Bab 13

74 6 0
                                    

"Kenapa datang sini? Ada hal penting ke?" Lembut sahaja suara Salyna berkata. Mencairkan suaranya.

"Nak ajak awak keluar." Qairul terlebih dahulu menjawab. Matanya tepat memandang Salyna. Salyna bagaikan terpaku melihat Qairul.

Cara Qairul memandangnya begitu mempesona.

"Sebenarnya saya nak keluar ni. Nak keluar dengan Qarina dengan Amieyra." Salyna membuang pandangannya ke tempat lain.

Tidak sanggup memandang wajah Qairul dengan begitu lama.

"Keluar pergi mana? By the way cantiklah awak." Mukhriz memujinya. Matanya membulat.

"Nak pergi kat rumah anak yatim. Katanya nak buat amal sedekah sikit. So, saya join lah sekali. Nak juga buat baik. Bukan selalu.Cantik? Seriously? Thank you." Ikhlas sahaja suara Salyna berterima kasih.

"Buat amal sedekah? I nak ikut boleh?" Tanpa segan silu Hans berkata. Mukanya ditebalkan.

"Erm. Nak ikut ke?" Segan pula Salyna mahu mengajak. Takut dia tidak selesa pergi ke situ.

"Boleh je." Kata Hans.
"Saya pun nak ikut jugak." Mukhriz tidak mahu mengalah. Matanya membesar melihat wajah Hans yang sedang tersenyum.

Qairul seperti patung disitu. Satu patah perkataan pun tidak terkeluar dari mulutnya. Dia hanya melihat sahaja Mukhriz dan Hans berlawan cakap.

Puan Fatimah memerhati Qairul. Kesian pula melihat Qairul yang diam membisu.

"Kalau macam tu ajak lahh tiga-tiga sekali. Qairul pun pergilah." Puan Fatimah memandang Qairul.

Salyna yang terkejut dengan kata-kata neneknya terus menoleh.

"Ha?" Salyna tidak percaya.
"Ajak tiga-tiga sekali." Puan Fatimah mengulangi kata-katanya tadi.

Qairul tersenyum menang. Ada juga orang yang support dia. Thank nanny!

Lama Salyna terdiam. Dia memikir.
Akhirnya dia mengalah dengan kata-kata neneknya.

"Okey la. But, kita naik Pak Amin tau?! Jangan nak berebut pulak." Salyna memesan.

Mereka bertiga mengangguk mendengar kata.

"So, let's go!" Salyna sudah berdiri dari tempat duduk memandang tiga lelaki dihadapannya.

Mereka bertiga berdiri serentak.

_______________________________________

"Awak bertiga tunggu la kat dalam kereta. Saya nak ambil surat kejap." Salyna melihat wajah tiga orang lelaki yang bertenggek di depannya.

"Okey!" Kata Mukhriz. Dia mendengar kata. Baik betul. Dia pun bergerak ke arah kereta berwarna putih yang sudah dihidupkan oleh Pak Amin di luar rumah.

Qairul dan Hans mengekorinya.

Salyna berjalan dengan langkah kecil ke arah peti surat. Terdapat 10 surat yang bertimbun di dalamnya.

Satu persatu surat itu dibeleknya. Tiada surat yang penting pun. Tangannya terhenti melihat surat yang terakhir. Tiada nama pengirim. Yang ada hanya namanya yang tentera. Salyna.

Entah mengapa waktu itu, hatinya berdebar-debar.

Surat itu dibuka perlahan.
Isi di dalamnya dibaca.

Kau nak keluar ke? Hati-hati ye. Kau jangan ingat kau dapat hidup senang! .

Ayat yang ringkas tetapi tetap menusuk ke dalam hatinya. Dia terkaku.

Ni orang yang sama ke yang hantar surat semalam? Macam mana dia tahu aku tinggal kat sini? Siapa dia ni sebenarnya?

Dahi Salyna berkerut. Masih lagi tertanya-tanya siapakah gerangan yang menghantarkan surat yang sama kepadanya.

"Salyna?" Suara Hans mengejutkannya. Salyna kembali ke alam realiti.

"Ye!" Salyna menjawab.

Kertas itu dironyokkan dan dibuang ke dalam tong sampah. Malas mahu melayan perasaan yang gundah gelana itu.

Dia berjalan ke arah kereta.

_______________________________________

Akhirnya mereka tiba di hadapan Rumah Anak Yatim Mentari. Kelihatan Qarina dan Amieyra yang berada disitu mula melambai ke arahnya.

Salyna dengan langkah yang besar berjalan ke arah kawannya. Senyuman manis dihadiahkan.

"Dah lama sampai ke? Sorry. Actually there's some guest came to my house. So, that why I late." Ujar Salyna.

Matanya melirik ke arah tiga orang jejaka dibelakangnya.

"Wow! Tiga orang prince charming datang rumah kau? Tak sangka. Dah la handsome. Famous juga kau he?" Amieyra ketawa kecil.

Salyna dengan pantas menyiku perut Amieyra.
Geram benar dengan kawannya yang sorang ni.

"Adoi. Sakitlahh. Tangan besi betul. Garang. Macam singa." Sengaja mahu mengusik Salyna lagi. Dia suka melihat wajah Salyna yang marah.

Memang tak makan siku.

"Abang pun ada kat sini? Patutlah awal pagi lagi dah hilang. Pergi rumah someone rupanya." Wajah Qairul itu dipandang. Segak sungguh abangnya itu.

Qairul mendengus geram melihat kelakuan adiknya.

"By the way, Qairul kenapa kau tak pergi dengan kawan-kawan kau? Dia orang pun ada kat sini." Kata Amieyra.

Amieyra sudah lama berkenalan dengan Qarina dan Qairul sejak umurnya 15 tahun lagi. Mereka lebih suka bercakap dengan gelaran'aku-kau' katanya lebih selesa.

Ariff,Emir dan juga Firdaus juga sama. Sudah berkawan lama.

Sempat Amieyra membetulkan tudungnya yang senget itu.

"Dia orang pun ada?" Terbeliak mata Qairul.

"Ada. Tu." Amieyra menundingkan jarinya ke arah Ariff dan yang lain yang sedang sibuk mengangkat kotak.

Qairul menggelengkan kepalanya. Tak sangka dia orang pun ada.

"Adik aku mana?" Salyna bertanya. Matanya meliar mencari.

Adam juga ada disini. Katanya ingin membantu sekali.

"Ada, kat belakang dengan adik Mieyra. Tengah sapu sampah." Ujar Qarina.

Salyna mengangguk.

"Jom lah. Buat apa tercegat kat situ lagi. Jom!" Melihatkan tiga orang lelaki itu tidak bergerak, Salyna mula menegur.

"Okey!" Hans berlari mendapatkan Salyna. Mukhriz yang tidak mahu kalah terus berlari sama. Qairul sorang yang hanya berjalan perlahan memerhati suasana di rumah anak yatim itu.

Mereka semua saling bantu-membantu membersihkan kawasan rumah anak yatim itu supaya kelihatan bersih. Dinding yang agak lusuh juga di cat baru. Agar kelihatan baru dan berseri.

Barang dapur juga disedekahkan kepada rumah anak yatim ini. Pakaian yang baru juga dibeli. Sekitar 300 pasang baju juga yang sudah terbeli.

Terpamer wajah gembira anak-anak yatim itu. Makanan juga disediakan oleh mereka. Ayam masak merah beserta sayur campur disediakan untuk makanan tengah hari.

Salyna gembira melihat anak-anak yatim ini gembira.

*

*

*
Vote and comment. Sorry typo.

Btw how this part?? Ok tak readers yang disyangi??? Ke hambar?? Alo!!!
Sorry tauu... actually sye ni ha dah tak thu nak pikir part yg mcm mne.... so mcm ni je laa sye buat..

Baca tauu... readers ringan2 kan la jari tu nk tekan gmba bintang kt  bawah ni tau..hahahahah

KISAH ANTARA KITA (HIATUS)Where stories live. Discover now