Melissa 2

2.7K 136 0
                                    

Melissa menyembamkan wajah di atas bantal miliknya. Peristiwa tadi masih terimbau dikepalanya.

•••

"A-awak siapa?"

"Kau tak kenal aku?"

"Kenal? Kita pernah berjumpa ke?"

Lelaki itu memandang aku tajam. Dia mengangkat tangannya lalu memetik jarinya.

Secara tiba tiba kepala aku berdenyut denyut dengan kuat. Persekitaran aku menjadi semakin kabur.

'Kenapa ni?' Aku memegang kepalaku.

Terasa seperti ada tangan yang memegang bahu aku. Terus sahaja denyutan itu hilang dan penglihatan aku menjadi sediakala.

Lelaki itu masih berada di hadapan aku tidak berganjak.

Aku agak terkejut kerana aku sudah berada di kawasan yang berlainan dari sebelum ini.

Aku lihat persekitaran lorong yang gelap dan penuh dengan kerak lumut tadi telah menjadi padang hijau yang luas dan dipenuhi oleh pokok pokok yang rendang dan bunga bungaan.

Teruja aku melihat sekeliling.

"Cantiknya." Gumam aku perlahan namun masih didengari oleh lelaki tadi.

Sinis senyuman lelaki itu.

"Inilah kawasan keluarga kita selalu beriadah."

Tiba tiba lelaki itu bersuara.

"Keluarga kita? Apa maksud awak?"

Terus pandanganku dialih kearahnya.

"Kau adik aku, Melissa Fellixe Anthony."

Berkerut dahiku, 'adik?'

"Nama saya Melissa binti Zahid dan saya tiada abang mahupun kakak, setahu saya, saya anak tunggal."

i.Melissa [✔] Amethyst; Tanzanite Kingdom[Edited]Where stories live. Discover now