00

282 51 0
                                    

-🌸-

Author's p.o.v

Beberapa kali kaki dihentakkan perlahan ke lantai. Bibir pula diketap, semakin kuat genggaman tangan pada sejambak bunga lili yang sedang dipegang oleh gadis berambut ikal itu.

Perasaan gembira dan teruja tak dapat lagi disangkal dalam hati. Sudah hampir setahun tak bertemu dengan wanita kesayangannya, mana mungkin dapat disembunyikan segala perasaan yang sudah jelas terpampang di wajah.

Bbib.. bbibbb...

'Eomma ❤'

"Hello?"

"Eo Hana, kamu dekat mana?" Saat kedengaran suara yang dikenali di hujung talian, serta-merta mata diliarkan ke sekeliling, berusaha mencari kelibat si ibu sambil telefon masih ditekapkan ke telinga.

Dari segi gaya bercakap, nampaknya macam sudah sampai. Tapi tak nampak bayangnya pula?

"Hana dekat arrival gate ni, eomㅡ" belum sempat dia menghabiskan kata, lambaian Puan Kwon yang berada tidak jauh darinya itu tiba-tiba menjamah pandangan. Telefon kemudiannya dimasukkan kembali ke dalam poket seluar serentak kaki mengatur langkah pantas ke arah wanita tersebut.

"EOMMAAAAAA!" Belum apa-apa, awal-awal tubuh si ibu dipeluk erat, mata pula dipejam rapat, berusaha menghilangkan rasa rindu yang terpendam setelah sekian lama.

Puan Kwon juga turut sama mendakap tubuh satu-satunya anak perempuannya itu sambil rambutnya yang terurai lepas itu dia usap lembut. "Rindunya anak dara eomma ni." Ujar si ibu manakala gadis tersebut hanya tersengih lebar. Geli hati dengan ibunya yang tiba-tiba mengeluarkan kata-kata manis bak gula.

Namun saat terbuka sahaja kelopak mata daripada pejaman, satu pemandangan yang tidak pernah dijangka olehnya tiba-tiba muncul di depan mata. Terdiam kaku gadis itu dibuatnya, serta-merta senyuman gembira yang tadinya memekar cantik di bibir kini memudar secara perlahan.

Tidak cukup dengan itu, semakin terkaku keras tubuhnya apabila kedua belah mata lelaki belasan tahun yang sedang dipandangnya itu saling bertembung dengannya.

Bukan kerana kelibat manusia itu sahaja yang membuatkannya terdiam sebegini, adegan mesra antara manusia berlainan jantina yang seakan seumur di hadapannya tika itu menambahkan lagi persoalan yang sudah mula menyerang minda.

"Hana?" Panggilan Puan Kwon serta-merta menyentakkan si gadis daripada membisu lama. Matanya terkelip perlahan sambil wajah ibunya itu dipandang. Namun tidak pada bibirnya yang masih lagi tergam rapat, tiada satu pun perkataan yang terkeluar dari bibir, seakan tergamam habis dengan perkara yang sedang berlaku.

Wajah risau si ibu yang kini mengusap lembut rambut anaknya membuatkan Hana kembali tersenyum tawar. "Jom balik, Hana rindu nak makan masakan eomma." Ujarnya mesra sambil tangan si ibu dicapainya.

Tanpa berlengah lagi, dua pasang kaki itu terus memulakan langkah. Sempat lagi Hana mencuri pandang, menolehkan sedikit kepala ke belakang, tetapi hampa. Kelibat dua manusia tadi sudah hilang tanpa jejak.

Apa betul perkara yang dia nampak tadi?

Atau dia tersilap pandang?

Betul ke itu manusia yang sedang berada dalam fikirannya sekarang?

* * * * *

A Life To Regret

___

Jeon Jungkook Fanfiction

___


• By Anxytae •


[ OG ] a life to regretWhere stories live. Discover now