Tit...tit...tit...
Kedengaran jam locengku berbunyi menandakan pukul 5.30 pagi. Mihah mencapai jam loceng yang berada di sisi katilnya untuk menutup. Kemudian,dia pergi untuk bersihkan dirinya. Selesai sahaja bersihkan diri, dia buka almari untuk mengambil telekung. Kemudian dia menunaikan kewajiban nya sebagai seorang umat Islam. Selesai sahaja mengerjakan solat,dia berkata "hari ini hari pendaftaran aku di U,aku harap semuanya berjalan dengan lancar".~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selesai mengemas bilik,Mihah pergi ke dapur untuk membantu ibunya menyiapkan sarapan pagi. "Haa dah bangun,nih tolong ibu siapkan sarapan " kata ibu kepada Mihah. "Baikk ibu " jawab Mihah. Mihah membawa satu persatu makanan yang telah siap dimasak ke ruang makan. Selepas itu,dia menyediakan air teh sebagai minuman.
"Mihah,pergi kejutkan adik. Ntah dah bangun ke belum"kata ibu. Mihah segera pergi ke bilik adiknya.
Tok...tok...tok...
Dia menolak pintu perlahan lahan. Alangkah terkejutnya dia bila nampak Fathiyah tidur bersarungkan telekung.
Ohh Fathiyah ialah adik Mihah. Fathiyah berumur 15 tahun. Yaa,tahun ini Fathiyah akan menduduki peperiksaan PT3.
"Bertuah punya budak. Boleh pula dia tidur semula yaa " omel Mihah. "Hoiii bangun,boleh pula dia tidur balik,bangun laa oii "kata Mihah lagi. "Hmmmmm,emmm,ya ya Fathiyah nak bangun la ni "kata Fathiyah. "Bangun cepat,sebelum akak simbah kau dengan air ye dikk" ugut Mihah. "Akak tak main main ye " kata Mihah lagi. "Ye ye Fathiyah bangun dah nii,tadi terlelap,penat laa akak " keluh Fathiyah . "Jom turun,kita sarapan. Ibu tunggu dekat bawah " ajak Mihah. "Okay,akak turun dulu,nanti Fathiyah turun,Fathiyah nak lipat telekung dulu pastu nak kemas bilik tidur kejap then baru Fathiyah turun " kata Fathiyah sambil tersenyum. "Okay,janji jangan tidur balik tau. Lepas habis kemas,terus turun sarapan,okay?"kata Mihah. Fathiyah cuma mengangguk dan tersenyum.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ketika sedang asyik menjamu selera, tiba tiba Encik syed menyuara. "Mihah,hari ni pendaftaran u kamu kan?". Encik Syed ialah ayah kepada Mihah. "Haa, haa'ahh ayah,hari ni pendaftaran " jawab Mihah. "Dah siapkan semua barang yang nak bawak ke sana?" tanya Encik Syed lagi. "Dah,semua dah siap ayah" jawab Mihah. "Haa dah dah makan cepat,nanti lambat pulak " kata Puan Rose.
Puan Rose ialah ibu kepada Mihah.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Eehh tu bukan Mihah ke?"kata seseorang disitu . "Ha'ahh laaa,jom pergi tegur dia". "Mihah,Mihah,Mihah " jerit salah seorang pelajar disitu. Mihah terdengar namanya disebut lalu dia terus mencari kelibat siapa yang memanggil nama nya itu. 360 darjah Mihah mencari dan akhirnya dia terlihat dua orang wanita yang sedang melambai padanya. "Wehh,haiiii,korang pon sambung belajar ehh kat sini " kata Mihah. "Ha'ah memang kami sambung kat sini je " jawab Farrah.
Farrah ialah rakan Mihah.
"Ehhh,kejap kejap kita amik jurusan yang sama ke nih?" kata Aisyah. "Ahhh yang tu kejap lagi boleh bincang,sekarang nih jom pergi daftar "celah Farrah. "Okayy" pantas Aisyah dan Mihah menjawab dengan serentak.
"Mihah dah siap ke daftar" tanya Puan Rose. "Dah,ibu. Kejap lagi nak pergi bilik pula" jawab Mihah. "Haa,jom laa ambil barang akak"celah Fathiyah . "Ehh,kau. Macam nak akak pergi cepat je"perli Mihah. "Manada laaa,orang kata macam tu pon takboleh ke" kata Fathiyah sambil menunjuk kan riak merajuk. "Alaaa alaaa nak merajuk pula. Okay okay akak minta maaf " kata Mihah. "Nanti adik susah dah nak jumpa akak,sekarang nih akak nak laaa ngusik kejap adik akak sorang nih"rajuk Mihah. "Ehh kita merajuk,dia pon nak merajuk jugak. Pastu nanti sapa yang nak pujuk kalau dua dua merajuk "omel Fathiyah . Semua yang ada disitu ketawa mendengar bebelan Fathiyah .~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Mihah,jaga diri elok elok duduk sini. Belajar rajin rajin. Solat jangan tinggal. Nanti telefon laa ibu 2 hari sekali ke,jangan tau nak telefon time duit tak ada je" bebel Puan Rose. "Baikk ibu,jangan risau. Mihah akan pastikan Mihah call ibu setiap hari kalau Mihah tak ada kelas ye bu" jawab Mihah. "Nih Mihah,pesanan ayah sama lah macam ibu. Jaga diri baik baik. Solat jangan tinggal. Belajar rajin rajin. Capai impian Mihah ye nak " celah Encik Syed. "Baik ayah,baik ibu. Ishh jangan risau laa pasal Mihah. InshahAllah Mihah okay dekat sini. Jangan risau ye" jawab Mihah sambil mengukir senyuman. Kemudian Mihah bersalam salaman dengan ibu dan ayah nya sebelum mereka pulang. Tanpa Mihah sedar,mata nya mulai bergenang dengan air mata. Dia berasa sebak kerana dia akan berada jauh dari family nya. Laju sahaja dia mengesat air mata yang jatuh ke pipi nya itu. Kini,giliran Fathiyah pula bersalam dengan nya. Tiba tiba Fathiyah berkata "Haa akak,dengar pesanan ibu ayah tu tau". Mihah membalas kata kata adik nya dengan riak muka menyampah. Kemudian,mereka berpelukan. "Haa akak,ni orang nak pesan. Kalau ada lelaki yang hensem,jangan nak try yaa. Ingat akak tu bukan nya cantik sangat. Orang lagi cantik dari akak tau" usik Fathiyah sambil ketawa. Pantas sahaja Mihah mencubit adiknya itu. "Ehh kau,sedapnya mengata dekat aku nye. Kau ingat tak ade orang nak ke kat aku" omel Mihah dalam hati. "Ehh kau Fathiyah jaga mulut kau nye" kata Mihah pada adik nya. "Hahahahhaha,orang bergurau pun tak boleh ke?" tanya Fathiyah . "Bergurau pun kena ada batas laaa cik adik oii " bebel Mihah. "Dah dah,ni Mihah,kami dah nak balik. Ingat pesanan ibu dan ayah yee" celah Puan Rose. Mihah hanya mengangguk tanda faham. Kemudian,mereka berjalan ke tempat parkir kereta. Mihah hanya melihat ibu,ayah dan adik nya memasuki kereta. Perlahan lahan kereta itu mengundur. Kelihatan mereka melambai lambai kepada Mihah. Mihah membalas lambaian itu semula. Kereta itu pun berlalu. "Haihh,hari ni first day aku kat sini. Aku harap semua nya berjalan dengan lancar laa. Harap dapat roomates yang baik baik, Aaminn." kata Mihah dalam hati kecilnya. Dia pun berlalu dari situ.
Sampai sahaja di bilik nya, dia memberi salam dan membuka pintu itu perlahan lahan dan dia melihat tiada siapa lagi yang datang. "Aduh mana roomates aku nih, nak laa jugak kenal kenal dengan mereka" bebel Mihah. Tiba tiba ada seseorang yang menolak pintu itu dari luar. Mihah pantas berdiri dan melihat pintu itu dengan riak yang agak cuak.