Imam Ahmad meriwayatkan dari Abdullah bin 'Amr ra, dia berkata, Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda,
"Kaabah ini akan dirobohkan oleh Zussuwaqatain dari Habsyah. Dia merampas perhiasannya dan melepaskan kiswahnya. Aku seakan-akan melihatnya, orangnya kecil botak dengan tulang-tulang sendinya bengkok, sedang memukul Kaabah dengan penyodok dan kapaknya." (Sanad hadis ini Jayyid dan Qawiy - Hadis Riwayat Ahmad).
Abu Daud pula meriwayatkan dari Abdullah bin ‘Amr, dari Nabi Muhammad ﷺ , bahawa Baginda bersabda, “Biarkan orang-orang Habsyah selagi mereka membiarkan kamu (tidak mengganggu kamu). Sesungguhnya tiada antara orang yang (berani) membongkar barang-barang simpanan dalam Kaabah selain daripada Zussuwaqatain dari Habsyah.”
Menurut hadis-hadis di atas, kaabah akan diruntuhkan oleh Zussuwaqatain dan para pengikutnya dari Habsyah. Ada riwayat mengatakan ia diruntuhkan sejurus setelah datang angin nyaman dari Syam/Yaman yang mengambil nyawa semua orang baik. Tapi sepatutnya pada waktu itu hanya jazirah arab yang berpenghuni selepas keganasan Yakjuj Makjuj dan tiga penenggelaman bumi. Bumi Habsyah sepatutnya sudah tiada manusia mendiaminya. Oleh itu lebih logik keruntuhan kaabah berlaku sewaktu Habsyah masih diduduki iaitu sekurang-kurangnya sebelum tanda kiamat al-khasf sebab selepas penenggelaman bumi berkenaan, hanya jazirah arab yg ada penghuni. Lagipun keruntuhan kaabah sebelum tanda kiamat terakhir kelihatan tidak sesuai sebab terlalu lewat.
Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Anas r.a. bahawa ‘Abdullah bin Salam ketika masuk Islam bertanya kepada Nabi Muhammad tentang beberapa masalah, di antaranya: “ Apakah tanda pertama datangnya Kiamat?” Lalu Nabi Muhammad menjawab,
“Adapun tanda Kiamat yang pertama adalah api yang mengumpulkan manusia dari timur ke barat. ”Usah dipertikaikan hadis ini kerana ia bukan membawa pengertian bahawa ia tanda kiamat yang mula-mula sekali , sebaliknya bererti tanda pertama betapa dekat hari kiamat. Tanda kedua mungkin larinya manusia beramai-ramai ke arah Syam dan ketiga, berhimpunnya manusia di Syam. Hadis berkenaan juga menyebut timur dan barat. Timur semestinya bermakna Yaman dan barat pasti merujuk kepada Syam. Kalau mengikut fahaman ini, maka Habsyah sama timur dengan Yaman.
Diriwayatkan dari Ummu Salamah r.anhu (isteri baginda Rasulullah saw) , beliau berkata, "Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sepeninggalanku akan terjadi penenggelaman di timur, penenggelaman di barat, dan penenggelaman di Jazirah Arab."
Aku bertanya, "Apakah bumi akan ditenggelamkan sementara di dalamnya ada orang-orang yang soleh?"
Rasulullah ﷺ berkata kepadanya, "Jika penduduknya sudah banyak melakukan kefasikan dan kekejian."
Seperti yang dinyatakan dalam hadis itu, salah satu penenggelaman berlokasi di timur. Adakah mungkin al-khasf di timur sebenarnya merupakan penenggelaman bumi di Habsyah? Kisahnya begini:
Habsyah adalah salah satu dari 3 tempat yang terselamat daripada serangan Yakjuj dan Makjuj. Sewaktu pemerintahan Nabi Isa dan Jahjah/al-Qahtani, 3 tempat itu dalam kehidupan seumpama utopia. Setelah itu, mereka beransur-ansur kufur dan berada dalam pergolakan. Pada saat inilah, al-Quran diangkat ke langit. Tidak berapa lama kemudian , Zussuwaqatain mengepalai para pengikutnya seramai 800 orang bergerak dari Habsyah menuju ke Mekah lalu merobohkan kaabah. Kaum muslimin pada zaman itu yang lemah dan sekadar mengamalkan kalimah tauhid tidak mampu untuk menghalang. Sekembalinya mereka ke tempat asal mereka, penduduk Habsyah pun di timpa pembalasan Allah dalam bentuk penenggelaman bumi di timur. Di susuli al-khasf di barat (Turki?) dan tenggara jazirah arab dalam fasa masa yang berbeza.
Dengan yang demikian, di bawah inilah kronologi terbaharu saya
1. Imam Mahdi
2. Dajjal
3. Turunnya Nabi Isa
4. Matinya Dajjal
5. Wafatnya Imam Mahadi
6. Keluar dan matinya Yakjuj Makjuj
7. Wafatnya Nabi Isa
8. Jahjah/al-Qahtani
9. Al-Quran diangkat ke langit
10. Runtuhnya kaabah
11. Al-Khasf di timur
12. Al-Khasf di barat
13. Al-Khasf di jazirah arab
14. Ad-Dukhan
15. Matahari terbit sebelah barat
16. Dabbah
17. Angin dari Yaman/Syam
18. Api dari jurang Adn' di Yaman
19. Tiupan sangkakalaItupun jikalau istilah Zussuwaqatain dari Habsyah bukan bermaksud asal-usulnya dari Habsyah tapi sudah lama jadi warga jazirah arab.
YOU ARE READING
KRONOLOGI 10 TANDA BESAR KIAMAT
ParanormalKiamat pasti datang. Tapi sebelum tibanya kiamat, 10 peristiwa aneh akan menyusul terlebih dahulu. Enam yang terawal punyai tempoh masa yang jauh antara keenam-enamnya. Empat yang terakhir pula terjadi satu persatu seumpama tasbih yang terputus tali...