SUASANA menjadi hening sekeitka.Bella menahan sebak melihat sang ibu sedang lena dia atas katil hospital. Seketika matanya sempat melilau mencari kalibat Daniel.Tapi lelaki itu tidak ada mungkin dia sudah keluar atau sudah balik.Bella meneka sendiri.
Dia merapati katil ibunya.Ubun-ubun ibunya diusap lembut.Menitis juga airmatanya melihat keadaan insan kesayangannya itu. Semuanya kerana pembohongan yang dia lakukan selama ini.Andai saja dia berterus terang pasti semua ini tidak berlaku.
“ Kak Bella…sabarlah,anty teda apa-apa tu,kak Bella jangan terlampau stress kak Bella kan mengandung.’’ Pujuk Cherry,turut menahan sebak.Dia mengusup belakang tubuh Bella.
“ Jangan risau Cher kak okey..”
Di satu sudut,Daniel sedang terpaku melihat Bella.Kakinya bagai digam sehingga tidak mampu bergerak.Perasaannya bercampur baur melihat keadaan Bella.Gembira,teruja sedih dan juga sebak semuanya menjadi satu.Dia ingin menyapa Bella ingin memeluk wanita itu tapi entah mengapa lututnya terasa lemah tubuhnya terasa kaku.
" Kenapa abang nda masuk?rasa bersalah?"
Tiba-tiba satu teguran menganggu langkahnya.Dia berpaling melihat pemilik suara tersebut.
Sarah sedang memandangnya dengan pandangan sinis.
“ Hai Sarah..” sapa Daniel sambil menghulurkan tangan sayangnya tangan di hulur sama sekali tidak di endahkan gadis itu.
" Kalau abang rasa abang bersalah nda payahlah jumpa kak Bella lagi.Dia sudah bahagia dengan hidup dia sekarang.Tanpa abang!" kata Sarah.Dia bagaikan terpukau sehingga sanggup melafakan kata-kata itu.Tiba-tiba sahaja dia bibir begitu lancing memuntahkan rasa kecewanya terhadap abang iparnya itu.
Daniel terdiam.Dia tidak mampu membidas kata-kata Sarah.
" Uishh Sarah kenapa ko nda masuk lagi!....eh abang Daniel apa khabar? Abang nda masuk?! " Andy baru tiba.Dia meminta Sarah pergi dulu kerana dia handak pergi ke tandas.
Andy menegur dan menghulurkan tangan bersalam dengan abang iparnya itu seperti biasa. Sudah lama dia tidak bertemu dengan abang iparnya itu.Malah dia juga hampir melupakan wajah lelaki itu.
" Nda apa kamu masuklah dulu.Nanti saya masuk.Saya pigi jumpa Doktor !' kata Daniel.Dia tersenyum pada Andy.
" Buat apa pigi jumpa doktor? kami ada sini jadi abang nda payah susahkan diri kami boleh urus mama kami sendiri! " Sampuk Sarah,Sinis benar sindiran gadis pada Daniel.
Daniel bungkam! kata-kata Sarah menusuk sehingga ke ulu hatinya.Tajam bak jarum peniti! Dia memaksa dirinya tersenyum jua.
" Sarah! hishh ko ni kenapa?sudahlah mari masuk!" Andy segera menarik tangan Sarah.Kesian pula dia melihat Daniel di layan seperti orang asing.Baginya Sarah terlalu mengikut perasaan.Walau apa pun yang berlaku di Antara kakak dan abang iparnya mereka seharusnya tidak perlu masuk campur.
" Betulah apa saya cakap kan.Kenapa baru sekarang kunun tiba-tiba ambil berat.Sebelum ni ada kah dia balik kampung tengok mama.Ada? teda kan?" tempelak Sarah.Suaranya kedengaran perlahan tapi masih dapat di dengari Daniel.
“ Sudahlah bah Sarah…nanti mama dengar sakit lagi dia..” ujar Andy sambil melangkah mengekori Sarah.
Bersama keluhan yang maha berat,Daniel melangkah keluar meninggalkan bangunan Hospital.Kata-kata Sarah berlegar-legar di fikiranya.Kemudian muncul pula wajah Bella.
" Benarkan Bella sudah tidak perlukan saya lagi? benarkan dia sudah bahagia? Bella! itu anak kitakah? " Daniel bermonolong sendiri.Terlalu banyak persoalan yang bermain di mindanya.
YOU ARE READING
BENARKAH KERANA CINTA
Roman d'amourMEREKA pernah bercinta dan hampir berkhawin Tapi kerana keluarga Cinta itu terpaksa di korbankan. Mereka akur pada Jodoh yang sudah di takdirkan untuk mereka. KINI,Setelah hampir sepuluh tahun berlalu mereka bertemu kembali buat pertama kali di satu...