Mencintai tak bermakna Memiliki

25 2 0
                                    

Selepas luahan ni ku takkan kejar dirimu lagi, ku harap kau bahagia dengan dia, luahan ni untuk kamu.

Ku tuliskan ayat ini hanya untuk kamu,
Jujur aku kata ku tak boleh lupa kamu,
Dulu selalu mimpiku di hantui dirimu,
Kini bukan dia hanya permainan ilusi ku,

Sejak ku ternampak kau dan dia kurasa lemah,
Hancur luluh harapan ni dibuang dan dimusnah,
Apa kesalahan aku untuk cintakan dinda,
Ku anggap kau istimewa sampailah kau dah punya,

Air mata jatuh merentasi dua pipi,
Tak sangka gadis ku sayang bertukar jadi benci,
Tidak ada lelaki tidak kesal dirinya,
Sesuatu yang amat penting hilang tinggalkan dia,

Cemburu merebak ke hatiku perlahan-lahan,
Tidak mau ku hidup penuh dengan penyesalan,
Kau terus gembira ku masih derita,
Kau memohon maaf tu saja ungkapan kata,

Sayang pernahkah kau lihat diriku, ku selalu terbayang bayangan kamu, lalu selalu ku cuba beri cinta ini tapi kau tak mahu, cinta ku ini hanya Fan..ta..si..

Ku belum habis lagi bukakan mata kamu,
Ingat tak dalam wayang ku berikan cinta ku,
Ku pegang tangan kamu tuk supaya kau lupa dia,
Pada masa itu aku rasa amat gembira,

Mengapa kau cuba mencari yang lain,
Adakah diri aku tak setaraf tuk bersaing,
Diri aku lemah hati aku patah,
Setelah ku lihat kau dan dia waktu yang sama,

Mata aku samar harapan aku hilang,
Dunia aku gegar ku terus jatuh tumbang,
Terpandang bayang-bayang makin lama makin hilang,
Jejak ku dah berhenti tak tunggu kamu pulang,

Ini sahaja dari aku, ku harap kau bahagia,
Si dia beruntung dapat kamu wahai dinda,
Setelah kau dah baca surat ni harap kau faham,
Ku lepaskan dirimu walau cinta ini tak padam.

Sekian- Luka

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 09, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LUAHAN TERAKHIRWhere stories live. Discover now