POV AUREL
Mata baru sahaja nak tutup, tiba-tiba ada orang naik atas katil. Hati aku mula gundah. Pencurikah? Perogolkah?
Perlahan-lahan aku kalih belakang. Ya Allah!
"Abang....buat apa sini?" Terbeliak mata bila sang suami ada depan mata. Mimpikah?
"Sorry, kacau sayang tidur. Start malam ni sampai bila-bila. Abang nak tidur sebelah sayang je. Boleh?" Ujar Ethan lalu memeluk aku. Terkedu.
"Nanti mama tahu macam mana? Kak Kasih macam mana?" Aku mula risau.
"Mama pukul 9 malam dah tidur. Sekarang dah pukul 1 pagi. Mama nak tahu macam mana. Sayang, dah hampir 3 minggu duduk sebumbung tapi tak tidur sama. Seksa tau."
"Sayang pun sama tapi nak buat macam mana."
"Kita buat macam ni."
Ethan melekapkan bibirnya pada bibir aku. Rindunya pada bibir kasar ni. Aku membalas ciumannya. Kami berciuman selama 10 minit. Rindu sangat.
"Sayang...dalam ni tak ada baby lagi?" Ethan mengosok perut aku. Terkejut aku.
"Kenapa?"
"Lately, abang mengidam makanan yang abang tak pernah rasa nak makan sebelum ni."
"Contoh?"
"Benda masam, asam jeruk. Asalkan masam abang makan je. Pastu suka sangat makan petai. Kalau tak dapat rasa gelisah. Nak mengamuk pun kadang-kadang ada."
"Biasalah anak tekak nak tukar selera."
"Yelah tu. Sayang kenapa abang tengok sekarang sayang nampak pucat. Sayang tak sihat?"
Ethan mengenggam tangan aku. Aku bukan tak sihat tapi aku penat. Mama pantang nampak aku duduk mesti ada sahaja benda yang dia suruh aku buat. Cuci tandas bilik dia seminggu 7 kali bermakna sehari satu kali. Katanya tak biasa duduk dalam kawasan kotor.
"Okey je. Mungkin kita jarang berbual atau bersama macam sekarang, tu yang abang rasa lain. Lagi sebulan abang. Tak nampak pun yang mama suka dengan sayang. Dia asyik peringat sayang supaya jaga mata dari abang. Sebab tu sekarang sayang kena pakai purdah dan niqab sekali."
"Ya Allah! Mama terlalu sayangkan Kasih sampai tak nampak kebaikan yang ada pada orang lain. Habis sebulan kita akan berterus terang sebab abang tengok mama keadaan dia okay sangat. Dah tak nampak macam dulu."
"Mama tak suka sayang, tak kisah janji jangan ambil abang dari sayang." Aku memeluk lengannya.
"Insyaallah. Abang milik sayang sepenuhnya. Dalam keadaan kita sekarang, asalkan ada kepercayaan dan cinta yang utuh. Kita mampu hadapi."
Ethan memeluk aku lalu mencium ubun ku. Lama.
"Abang, kenapa tiba-tiba nak tidur sini?"
"Kasih tu tiba-tiba tidur sebelah abang tadi. Rasa lain macam abang terus datang sini."
"Abang, sayang terpaksa tau kongsi abang dengan dia atas kertas sahaja. In real life, sayang tak sanggup."
"Abang tahu. Sayang kan kedekut sebab tu abang terus datang sini."
Aku tersenyum mendengar jawapannya.
*****
Aku baru sahaja melabuhkan punggung atas sofa. Kedengaran suara mama memanggil.
"Aurel, tadi auntie minta tolong sediakan air panas dalam tab mandi. Kenapa masih kosong. Awak nak Kasih yang buatkan? Awak tahu kan yang Kasih tu penat bekerja. Setiap hari balik lewat sebab ramai pesakit." Mama mula membebel sambil bercekak pinggang. Depan Ethan elok je layan aku pagi tadi.
YOU ARE READING
Just You, Budak Lembab! [COMPLETED]
Romansa"Betullah apa yang saya selalu fikir selama ni yang awak memang tak cintakan saya. Awak tak sayangkan saya pun. - Aurel Fatiya. "Yes! Kenapa? Kau rasa menyesal sekarang? Budak lembab!" - Ethan Danial. Peringatan : Under 18 kebawah tidak digalakkan...