🌸 Bab 20 🌸

3.8K 125 11
                                    

Suraya terjaga tatkala merasakan ada benda sejuk yang menempek di mukanya. Apabila kelopak matanya dibuka, terjengul wajah Zafran yang bengis sedang memerhatikan dia. Zafran hanya bertuala. Terserlah tubuh sasanya di depan mata Suraya. Suraya melarikan pandangannya ke arah lain, dia tidak ingin matanya semakin galak memandang tubuh seksi Zafran. Rambutnya disentuh... Basah... Pandangannya jatuh kepada cawan besar yang berada dalam tangan Zafran.

'Dia jirus aku dengan air ke tadi...sampainya hati dia... Maknanya, aku tak mimpilah semalam...'

"Apa abang buat ni...?" soal Suraya yang masih dalam keadaan terkejut.

"Puas tidur??" soal Zafran sinis.

"Pemalas...patutlah Amar pun cari perempuan lain.. Kau tengok sekarang dah pukul berapa." Tangan Zafran menunjuk ke arah jam loceng hiasan yang terletak pada sudut bilik.

'8.00 pagi!' mata Suraya terbuntang. Dia bingkas bangun.

"Maaf...Su tak dengar bunyi alarm phone tadi," Suraya terkocoh-kocoh mencari tualanya. Dia melangkah ke bilik air, belum sempat dia masuk ke dalam bilik air, tangannya ditarik menghadap Zafran.

"Kau nak pergi mana?"

"Nak mandilah...dah pukul berapa ni, dah lambat. Abang pun tak kejutkan Su awal-awal tadi."

"Mulai hari ni, kau tak payah kerja lagi. Kau duduk rumah je."

"Tapi kenapa?"

"Kau ni...kalau tak tanya kenapa tak boleh ke? Bila aku bagi arahan, kau dengar je la... Susah sangat ke nak dengar arahan aku? Si Amar tu bagi kau arahan bodah kat kau boleh pula kau dengar tanpa bantahan dulu..." pedas sindiran Zafran itu.

"Kau turun sekarang, buat sarapan. Aku nak cepat ni." Zafran mengarah Suraya.

"Ok...ok..." Suraya segera mengatur langkah menuruni anak tangga.

Di dapur, Suraya mencari bahan untuk membuat sarapan pagi. Peti sejuk dibuka. Tiada apa yang menarik, sebabnya bahan masakkan kurang.

'Hmmm...nak shopping barang dapur ni. Tapi sekarang nak masak apa buat sarapan, ha...nasi semalam masih banyak, buat nasi goreng je lah.'

Suraya mengambil nasi semalam yang masih tidak disentuh. Lauk-pauk semalam pun masih ada lagi di dalam peti sejuk. Dengan segera, dia menyiapkan bahan-bahan lain untuk dicampur ke dalam nasi goreng. Selepas 15 minit semuanya siap.

"Suraya!" kedengaran laungan kuat dari tingkat atas.

"Ya abang..." Suraya bergegas naik ke atas untuk mendapatkan Zafran.

Sampai sahaja di bilik, dia melihat Zafran sedang mencari sesuatu di dalam almari pakaian mereka. Pakaian yang sudah dikemas Suraya semalam bersepah semula.

"Abang panggil Su kenapa?"

"Tali leher aku mana? Cari cepat!" suara Zafran meninggi. Suraya melangkah menuju ke almari untuk mencari tali leher yang diminta Zafran.

"Abang nak yang mana satu?" tali leher yang terdapat pada kedua tangannya diangkat.

"Mana-manalah.."

Suraya menghulurkan tali leher yang berwarna biru tua kepada Zafran. Zafran tidak menyambutnya.

"Pakaikan lah...nak aku suruh juga ke??" Suraya segera menyimpan semula tali leher yang satu lagi ke dalam almari.

Suraya mendekatkan dirinya dengan Zafran. Tali leher tadi dibawa ke leher Zafran. Dia mula menyimpul tali leher itu. Suraya hanya mendiamkan diri. Selepas kejadian semalam, dia jadi kekok untuk berhadapan dengan Zafran. Sungguhpun Zafran telah pun menjadi suaminya yang sah. Pengakuan Zafran malam tadi masih terngiang-ngiang di telinganya.

Mr Drama King(BAKAL TERBIT)✅Where stories live. Discover now