Firdaus tidak mengendahkan soalan Salyna malah matanya lebih tertumpu melihat wajah sahabatnya Qairul yang sedang masam mencuka. Tidak pernah dia melihat wajah sahabatnya Qairul itu yang teramat masam begitu.
Lama juga Qairul memerhatikannya. Matanya terkedip-kedip ketakutan.
"Firdaus? I'm asking you. Are you alright?" Kini tangan Salyna sudah pun menyentuh hujung lengan baju milik Firdaus.
Terbuntang biji mata Qairul melihat. Dia merasakan cemburu yang amat.
"Hm. Aku okey. Aku okey. Don't worry." Firdaus mengalihkan lengan bajunya dari Salyna dengan perlahan. Suaranya kedengaran tergagap-gagap. Takut barangkali.
"Eh. Dah la. Lapar sekarang ni. Jom ah order!" Suara Emir membuatkan kawan-kawannya yang lain menoleh memandangnya. Wajahnya sungul.
"Yela. Kau ni! Tak reti sabar!Waiter." Salyna menggelengkan kepalanya. Dia memanggil pelayan yang sedang berdiri memerhatikan mereka.
Setelah memesan makanan yang diingini, mereka pun berbual. Banyak juga Salyna tahu tentang mereka semua. Salyna baru sahaja tahu bahawa Firdaus dan Emir merupakan sepupu. Tidak hairanlah mereka sering bersama sepanjang masa. Macam belangkas. Sepanjang perbualan mereka, Salyna merasakan ada seseorang yang dari tadi memerhatikannya.
Dia menoleh. Kelihatan seorang lelaki yang berpakaian serba hitam sedang memerhatikan dia. Apabila mata Salyna bertentangan lelaki itu, dengan pantas lelaki itu berdiri lalu meninggalkan restoran tersebut.
Salyna hanya melihat dengan dahi yang berkerut. Siapa lelaki tu? Dia asyik-asyik tenung aku.Kenapa? Ke just perasaan aku? Who is he?
"Salyna. Makanlah. Pandang apa je?" Suara Qarina menghentikan lamunannya yang panjang. Rupanya semua makanan yang dipesan sudahpun tersedia di atas meja. Aroma makanan tersebut menusuk ke dalam hidungnya. Sedap. Ingatan tentang lelaki yang dilihatnya tadi terus lesap.
_______________________________________
Setelah sahaja selesai makan , mereka semua pun pulang.
"Mieyra? Kau balik naik apa? Want me to sent you?" Salyna menanya.
Maklumlah Amieyra tidak mempunyai lesen memandu apatah lagi kereta. Jadi risau juga dia jika sahabatnya pulang menaiki teksi pada jam begini.
"Thanks for asking my friend. Emir kata dia nak hantar aku. So, takpa lah. Lagipun rumah dia tak jauh mana pun dengan rumah aku." Kata Amieyra.
Matanya memandang wajah Salyna yang berdiri dihadapannya.
Sejujurnya dia bersyukur dikurniai sahabat yang sentiasa memahaminya. Walaupun dia hidup serba kekurangan kawan-kawannya sentiasa ada membantunya.
"Termenung apa je cik kak? Dreaming of prince charming?" Salyna yang perasan akan Amieyra yang dari tadi tersenyum mula menegur.
"Prince charming sesat mana pula? Dah la. Nonsense. Bye. Aku gerak dulu. Jom Emir!" Setelah melambai ke arah Salyna matanya mula beralih ke arah Emir yang sedang ralit bermain telefon.
Emir hanya mengangguk dan berjalan mencari dimana letaknya kereta yang diparkirnya tadi.
Salyna menoleh ke kiri dan ke kanan. Tiada Qarina.
Aik? Mana pula minah ni?
Matanya tercari-cari.
"Cari apa Salyna Amanda?" Suara Qairul yang berada tiba-tiba disebelahnya mematikan perlakuannya.
Wajah Qairul diamatinya lama. Wajah Qairul cukup sempurna. Dia mampu mencairkan hati mana-mana perempuan jika berada didekatnya.
Keningnya yang hitam tebal itu mengugat hatinya. Matanya yang hitam itu bagaikan bersinar-sinar dihadapannya. Mulut Salyna ternganga melihat senyuman Qairul yang manis itu.
Senyumannya yang lebar itu seperti senyuman orang yang dia sayangi iaitu Azzam. Dia begitu merindui lelaki itu. Dimanakah dia sekarang ini.
"Hello? Salyna? Why? Ada benda kotor kat pipi saya ke?" Qairul yang sedari tadi melihat Salyna yang tidak berkedip mata memandangnya terus bertanya.
Tangannya meraba-raba pipinya yang putih itu.
"Don't worry Qai. There's nothing on your face." Salyna ketawa kecil melihat perlakuan Qairul yang dari tadi tidak henti menepuk-nepuk pipinya.
"Oh ya. Qarina mana? Takde pun kat sini." Salyna menanya. Kakinya mengundur kebelakang satu langkah. Hatinya gundah gulana jika terlalu dekat dengan Qairul.
"Dia dah balik." Jawab Qairul
"Balik? Naik apa?" Salyna pelik. Abangnya disini, Qarina pula yang sudah balik. Takkan la kena tinggal.
"Driver yang ambil tadi. Saya naik kereta sendiri. Eh, dahlah. Jom balik. Biar saya hantar awak pergi kereta awak. Lagipun tak elok awak jalan sorang diri. Ba-ha-ya." Perkataan bahaya itu disebut satu satu.
Salyna hanya tersenyum. Dia pun berjalan bersama Qairul ke letak tempat kenderaan.
Setibanya dihadapan kereta berjenama Mini Cooper itu Salyna pun berhenti memandang Qairul.
"Ok Qairul. This is my car. Thank you sebab temankan saya. Susahkan awak je." Kata Salyna. Dia berterima kasih kepada Qairul.
Senyuman manis terukir dibibir. Qairul tersenyum melihatnya.
Baginya menemankan Salyna ke keretanya adalah perkara yang tidak susah. Itu perkara yang amat disukainya kerana dia dapat berjalan bersama-sama Salyna.
"My pleasure. Awak balik lah dulu. Kereta saya tak jauh pun dari sini." Jelas Qairul. Sebenarnya dia ingin melihat Salyna pulang terlebih dahulu sebelumnya. Dia ingin melihat Salyna pulang dalam keadaan yang selamat.
"Okay la." Salyna pun membuka daun pintu keretanya lalu, dia pun memasuki perut kereta. Kunci yang berada di dalam beg tangan diambil. Enjin dihidupkan.
Enjin tidak berbunyi. Tidak menunjukkan respon bahawa keretanya itu sudah dihidupkan. Dicubanya beberapa kali tetapi tidak dapat.
Qairul yang masih berada disitu mengetuk cermin tingkapnya. Salyna pun membuka pintu tersebut lalu melangkah keluar. Kereta kesayangannya it disentuh.
"Kenapa Salyna? Tak boleh hidupkan ke?" Tanya Qairul dengan dahi yang berkerut.
*
*
*
♥♥♥Adoi!! Bnyk pula ckgu bgi keje rumah.. kalau rasa2 ayat ni mcm babunnnn minta maaf! Minta ampun ye!!
Busy yg amat akan bermula ye.. hope readers memahami sayoooo
YOU ARE READING
KISAH ANTARA KITA (HIATUS)
RomansaTajuk:Kisah Antara Kita Penulis:Nur Syazwana Izaty♥ Salyna menunggu kehadiran jantung hatinya. Dia hilang tanpa khabar. Setibanya di Malaysia,dia mendapat kebahagiaan baharu bersama neneknya. Sampailah dia menjumpai lelaki yang bernama Qairul yang...