*copy from publisher*LAGI TERBARU OKTOBER 2018 !! 😘❤💙
LAGI LAGI BARU OKTOBER 2018 !! 😍❤💙
LAGI BESTTT OKTOBER 2018 !! 😘😍❤💙Terbaharu dari Novelis Farahana Farah . Sebelum ni baekk punya cilokk dengan tajuk PILIHAN HATI MR. MILLIONAIRE si Dennis tu.. Sekarang muncul untuk kali KEDUA dengan tajuk BUNGA AURELIA.. Haaa.. Mekar macam BUNGA dah novelis ni dalam industri..in shaa Allah.. 😉❤💙
JOM !!! Pm/Whatsapp YAN 0134374752 untuk order/maklumat lanjut.. Best Deal menanti anda.. tau dah kannn.. 😋❤💙
Atau kita layan Blurb dulu di bawah 👇👇👇
--------------------------------------------------------TAJUK : Bunga Aurelia
PENULIS : Fara Hana
PENERBIT : Suara Hati Publication
ISBN : 9789671620953
HARGA SEMENANJUNG : Rm27.00
HARGA SABAH SARAWAK : Rm30.00
JUMLAH MUKA SURAT : 566
--------------------------------------------------------Blurb :
Bunga Aurelia - Gelandangan? Tidak pernah terlintas di fikirannya yang dia akan 'tersadai' di lorong gelap dan kotor ini, meniti hari mendatang yang penuh kesulitan. Hadirnya Benjamin memberinya sinar harapan. Kemewahan yang diberi bukan sedikit, kasih sayang yang ditabur bukan sementara. Benjamin dunianya kini. Lelaki itu adalah segala-galanya.
Benjamin - Dalam diri Bunga ada Benjamin yang silam... Benjamin yang bukan siapa-siapa. Dia tahu apa yang Bunga rasakan. Dia mengerti apa yang Bunga mahukan.
"Aku faham apa yang ada dalam hati dan jiwa kau sebab aku pernah berada di tempat kau. Bezanya... aku lelaki dan kau perempuan. Kalau aku yang lelaki pun rasa sengsara, kau tentu lebih sengsara dari aku." - Benjamin
Hardy Mikail - Bunga Aurelia, sebaris nama yang menjadikan dia penasaran sendiri. Gadis itu bukan sembarangan gadis.
"Kau jangan lantang sangat nak tegakkan benang yang basah. Berapa kali aku nak cakap, bukan sebab rupa. Tapi, sebab kau tipu aku. Kau tipu aku! Faham tak?! Aku paling benci orang tipu aku!" - Hardy Mikail.
"Ben, kau ingat kahwin adalah sebahagian dari kemahuan aku? Apa yang aku mahukan hanya kau dan hidup kita yang dulu, Ben. Aku ada kau dan kau ada aku. Tapi, aku silap. Kau dah terlebih bersedia untuk tinggalkan aku." - Bunga Aurelia.
Bukan cinta tiga segi namun, kasih sayang yang terjalin sering disalahertikan. Bagi Bunga, Benjamin adalah nafasnya dan bagi Benjamin pula... Bunga adalah denyut nadinya. Namun, takdir tidak mungkin menyebelahi mereka. Yang sesat akan selalu sesat atau... mungkinkah ada cahaya yang bakal menyinari?
YOU ARE READING
Bunga Aurelia
RomanceRealiti hidup bukan seindah yg kita jangkakan. Pahit maung harus ditelan. Kematian ibu buatkan dia hampir pitam. Kelam dunianya yg sememangnya gelap itu tapi apakan daya. Yang pergi tetap akan pergi. Hidup perlu diteruskan dan dalam kesamaran Ben...