1 : Bossku yang gila !

27 1 1
                                    

"Fasha ! Bangun sekarang jugak ! Mana ada anak dara tidur sampai tengah hari macam ni ! Bukan nak tolong mama basuh baju dengan sidai kain, asyik tidur je keje." kata puan Maimunah dengan nada yang marah .

Fasha kemudiannya terkial kial bangun daripada tidurnya dan terus melihat jam yang berada di tepi katilnya itu . Jam sudah menunjukkan pukul 12:30 tengah hari . Fasha kelihatan penat dan letih kerana dia hanya tidur selama 6 jam disebabkan oleh bossnya yang terlalu kuat bekerja, sehinggakan tidak mengendahkan kepenatan pekerjanya. Fasha terpaksa bekerja sampai pukul 4 pagi  . Workaholic sungguh ! Rumah Fasha yang jauh daripada tempat kerjanya menyebabkan ianya mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke rumahnya .

"Nasib baik harini aku ambil cuti. Kalau tak, mesti boss aku yang gila tu suruh aku kerja sampai pagi lagi. Tak bertimbang rasa langsung !" itulah luahan hati Fasha terhadap bossnya yang kejam .

Fasha kemudian bangun daripada katilnya dan menuju ke bilik air untuk mandi. Dia kemudian bersiap, dan turun ke bawah untuk sarapan "pagi" .

Puan Maimunah, emak kepada Fasha, tidak tahu bahawa Fasha pulang ke rumah pada pukul 6 pagi . Beliau kemudian melihat muka Fasha yang kelihatan penat dan lesu . Beliau berasa risau dan terus bertanya, "Fasha, kenapa muka kamu macam pucat semacam je mama tengok ?"

"Yela, boss Fasha la ma, dia kan gila . Adanya dia suruh Fasha kerja sampai pukul 4 pagi. Lepastu bila Fasha mintak balik, dia marah Fasha balik. Dia kata kerja is priority. Family nombor 2. Eeeeee geramnya dengan dia ! Dahla muka masam memanjang, tak pernah nak senyum ." kata Fasha dengan nada tidak puas hati .

"Ya allah, sampai macam tu dia buat anak mama ! Mana boss kau tu, mama nak jumpa sekarang jugak ! Ada hati nak buat anak mama macam tu, biar dia rasa sikit macam mana tumbukan mama ni, haih ! Jom kita gerak pegi office kau sekarang jugak !" teriak puan Maimunah .

"Maa ! Janganla sampai nak tumbuk boss Fasha . Memanglah dia jahat and tak bertimbang rasa, tapi takde la sampai nak kena tumbuk."

"Kau tu je yang baik sangat. Kalau mama jadi Fasha, mama dah lama berhenti kerja lepastu bagi satu das tumbukan sikit dekat dia, orang macam tu memang kena ajar sikit, baru tau langit tu tinggi ke rendah, huh !"

"Dah dahla tu ma . Fasha pon marah dekat boss Fasha, tapi Fasha sayang kerja Fasha . Fasha dapat kerja tu pon dengan titik peluh sendiri. Kalau Fasha berhenti pon, bukan senang nak dapat kerja baru. Lagi lagi ekonomi sekarang tak berapa nak stabil, jadi peluang pekerjaan makin tipis . So, i appreciate my job even dapat boss yang gila pon ."

"Hm kesian anak mama sorang ni. Ha pegila tidur balik kalau nak, mama tak marah. And about mama marah Fasha suruh bangun tu, im sorry. Mama taktau yang Fasha kerja sampai ke pagi and tak cukup tidur ." kata puan Maimunah kepada anak bongsunya .

"Takpe la ma, Fasha okay je . Lagipon harini kan Fasha ambik cuti, so bolehla rehatkan fikiran daripada boss gila tu."

"Kalau Fasha dah decide macam tu, mama ikutkan jela. Lagipun ni mama dah masak lauk favourite Fasha, tadaaaa !" puan Maimunah kemudian menunjukkan rendang udang yang digemari Fasha sejak kecil lagi .

" Wahhhh ! Sedapnyaaaa !!!! Thanks mama ❤️ You know what the best for me, kan :)"

"Of course la mama tahu, sayang . You're my daughter ! Dah, cepat makan breakfast tu, nanti sejuk dah tak sedap." kata puan Maimunah, yang merujuk kepada nasi goreng cina yang dibuatnya pagi tadi .

"Okay mamaa !" jawab Fasha dengan penuh riang .

Fasha berasa sangat bertuah kerana mempunyai emak yang memahami perasaannya. Dia berasa lega dan bersyukur sekaligus .

___________________________________

Sorry gais lambat updatee ! Sebab sekarang ni tengah exam, so mood study je memanjang hehe . Lepas abis exam, kita sambung balik ye korangg .
Tunggu ye wahai readers kesayangan 🤜🤛

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 22, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Suamiku addict BTSWhere stories live. Discover now