Seorang gadis remaja berdiri tegak memandang wajah tegang ayahnya.wajah lelaki yang berumur 30-an itu kelihatan masih kacak bagai tidak dimamah usia.
''Who are you to control my life?''Kata gadis remaja itu dingin.
Si ayah tersenyum sinis.''Don't you know me ? I'm your father".Balasnya.
Tidak kurang juga sinisnya.Mata dikerlingkan ke arah jam tangan berjenama di pergelangan kirinya.
''Roman.Bring her to her school.She was late..''Mata terus dijeling ke arah anak gadisnya.Mukanya hanya beku seperti selalu.
Gadis remaja yang berumur 17 tahun itu hanya membalas pandangan kosong terhadap ayahnya.Tahu yang ayahnya sedang memerli dirinya.
Seorang lelaki berbadan tegap mula menghampiri gadis itu.''Let me send you , Airish''Kata lelaki itu.Mukanya kelihatan tenang tanpa secalit senyuman.Gadis itu hanya berlalu menuju ke kereta yang telah disediakan.
Perjalanan yang kebiasaannya memakan masa yang agak lama dirasakan sebentar sahaja untuk sampai ke sekolah.Setelah pintu dibuka dari luar,gadis itu keluar dari perut kereta dan berlalu pergi tanpa mengucapkan terima kasih terhadap anak buah ayahnya,Roman.
Jam tangan yang berada di pergelangan kirinya dilihat.
8:26 a.m.
Gadis itu berdecit.Seperti kebiasaanya,dia hadir lewat ke sekolah.Mukanya yang sentiasa dingin terus-terusan ditatap oleh semua pelajar.Setiap orang yang terserempak dengan gadis remaja itu pasti akan tertunduk.
Pintu kaca kelas 5 Victoria ditarik kasar oleh gadis itu.Suasana kelas yang bising terus menjadi senyap apabila gadis itu masuk.Kelas itu kelihatan agak bersepah dengan kertas yang direnyukkan.
Mata mula memandang tajam setiap orang berada di depan matanya.
Bagaikan satu renjatan elektrik,mereka yang menjadi mangsa lirikan tajam gadis itu terus saja mengutip gumpalan kertas yang berada di dalam kelas.Semua mata memandang ke arahnya dengan perasaan takut.Namun,ada juga yang memandang gadis itu dengan penuh kebencian.
Kedengaran pintu dibuka dari luar.Madam Alice masuk bagi menyambung semula sesi pembelajaran yang tergendala dek panggilan pengetua sekolah.''Okay guys,let's continue our learning session.''Ujarnya.
Gadis remaja itu bergerak ke tempat duduknya yang berada di belakang sekali.Tangan mula mengambil tablet untuk kegunaan belajar.Matanya fokus membaca teks.Sesekali matanya dapat menangkap pandangan tajam dari hadapan.
kring!
Jam mula menunjukkan pukul 10:00 a.m.Semua murid berpusu-pusu keluar bagi mengisi perut yang kosong.
Gadis berwajah dingin itu bangun menuju ke kantin.Di pertengahan jalan,kakinya berhenti apabila mendengar suara yang agak kuat memanggil dirinya
''Woi budak!!''Panggil satu suara.
Di depan matanya kini terdapat 4 orang perempuan.Seperti gangster saja lagaknya.
Gadis dingin itu hanya berdiam diri.Apa yang perlu ditakutkan?
''Hoi.Kau tahu tak yang kau telah ambil populariti aku?Dasar perempuan tak guna!''Jerit perempuan yang berambut merah.
Dia adalah gadis yang memandang gadis dingin itu.Dendamnya perlu dilunaskan kerana gadis dingin di hadapan telah merampas popularitinya di sekolah itu.
Rambut keperangan gadis dingin itu ditariknya kuat.3 ahli perempuan itu mula ikut sama menyakitkan gadis itu.
Gadis dingin itu mengetap bibirnya kuat.Matanya mula bertukar warna.Dari warna biru kehijauan ke warna gray.
Gadis dingin itu bertindak dengan menumbuk perut perempuan yang berada di hadapannya.
Buk!
"Arghh!!"teriak perempuan itu sambil memegang perutnya yang berasa senak.
3 rakan perempuan itu tergamam seketika sebelum membantu ketua mereka.
Gadis dingin itu membetulkan rambutnya yang kusut.Rata-rata pelajar mula memandang mereka berlima.
Perempuan berambut merah itu menahan air matanya daripada tertumpah.Sakit.Itu yang dirasakanya sekarang.
"Kurang ajarlah kau perempuan!"kata perempuan berambut merah itu kuat.Dia ditenangkan rakan-rakannya.
Gadis dingin itu membalas kata-kata perempuan berambut merah dengan pandangan kosong.Sebelum terdengar laungan seseorang
"Hey ,What you're all doing ?!"
YOU ARE READING
The Twin Of Evil Woman
ActionTengku Rasha Airish Xanvier.Pada waktu kecil,hari-harinya sentiasa diselubungi kegembiraan bersama kakak kembarnya.Dia sentiasa disayangi dan dimanjai oleh kakak kembarnya,Tengku Raisha Airish Xanvier. Tetapi, apabila umur meningkat,satu kemalangan...