The Pain of MY Life (Synopsis)

14 1 0
                                    

Kehilangan bapanya iaitu Encik Sharif membuat hidup Arissa Qaisarah menjadi kucar-kacir dan baginya, ini semua salah ibunya yang selalu curang terhadap bapanya.

"Ini semua salah ibu!!. Kalau ibu selalu ada dengan Baba, tenangkan Baba. Semua ni takkan berlaku!. Ibu dengan keluarga Tan sama. Korang penyebab Baba mati!. Rissa benci Ibu!." Solehah Arissa.

"Kau ingat salah aku sorang je ah!. Bapak kau tu yang terlampau sibuk dengan kerja, tak ada masa langsung untuk aku. Memang patut pun dia mati!." Puan Mazlinda.

Perginya diri Arissa dari dunia Ibunya adalah keputusan yang diambil oleh wanita yang berumur 23 tahun itu.

Pelbagai dugaan dihadapi olehnya seperti dicaci, dan difitnah dan baginya semua itu sudah lali untuk dirinya, yang penting untuknya ialah dia tidak ingin bersemuka atau berada di dalam kehidupan keluargan Tan atau pun keluarga Ibunya. Kerana dia sudah nekad untuk menyendiri dan meninggalkan keluarganya itu, mulai detik dia meninggalkan rumah itu. Dia adalah Arissa yang sebatang kara dan hanya penghuni Rumah Anak-anak Yatim Sinari sahaja keluarganya.

Berbekalkan Diploma in Business Management membuatnya diterima di AMQAL SBN BHD dan tanpa disangka, syarikat itu kepunyaan Amran Haiqal Tan Bin Amir Tan.

Diletakkan di Marketing Department iaitu dibawah Amran Haziq Tan adalah seperti mimpi ngeri yang berulang. Hendak berhenti tetapi dia tidak berdaya kerana keluarganya di Rumah Anak-anak yatim itu.

Selalu dimaki oleh Amran Haziq adalah rutin barunya sejak bekerja di AMQAL SBN BHD.

" It's a simple task Arissa!. You stupid Moron, lain kali kalau tak tahu tanya. Kau tengok apa dah jadi. Kau hancurkan satu-satunya peluang kita!"

Pelbagai perkara berlaku kerana wanita di departmentnya itu selalu mengenakan dirinya dan menyebabkan Amran Haziq selalu mencarinya jika ada kesalahan tanpa mendengar kata-kata bela dari dirinya. Bila 3 lawan 1, sudah pastinya mereka yang menang. Jadi tiada gunanya buat dirinya.

Tanpa disangka, Pengurus AMQAL iaitu Amran Haiqal selalu ada untuknya ketika dia sedang bersedih kerana tanpa tersengaja. Haiqal terdengar luahan hati Arissa ketika dia hendak menenangkan dirinya. Dia tidak tahu kenapa Arissa selalu membuat dirinya ingin melindungi wanita itu, melihat Arissa menangis membuatnya sedih.

" Awak tahu tak Arissa, kadang-kadang dengan cacian dan hinaan boleh membuat diri kita ni jadi seorang yang hebat. Why not you take all that cacian as your spirit to move on to the future."

Arissa keliru, sepatutnya dia membenci keluarga Tan. Tapi Haiqal membuatkan dirinya seperti dirinya yang asal. Arissa yang pemaaf, yang positive dan Arissa yang ceria. Dan Arissa tertanya-tanya kenapa Haziq membenci dirinya.

Sepatutnya dia yang membenci lelaki itu, sepatutnya lelaki itu yang patut mendengar kata-kata kesat oleh dirinya. Dapatkan dia menjalani hidup yang penuh dengan dugaan ini. Dapatkan dirinya bahagia kembali?.

The Pain of My LifeWhere stories live. Discover now