengambil buku mewarna yang berada di tangan Tengku Irsya Syah, dan kemudiannya dia mengejutkan gadis cilik itu. Meraung semalam hendak tidur dengan papanya. Malangnya, papanya itu bekerja lebih masa. Itulah, siapa suruh menyibuk ketika orang sedang berdating dengan Nur Humairah. Kan dah mendapat!
"Dah pagi ke mama?" tanya Tengku Irsya Syah dalam keadaan mamai. Dia menggosok kedua-dua belah matanya itu. Buangkan segala tahi mata yang dah bersarang itu.
Orked Imani mengangguk kecil. Dia menepuk-nepuk perlahan punggung Tengku Irsya Syah. Haih, dah besar pun comel lagi. Geram!
"Dah, pergi gosok gigi. Lepastu turun. Kata nak buat cupcakes kan semalam? Mama tunggu dekat bawah ye Isya." kata Orked Imani sebelum dia meletakkan buku mewarna Tengku Irsya Syah pada rak buku yang berhampiran dengan closet, dan kemudian dia keluar dari bilik gadis kecil itu dengan membawa satu beg kertas yang dipenuhi dengan beberapa helai kemeja.
"Pagi Orked!" sapa Tengku Arsyad Syah saat Orked Imani tiba di ruang tamu rumah tersebut.
Orked Imani hanya melemparkan senyuman manis sahaja.
"Cantik Orked hari ni." puji Tengku Arsyad Syah. Mujur sahaja dia sudah berpunya. Jikalau tidak, dia akan caras Orked Imani dahulu.
Tengku Aryan Syah menjeling tajam adik lelakinya itu.
"Dah ada makwe tu, buat ajelah macam dah ada makwe." Tengku Aryan Syah memberikan teguran kepada Tengku Arsyad Syah dengan suara yang cukup dingin. Dia cuba mengawalkan nada suaranya itu agar tidak kelihatan seperti seseorang yang sedang cemburu.
"Eleh, orang puji je. Takkan la kau nak melenting pula bang?" gurau Tengku Arsyad Syah.
"Eh, Cik Bunga? Apa yang ada dekat tangan you tu?" Tengku Aryan Syah cuba mengubah topik perbualan. Takut nanti makin menjadi pula sesi menyakat Tengku Arsyad Syah ini. Dia melirikkan pandangannya itu pada si adik yang berada di sebelahnya itu.
"Err--ni. Saya nak bagi pada encik. Nanti encik lihatlah sendiri." Orked Imani menghulurkan beg kertas itu kepada Tengku Aryan Syah sebelum dia berlalu pergi ke dapur.
Tengku Arsyad Syah tersenyum sumbing melihat gelagat abangnya. Eleh! Suka tu cakap ajelah. Tak payah la nak beralas-alas bagai.
Tengku Aryan Syah mempamerkan mimik muka seperti 'Kau jangan macam-macam ea b***. Kang makan kaki.' sebelum dia menyambut huluran beg kertas tersebut daripada Orked Imani.
YOU ARE READING
ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)
Romance[Author gila sikit..Sinopsis sentiasa berubah-ubah] Seorang gadis lepasan ijazah sarjana muda perniagaan dan kewangan yang ingin mencari pekerjaan sebagai akauntan di sebuah syarikat yang dikenali ramai iaitu ARNIS Holdings yang diusahakan oleh usah...