BAB 1: KISAH SI ARNAB KATIK (1/3)

59 3 0
                                    

Suasana hiruk pikuk Sekolah Menengah Adi Waja gamat dengan pekikan dan jeritan serta hilai tawa pelajar-pelajarnya. Begitulah senarionya selepas berlangsung minggu ujian pernilaian bulanan. Ramai pelajar berbulan madu, melepaskan ketegangan dengan berkaroeke, melepak dan bersembang secara berjemaah, tidak kurang juga tidur di tempat-tempat yang menjadi port kegemaran mereka.

Pihak sekolah terpaksa mengadakan dan merancakkan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum seperti Perkhemahan Badan Beruniform Peringkat Sekolah dan Hari Sukan Sekolah bagi mengelakkan pelajar membuang masa begitu sahaja. Para penuntut Sekolah Menengah Adi Waja ini sangat terkenal dalam daerah PPD mereka dengan keaktifan aktiviti-aktiviti kelab dan persatuan yang diceburi. Malah terkenal sebagai johan pasukan bola sepak dalam Kejohanan Bola Sepak Peringkat Negeri, dua tahun berturut-turut.

Penuntut-penuntut sekolah ini datang dari berbagai-bagai latar belakang. Ada dari keluarga yang sangat berada dan kaya-raya, serta datang dari keluarga fakir miskin. Pelajar-pelajarnya sering dilihat bergerak secara berkumpulan. Berkumpulan mengikut latar belakang yang sama. Oleh sebab itulah sekolah ini mempunyai geng-geng yang digelarkan oleh guru-guru mereka seperti geng Atlit, Diva, Nerd, Best Student, GBK (Geng Budak Kampung) dan pelajar-pelajar tidak berguna dan terpinggir yang dipanggil sebagai Loser.

Antara pelajar yang terdiri dari geng Loser ialah Amir.

Amir, pelajar tingkatan empat, baru sahaja mendapat keputusan Peperiksaan Menengah Rendah. Ramai rakan sekelasnya dahulu berjaya mendapat keputusan membanggakan dan meninggalkan sekolah ini untuk ke sekolah berasrama penuh. Namun, Amir tidak pernah berasa menyesal tidak ditawarkan oleh sekolah-sekolah yang sering diidam-idam oleh pelajar lain. Dia sedar dengan keupayaannya. Tambahan lagi, dia tidak sanggup untuk hidup berasingan dengan emaknya, Mak Teh Aini serta keluarganya yang menjaganya sejak kecil.

Amir mempunyai raut wajah keanak-anakan kerana bentuk mukanya berbujur telur, mempunyai sepasang mata yang besar dan bulat dengan bulu matanya sedikit panjang. Rambutnya lurus dan lebat membuatkan kepalanya kelihatan bulat. Badan Amir sedikit kurus dan mempunyai kulit yang putih melepak, jika dia berasa panas atau malu, pipinya cepat akan menjadi kemerahan. Malahan juga, Amir tidak mempunyai ketinggian sepertimana pelajar-pelajar seumur dengannya. Mengikut rekod sekolah, Amir hanya mempunyai ketinggian 145 sentimeter sahaja ketika dia berdiri tegak. Kerana itulah, Amir sering dipanggil 'Katik' atau 'Arnab' oleh rakan-rakan yang selalu mengejeknya.

Tapi Amir tidak memandang berat dengan keadaan fizikalnya. Tidak pernah dia memikirkan serius tentangnya. Baginya cukuplah dia sihat dan gembira. Dapat pergi ke sekolah dan tidak pernah menyusahkan orang lain, itu pun sudah cukup membuatkan dia bahagia.

Tetapi hati orang, siapa yang tahu? Disebabkan keadaan fizikal Amir yang seperti tidak cukup inci itulah dia selalu menjadi mangsa buli. Raja buli Sekolah Menengah Adi Waja ialah Aidil dan Badrul. Mereka ialah rakan baik dari tingkatan lima yang selalu digelar oleh pelajar lain sebagai Raja Setan.

Hampir setiap hari Amir akan dibuli oleh Raja Setan ini. Bukan setakat dibuli, malahan diugut dan didera secara fizikal lagi. Kalau dihitungkan, hampir setiap hari mesti Amir akan pulang ke rumahnya sambil menangis.

Api untuk AmirWhere stories live. Discover now