Jemputan I

155 25 0
                                    

LUCYNTHIA WHITESNOW

"Mana satu aku patut pakai?"

Ah! Hari ni sungguh memenatkan! Lagi-lagi cikgu dia seorang yang miang! Disebabkan mereka bertiga dah lesap dari kelas selepas waktu seni, boleh pula cikgu tu nak sentuh badan aku!

Nasib baik Alex datang waktu cikgu miang tu nak sentuh aku. Tapi, Alex pun sama miangnya! Argh! Stress betul!

Aku terbaring di atas katil empukku. Beg sandang pun rebah sekali denganku. Malasnya aku nak buka beg ni dari badan aku. Mataku semakin tertutup. Rasa sejuk pada petang senja ini buatkan aku rasa mengantuk. Lupa akan masalah dunia sebentar. Terasa kosong di minda aku ketika itu.

Isn't great? Dapat lupakan semuanya bagaikan amnesia? Rasa bagai aku berada di dunia yang tiada masalah.

Tiada ahli kongsi gelap.

Tiada penyakit menyeksakan.

Tiada sekolah.

Tiada trauma.

Tiada orang jahat.

Tiada kematian.

Tiada orang benci kita.

Tiada... Mak ayah yang akan tinggalkan kita.

"Lucy! Cuba kau tengok apa yang kita dapat!"

Jerit Ven secara tiba.

Dahlah main terjah je tanpa ketuk pintu! Nasib aku cuma berbaring je.

"Apa dia?"

Soal aku.

"Kita dapat jemputan ke majlis tari menari bertopeng esok!"

Jerit Ven dengan nada gembira.

Kejap, majlis tari menari bertopeng? Tak silap aku, selalunya hanya diadakan pada bulan Oktober sempena bulan Hallowen.

Wait... Sekarang adalah Oktober. Dan esok adalah hari Sabtu. Cuti.

Dan...

Aku capai beg sandang aku dan mengeluarkan telefon aku. Sekarang tarikh...

Ouh, lagi dua minggu untuk Hallowen. Kenapa Ven gembira sangat?

"Kenapa? Istimewa sangatkah majlis itu?"

"Gila ke kalau aku kata tak, majlis ini hanya bangsawan sahaja dijemput dan kita mendapat surat jemputan! Huaa! I'm excited, ya' know?"

Kata Ven.

Now i get it. Ven gembira sebab dia tak pernah dapat jemputan macam ni. Dia bukan bangsawan tetapi dia cukup mampu untuk digelar bangsawan. Tapi, keluarga dia taknak membuat demikian dan hanya membeli rumah teres seperti orang sederhana. Sekarang, dengan kedatangan aku, dia dijemput sebab dia kawan aku.

Aku? Entahlah. Memang status aku adalah bangsawan tetapi aku malas nak dedahkan. Dan hebatnya, mereka tahu aku bangsawan.

Whitesnow (ongoing/editing)Where stories live. Discover now