° Regret 011 °

2.7K 227 10
                                    

" Bila aku tiada nanti, semuanya akan kembali kepada asal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Bila aku tiada nanti, semuanya akan kembali kepada asal. Ya. Semuanya akan menjadi lebih baik. Tiada lagi aku yang menghalang kebahagiaan mereka. "

"Ayah?"

"Ayah?!"

"Ayah!!"

Jungkook terkejut dan tersedar dari tidurnya. Mahu bangun namun badannya terasa begitu lemah. Panas. Dia rasa panas.

Mata kaburnya dilarikan ke arah gerangan di hadapannya. Wajah Jungna menyapa pandangan. Jungna tampak risau.

"Ohh, Jungna. Jungna nak apa - apa ke?" Soal Jungkook dengan suara seraknya.

"Pakcik Jimin call ayah dari tadi." Kata Jungna sambil telefon bimbit Jungkook dilayangkan berkali - kali.

Jungkook tanpa banyak kata bangun untuk mengambil telefonnya. Namun, sehelai tuala kecil yang dilipat tiba - tiba jatuh saat dia bangun. Baru dia sedar rupa - rupanya terdapat sehelai tuala di dahinya.

"Ayah demam panas." Jelas Jungna yang sudah dapat mengagak kekeliruan Jungkook saat itu.

'Ohh...' Hati Jungkook berkata. Perasaan sedih yang tiba - tiba datang dihirau dan dihalaunya.

"Hyejung mana?" Soal Jungkook.

"Jungna dah hantar pergi sekolah." Jawab Jungna.

"Jungna? Kenapa Jungna tak pergi sekolah?" Tanya Jungkook sedikit risau.

"Ayah sakit." Jawab Jungna lagi. Mukanya tetap seperti tiada perasaan.

Jungkook diam. Lebih kepada terpana. Bukan anak lelakinya itu membenci dirinya? Tapi kenapa?

"Maaf Jungna." Kata Jungkook tiba - tiba.

"Ayah minta maaf." Jungkook berpaling arah. Tidak mahu memperlihatkan matanya yang berair kepada Jungna.

Jungna diam. Bisu. Tiada kata yang dikeluarkan. Tanpa banyak hal, dia keluar dari bilik Jungkook. Pintu bilik Jungkook dihempas kuat tanda masih ada marah dan dendam di hatinya.

Mana mungkin dia memaafkan seorang lelaki yang menyakiti emaknya?

Dan seorang Jeon Jungkook terkulai layu di situ. Menyesali segala pilihan yang dilakukannya.

Aku layak mendapat balasan ini.

• • •

"APA?!" Puan Park bangun. Tangan tuanya menghempas meja dengan kuat.

"Ibu!" Marah Hyuna. Sedikit malu dengan tindakan puan Park.

Setelah dipujuk berkali - kali oleh puan Park, akhirnya Hyuna menceritakan segalanya. Lagi pula, puan Park ialah ibunya walaupun hanya berstatus angkat sahaja.

[C] Régret. jjkWhere stories live. Discover now