Bab 14

62 4 0
                                    

Makanan sudah pun tersedia di atas meja. Anak-anak yatim juga sudah duduk di depan meja makan. Mata mereka bersinar melihat makanan tersebut.

Empat buah meja yang panjang itu dipenuhi makanan. Sempat juga Salyna menyediakan pencuci mulut untuk anak-anak yatim itu dengan buah tembikai dan juga aiskrim.

"Okey, sebelum kita nak makan. Jangan lupa baca doa. Ambil keberkatan. Orang bersedekah dekat kita kenalah berterima kasih." Hajah Afidah berucap di depan anak-anak yatim.

Hajah Afidah ini ialah pengetua yang sudah setia bersama Rumah Anak Yatim Mentari selama 15 tahun. Dia sudah mencurahkan kasih sayangnya kepada anak-anak yatim ini sepenuh hatinya. Malah sudah menjadikan mereka seperti anak sendiri.

"Terima kasih." Kesemua anak-anak yatim ini berterima kasih kepada Salyna dan juga kawannya yang lain.

"Sama-sama." Qarina menjawab. Lebar senyumannya.
"Makanlah." Ujar Amieyra.

Seorang budak lelaki bernama Amri mengetuai bacaan doa.

Semua mengaminkan doa makan.

Baru sahaja Salyna mahu menjamah nasi, bahunya ditepuk oleh seseorang.
Dia menoleh. Kanak-kanak yang usianya sekitar 3 tahun memandang wajahnya.

"Ada apa adik manis? "Salyna mengusap pipi lembut kanak-kanak itu.

"Akak Salyna. Ada abang datang jumpa Mia. Dia kata suruh Mia bagi akak surat ni."

"Siapa?"

" Bila Mia tanya apa nama abang tu dia cuma cakap T.M je." Kanak-kanak yang bernama Mia itu membuka cerita.

T.M? Dia ke yang hantar surat kat aku?

Salyna mengambil surat tersebut daripada Mia.

"Thank you. Mia duduklah dulu. Makan ye?" Kepala Mia pula yang diusapnya.

Budak perempuan yang bernama Mia itu berlalu ke meja makan disebelahnya.

Salyna berdiri dari tempat duduk lalu melangkah ke tempat yang lebih sunyi. Lebih tepat lagi tiada orang.

Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi kayu. Kertas itu dibuka.

Seronok nampak kau? Tak apalah. Aku bagi kau peluang untuk seronok dan tersenyum. Sebab lepas ni kau takkan macam tu. Aku benci tengok kau bahagia!!

Matanya terbeliak. Jantungnya seperti mahu terkeluar. Ayat ini begitu menggerunkannya.

Dia masih memikirkan siapakah yang menghantar surat itu kepadanya. Apakah motifnya? Dikerah-kerahkan kepala otaknya supaya berfikir.

Dia berdiri dari tempat duduk. Ke hulur ke hilir di berjalan bagi memikirkan motif gerangan yang memberikannya surat itu. Boleh dikatakan ugutan.

Tiba-tiba dia mendengar derapan tapak kaki. Salyna cuba mengecam suara kaki siapakah dibelakangnya.

Berdebar-debar jantungnya. Terlalu laju sehingga membuatkan dia berasa tidak senang.

Bahunya dipegang.

Dengan pantas Salyna memegang tangan tersebut lalu dipulasnya kebelakang sehingga membuatkan gerangan tersebut melutut. Tangan Salyna masih tidak melepaskan tangan tersebut.

Akan tetapi, badan Salyna yang kecil molek itu tidak dapat melawan lelaki yang berbadan sasa dihadapannya. Kini dia pula yang ditahan.

Tangannya dipegang kuat.

Salyna mengangkat wajahnya. Rupanya Qairul. Terus berubah riak wajah Salyna.

Laju sahaja dia melepaskan tangannya daripada Qairul.

"Qairul." Suara Salyna mendatar. Kepalanya menunduk memandang lantai. Kesal dengan kesilapannya yang tiba-tiba sahaja menyerang orang.

Qairul menolak dagu Salyna ke atas.

"Tak apa. Kenapa awak ada kat sini? Orang lain semua ada kat kantin. Makan. Ada something tak kena ke? Surat ape tu kat tangan awak?" Qairul perasaan terdapat sehelai surat pada Salyna.

Salyna dengan cepat menyembunyikan surat itu dibelakang tangannya. Dironyokkan dengan pantas.

"Nothing important. It's okay." Salyna membohong.
"Are you okay?" Risau Salyna jika tangan Qairul patah akibatnya.

"Okey je. Saya kan kebal." Qairul menepuk lengannya dengan kuat bagi menunjukkan kepada Salyna bahawa dia kuat.

"So, jom kita makan." Salyna mengajak Qairul supaya beredar dari situ.

"Okey." Qairul mengiringi Salyna.

Tanpa mereka sedari, terdapat satu susuk badan yang memerhatikan mereka. Dia tersenyum sinis lalu berlalu pergi meninggalkan Rumah Anak Yatim Mentari.

_______________________________________

Hari ini Salyna menghabiskan masanya di dalam bilik sambil membaca novel. Novel yang berjudul 'Kau Untukku' dibaca dengan tekun.

Sinopsis cerita ini menarik perhatian. Ia mengisahkan seorang wanita yang berharap dengan cinta sahabatnya sendiri. Akan tetapi dihalang oleh ibu bapanya sendiri kerana mengatakan bahawa lelaki itu tidak sama kaya dengan.

"Tok,tok,tok." Pintu bilik Salyna diketuk oleh seseorang.

Salyna meraup mukanya. Ada saja orang yang mahu kacau daun.
"Masuk!" Kata Salyna.

Adam melihat kakaknya yang masih duduk di meja belajarnya sambil membaca novel.

Dia melabuhkan punggungnya di atas katil. Matanya melirik memandang wajah Salyna. Mulus sahaja wajahnya.

"Ha, ada apa?" Tanya Salyna. Dia masih lagi memberikan perhatian sepenuhnya kepada novelnya di depan mata.

"Kalau iya kot. Tengoklah apa yang Adam nak cakap ni. Ni tak, mata tu macam nak terkeluar je baca buku tu. Macam kita ni patung pulak." Adam mencebik.

Salyna meletakkan penanda bukunya di tempat dia terhenti membaca. Ditutupnya buku tersebut, lalu menukar posisi kerusinya menghadap adiknya Adam itu.

"Ye ada apa adikku sayang?" Suara Salyna dilembutkan. Matanya redup memandang Adam.

"Ha. Ni barulahh betul." Tersenyum Adam. Suka jika suara kakaknya dilembutkan dan tidak garang seperti singa.

"Ehm. Ada apa?" Soalan Salyna diulang semula.

"Macam ni kak. Janji dulu kat Adam yang akak takkan ketawakan Adam." Adam mengeluarkan jari kelengkingnya lalu ditunjukkan didepan muka kakaknya.

Berkerut dahi Salyna. Penting sangat ke dia nak cakap ni?
"Apa dia?" Salyna menanya.

"Janji dulu." Kata Adam.

Mahu tidak mahu kena juga Salyna berjanji dengan adiknya. Macam budak-budak nak pinky promise bagai.

"Macam ni. Actually I think fall in love with someone." Suara Adam agak terketar-ketar.

"Seriously? Who?" Terkejut Salyna. Hampir terjatuh biji matanya mendengar pengakuan Adam. Buat pertama kalinya Adam menyukai seseorang.

Ragu-ragu Adam ingin berkata.

*
*
*
*
Sorry jika ada typo.

Ha, siapa T.M ni?? Apa yg dia nak?? Aduii!! Org baru nk bersuwit2 sibuk betuk nk kacau..hahabab

Rasanya Adam suka spe ae?? Ala.. msti readers tahu punya kn?? Kan readers baca all part.. hahahah

Typo sory sgt2!!♥

KISAH ANTARA KITA (HIATUS)Where stories live. Discover now