Mereka diikat pada kerusi dalam keadaan pengsan .Mereka berada dalam bilik kedap bunyi.Hanya warna putih memenuhi bilik itu .Kosong.
Hanif tersedar .Dia melihat sekelilingnya .Sahabatnya yang lain masih belum sedar .Tangan dan kaki mereka diikat pada kerusi besi .Mulut ditutup dengan salotep hitam .Bahu Aril dan kaki mia sudah diikat dengan kain bagi menghentikan pendarahan. Mungkin penculik mereka tidak mahu mereka mati.
'Macam mana nak buat ni ,kalau nak pecahkan kerusi ni tak boleh sebab dia besi '
Mia mula sedar diikuti dengan yang lain.
"Ermmm"
"Emmm"
Mereka hanya mampu mengeluarkan bunyi itu sahaja .Masing-masing buntu .Mulut terkunci daripada bicara .Macam mana nak lepaskan diri .
Apa yang harus mereka lakukan?
Mereka cuba untuk menganga seluas mungkin dan melakukan pergerakan mulut agar salotep dapat ditanggal.Sakit.Memang sakit .Gam dia sangat kuat namun mereka berjaya membuka salotep pada mulut mereka .Mereka harus melakukan perkara tersebut walaupun sakit.
"Aku ada idea macam mana nak lepaskan ikatan ni "ujar Mia
"Macam mana?"soal ardell
"Siapa ada kunci kereta ?" Soal mia
"Aku,tapi dalam poket belakang"Jawab aril
"Okay macam ni,Daniel kau cuba seluk poket aril ambil kunci,memandangkan tangan kita diikat ke belakang that means korang kena membelakangkan antara satu sama lain,Hanif kau tolong bagitahu Daniel arah poket aril sebab dia tak boleh nampak,bila dah dapat, guna kunci tu untuk bukak tali " terang mia
"Okay"
Aril dan Daniel mula bergerak membelakangkan antara satu sama lain. Kerusi mereka dirapatkan .Hanif mula memberi arahan.
"Okay Daniel tangan kiri kau ke kanan sikit,aril kau jongket sikit,supaya senang dia nak seluk poket kau "kata Hanif
Daniel berusaha untuk melakukannya kerana tangannya terikat .
"Wei tak boleh, tak sampai " kata Daniel
Kerusi terlalu rapat dan ikatan terlalu ketat.
"Baru aku teringat, dekat stoking aku ,aku ada selitkan pisau, tapi tak tahulah ada lagi ke tak,takut orang yang culik kita ni dah ambil,kejap aku rasa "Kata Daniel
Daniel menggerakkan kakinya yang diikat .
"Alamak dah tak ada " ujar Daniel
"Aduu,macam mana ni"ujar aril
"Cuba kita tengok sekeliling,mana tahu ada benda tajam yang boleh kita guna untuk lepaskan ikatan ni " kata Hanif
Mereka memandang sekeliling .Tiada apa. Bilik itu kosong.
"Cara terakhir ialah kita yang kena longgarkan ikatan dekat tangan kita,gerakkan banyak kali,cuba longgarkan ikatan tu,biar dia bergesel dengan kulit "kata Hanif
"Sakit wei " kata mia
"We have to, tak ada cara lain dah" kata Aril
"Be strong guys " kata ardell
Mereka mula menggesel tangan mereka dengan tali .Luka mula terhasil .Pedih.Sakit yang teramat.
"Sakit "
"Argh,pedih "
"Tangan aku dah meleset dah ni"
Hampir 15 minit mereka melakukannya dan akhirnya tali berjaya dilonggarkan dan tangan mereka bebas .Mereka segera buka ikatan pada kaki.Berdarah?Sudah semestinya .
YOU ARE READING
The Stalker [On Hold]
Novela JuvenilMia Izreena Hanif Haykarl Ardell Arisya Aril Arham Daniel Aryan Mereka bekerja sebagai satu kumpulan biasa di luar namun sebagai satu kumpulan perisik di bawah satu agensi perisikan yang terkenal ,Caché Agency .Mereka diperhatikan selama ini tanp...