"Abang Lan... jom pergi makan."
Razlan berpaling ke belakang, sebelah sisi kanannya. Kali ini Aisyah yang mengajak untuk ke kantin. Amir berada di belakang Aisyah. Matanya tepat ke arah wajah Razlan.
Apabila abang angkat tak iktiraf mereka menganggguk kepala. Masing-masing senyum kegirangan. Sebelum ini, pelawaan mereka selalu dinafikan oleh Razlan. Sudah beberapa kali Razlan mengatakan dia rimas, tetapi perangai kebudakan Amir dan Aisyah yang tidak pernah berputus asa untuk mendekatinya, tidak pernah padam.
Walaupun Razlan yang diajak, tapi Razlanlah yang akan berjalan dahulu. Amir dan Aisyah mengekorinya dari belakang. Mereka berdua berjalan mengapit Razlan.
"Minggu depan dah periksa pertengahan tahun. Abang okey ke?"
"Kenapa tak okey pulak?"
"Yalah... Abang baru 2-3 minggu tukar ke sekolah ini kan? Ke sama dengan apa yang abang belajar kat sekolah dulu?"
Ternyata Amir tidak tahu apa yang bermain di benak fikiran Razlan. Dia hanya meneka yang Razlan ini bertukar sekolah.
"Tak ada yang merisaukan pun, nak lulus lima subjek aje."
"Yang subjek lain, Abang tak skor ke???"
"Tak, sebab aku tak ambil."
"Eh? Biar benar abang? Abang ambil lima subjek aje untuk SPM ini??"
Razlan hanya diam. Amir dan Aisyah pelik. Tak pernah dibuat orang ambil lima subjek teras sahaja dalam SPM. Seolah-olah datang untuk mendapat sijil sahaja gayanya. Sudahlah 6 bulan aje untuk ulang kaji.
Sewaktu melalui bilik darjah Tingkatan 5 Sains 1, Amir dan Aisyah automatik melilau ke dalam kelas itu. Mata Amir meninjau sekelilingnya. Razlan perasan yang Amir kelihatan resah apabila melalui kaki lima hadapan bilik darjah itu.
Tiba-tiba Amir bergerak ke bahagian kiri Razlan. Razlan pelik melihat gelagat Amir yang semakin mendekati tubuhnya.
Rupanya Amir sudah ternampak Badrul berdiri di sebelah daun pintu belakang kelas itu. Dia cuba berselindung dengan Razlan. Matanya melekat sahaja kepada muka Badrul yang dari tadi senyum kambing kepadanya. Apabila dia selamat melepasi Badrul, sempat Amir menjelirkan lidah kepada Badrul.
Badrul membiarkan Amir berlalu, hatinya rasa geram bila melihat Amir. Namun disebabkan adanya Razlan di situ, dia terpaksa memendam rasa geram hatinya.
Dia sendiri pun tak tahu apa yang tak kena sampai dia ketagih untuk membuli Amir. Mungkin Amir ini mempunyai susuk tubuh yang kecil, rendah dan kelihatan comel sahaja apabila budak itu menangis. Ataupun Amir tiada keupayaan untuk melawan balik menyebabkan dia selesa membuli Amir.
Sampai di kantin, Amir menawarkan diri untuk membeli makanan daripada Aisyah dan Razlan. Begitulah Amir, terlalu naif. Razlan menolaknya, sebalik dia mengikut Amir ke kaunter yang sudah dipenuhi oleh pelajar-pelajar tolak menolak yang mahu membeli makanan.
Oleh kerana tubuh Amir yang kecil, dia senang menyelinap masuk melalui celah-celah pelajar yang berebut-rebut itu. Hampir ketawa juga Razlan melihat kelakuan Amir. Itulah kelebihan yang ada pada orang bertubuh kecil seperti Amir ini.
Tidak sampai lima minit, Amir keluar dengan dua pinggan mihun goreng di tangannya. Razlan memerhati Amir dengan senyuman. Comel dan kelakar betul Amir.
"Abang nak beli apa?"
Amir bertanya untuk membantu Razlan mendapatkan makanan. Tetapi lelaki itu hanya menggeleng kepala. Sebaliknya dia melakukan perkara yang lebih bijak.
Razlan pergi ke arah pintu yang mana setiap guru-guru keluar masuk untuk memesan makanan secara langsung kepada makcik kantin yang memasak untuk guru yang inginkan masakan ala carte. Tiada peraturan menetapkan yang murid-murid tidak boleh membeli di situ. Razlan memesan nasi Goreng Kampung yang harganya sebanyak RM3.00 sahaja.
Melopong Amir. Penat sahaja dia berebut-rebut tadi.
Razlan mengikut Amir ke meja makan. Semasa melalui meja pelajar-pelajar perempuan yang cantik, atau dengan kata lain Diva sekolah, mata Razlan tertangkap kepada sepasang mata yang memerhatinya dari tadi.
Sepasang mata yang cantik yang dimiliki oleh pelajar yang paling anggun dan jelita di sekolah itu. Apabila pandangan matanya dibalas oleh Razlan, gadis yang mempunyai raut wajah yang menawan, Balqis, melemparkan senyuman yang sangat manis dan menggoda kepada Razlan.
Gedebuk!!!....
Razlan tersepak kaki bangku kayu meja sebelah.
Balqis dan rakannya ketawa kecil. Tak ubah seperti gaya ratu cantik sahaja ketawanya.
Seperti diatur-aturkan, Razlan duduk di meja di mana dia dan Balqis duduk bertentangan walaupun dihadangi dua meja lagi di antara mereka.
Sesekali, Razlan terpandang Balqis yang tidak lepas-lepas memandang ke arahnya.
Dengan raut muka berbentuk bujur sireh, hidung kecil, sepasang mata yang cantik dengan kelopak mata yang hitam melentik, sinar anak matanya membuatkan kelihatan sungguh galak. Setiap kali senyum, bibirnya pula tak ubah bagai bidalan bibir bak delima merekah. Kulitnya sangat cerah ditambah blush kemerah-kemerahan di pipinya. Ditambah lagi tahi lalat manis di atas rahang pipi kanan juga.
Sungguh. Razlan sendiri tidak pernah melihat gadis secantik ini. Balqis cuba menarik perhatian dengan berpura-pura ketawa bersama-sama teman-teman divanya.
"Abang! Cuti hujung minggu ni, kitorang nak gi pekan!... Abang joinlah kitorang!"
Ajakan Amir tiba-tiba menamatkan lamunan Razlan. Razlan kembali ke bumi.
"Buat apa kat pekan?"
"Saya nak beli alat tulis. Aisyah pulak nak cari novel."
Razlan diam. Sebenarnya dia cukup malas untuk keluar. Tambah lagi, dia juga sudah ada rencananya sendiri.
"Jomlah Abang Lan.."
"Taklah, aku ada hal..."
Amir dan Aisyah terdiam. Hampa lagi. Tapi tidak mengapalah, sekurang-kurangnya dia berani mencuba mengajak lelaki ini.
Sewaktu balik dari sekolah, Razlan tiada aktiviti hari ini. Latihan bola sepak juga tiada.
Dia berjalan seorang diri dengan beberapa gerombolan pelajar lagi di hadapan dan di belakangnya. Kebiasaan Amir ada kalau masa-masa seperti ini. Tapi kali ini, orang lain pula yang menyapa Razlan dari belakang.
"Haiii..."
Suara yang lembut menggoda, membuatkan jantung Razlan berdenyut laju. Dia menoleh ke sisi kanannya.
Balqis sekali lagi cuba menggugurkan iman Razlan dengan satu ukiran senyuman yang menggoda.
"Saya Balqis...."
"Razlan...."
Tinggi lampai juga gadis ini, bila berdiri bersama, dahinya berada di paras dagu Razlan. Gadis itu berpayung bagi menghalang cahaya matahari membakar kulit putih gebunya.
Sebenarnya Balqis mengharapkan Razlan dahulu menyapa dan memulakan perbualan mereka. Setiap kali dia pandang tepat ke arah Razlan, Razlan seakan-akan tersipu-sipu. Jadi dia hanya senyum bagi menutup kegusaran dan keghairahan hatinya. Status gadis ayu dan high classnya haruslah dijaga.
Manakala Razlan pula, lidahnya pula seolah-olah disaluti simen pekat. Dia yang sememangnya kurang bercakap, bertambah keraslah lidahnya untuk memulakan bicara. Setiap kali bertentangan mata, Razlan dan Balqis hanya senyum. Sampai sudah, hingga ke pintu pagar sekolah mereka masih lagi diam.
Melewati pagar, Balqis meminta diri dahulu. Sebuah kereta Mitshubitsi Lancer berwarna merah sudah menunggunya. Balqis melambai tangan kepada Razlan kemudian lambaian dibalas kepada gadis itu.
"Jumpa lagi esok!"
Balqis sudah berlalu pergi, barulah kata-kata secara spontan itu terkeluar dari mulut Razlan.
Beberapa saat selepas itu, Razlan perasan yangbeberapa orang pelajar berbisik-bisik sambil memandang kepadanya. Dia sedarakan betapa bodoh kelakuannya tadi. Sekarang baru Razlan tahu bagaimanapenangan cinta berputik. Tapi adakah ini cinta? Razlan mencebik sendiri, lantasdia pusing dan berlalu pergi menuju ke rumahnya.
YOU ARE READING
Api untuk Amir
Romance"Cinta itu luas maknanya. Kisah ini Bukan hanya untuk pasangan kekasih. Kita masih lagi ada Tuhan, keluarga dan sahabat untuk kita cintai." Apakah yang terjadi apabila sikap keanak-anakan dan periang Amir bertemu dengan lelaki yang sangat matang da...