BAB 5: Amukan Raja Setan (1/5)

34 1 3
                                    

Seperti yang dijadualkan, perlawanan bola sepak peringkat negeri akhirnya berlangsung. Pasukan bola sepak Sekolah Menengah Adi Waja adalah atlit sekolah paling sibuk sepanjang minggu itu.

Sebelum perlawanan itu diadakan, ahli pasukan yang terdiri daripada Aidil, Badrul, Razlan dan sebelas orang lagi hadir berlatih setiap petang. Cikgu Hazrul bertukar menjadi jurulatih yang profesional dan adil apabila berada di saat getir ketika ini.

Tidak lagi dia mempermainkan dan menyimpan agenda tersembunyi untuk mengenakan Razlan. Kali ini dia lebih berfokus untuk mendapatkan kejuaraan kepada Sekolah Menengah Adi Waja sahaja.

Setiap hari, padang dipenuhi dengan pelajar-pelajar yang datang memberikan semangat dan sokongan kepada pasukan bola sepak sekolah mereka.

Cikgu Hazrul mengatakan, tahun ini penyokong datang adalah yang paling ramai berbanding tahun-tahun sebelumnya. Dia pun tidak tahu kenapa. Mungkin kehadiran Razlan yang menguatkan lagi pasukan ataupun ini adalah satu harapan sekolah untuk mendapatkan kejuaraan untuk kali ketiga, bagi memecah rekod juara tiga tahun berturut-turut.

Ketika ini nama seperti Aidil dan Razlan sering disebut-sebut oleh semua pelajar sebagai wira mereka. Harapan dan cita-cita sekolah diletakkan di atas bahu mereka.

Apabila nama Razlan selalu disebut oleh semua pelajar, Amir bertambah kecil hati. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia berkecil hati. Adakah semua orang sudah mengenali dan meminati Razlan? Dia mula takut perhatian Razlan akan hilang terhadapnya, jika Razlan mempunyai kawan-kawan selain dirinya. Terasa hak esklusif dan hak istimewa lelaki kesayangannya sudah dibahagikan kepada orang lain juga. Amir mula fikir bukan-bukan berkenaan itu.

Setelah mengharungi beberapa peringkat saringan selama dua minggu bermula pada hari persekolahan pada hari itu. Selepas berhempas pulas, mengerah tenaga untuk latihan setiap petang Sekolah Menengah Adi Waja berjaya masuk ke peringkat akhir.

Inilah hari perlawanan yang terpenting. Pada hari berkenaan, semua pelajar dibenarkan ke padang. Guru-guru juga tidak masuk mengajar untuk memberi laluan kepada perlawanan ini.

Bukan pelajar sekolah ini sahaja yang berlegar-legar di kawasan sekolah, malah pelajar-pelajar dari sekolah lawan dan beberapa orang pelajar dari ahli pasukan bola sepak yang pernah tersingkir dalam kejohanan ini juga hadir untuk menyaksikan perlawanan antara Sekolah Menengah Adi Waja dan lawannya, Sekolah Menengah Tanjung Biru.

Amir juga tidak terlepas untuk menyaksikan perlawanan ini. Sebelum ini dia selalu mendengar yang Razlan antara pemain yang cukup handal. Itu sudah tidak menjadi satu kepelikan kepadanya. Sebut sahaja Razlan, macam-macam perkara hebat yang Amir tahu. Hebat subjek Matematik, hebat bertarung, sekarang ini hebat bermain bola pula.

Perlawanan bermula.

Razlan tidak dimasukkan sebagai kesebelasan utama. Amir dapat melihat lelakinya itu dari jauh, berada di bangku pemain simpanan lagi.

Ketika itu Aidil berada di barisan tengah hadapan dan Badrul pula berada di barisan pertahanan.

Selepas hampir 30 minit, keputusan mencatatkan 1-2, di mana Sekolah Menengah Adi Waja tertinggal satu gol. Itu cukup mencemaskan dan mendebarkan semua penyokong sekolah ini.

Kelihatan aksi Aidil seperti tidak memberangsangkan. Ada sahaja silapnya. Hantaran tidak tepatlah, bolanya sering dicuri dan sering melanggar pihak lawan.

Menjelang minit ke-40, semua pelajar mula menjerit dan mendesak Cikgu Hazrul untuk memasukkan Razlan. Serba salah cikgu Hazrul dibuatnya. Hendak ditukar, lima minit ditambah dua minit sahaja masa tambahan, tamatlah perlawanan.

Amir mula bosan. Dia datang untuk menyaksikan aksi Razlan semata-mata. Tapi bila begini, lebih baik dia duduk dalam kelas, hafal lirik lagu aje. Amir duduk di satu sudut dekat dengan tiang gol. Dia menongkat dagunya. Sesekali dia menggaru punggungnya yang asyik tercucuk rumput kemuncup.

Ketika masa rehat selama 15 minit tadi, pemain-pemain berkumpul di kantin. Hanya Razlan yang Amir perhatikan. Walaupun ramai pemain-pemain pihak lawan boleh tahan kacaknya, tapi Razlan masih lagi menjadi tumpuan perhatiannya. Yang lain dia tak kenal macam mana perangainya, kalau Razlan dah sah-sah tahu macam mana hati budinya. Tegas Amir.

Sekali lagi Amir terlihat kelibat Balqis, merapati Razlan yang berada di meja pasukan.

"Eh, menyampah pulak aku tengok perempuan ni!"

Bisik Amir. Dengki.

Bersambung di babak kedua. Kali ini kelibat Razlan berlari masuk ke padang. Razlan menggantikan Badrul yang dikeluarkan. Ramai pelajar menyorak kepada Razlan. Tapi lelaki itu kelihatan sangat tenang. Dengan badan yang tinggi lampai dan sasa, serta potongan rambutnya yang seksi, Razlan kelihatan sangat jantan sekali bila memakai jersi berwarna merah dan nombor sembilan berwarna putih terpapar di belakangnya. Mungkin yang bersorak bukan minat kepada aksi Razlan bermain, tapi penampilan lelaki itu sendiri sebenarnya.

Api untuk AmirWhere stories live. Discover now