Dunia dan Manusia

14 0 0
                                    

Sifat dunia antaranya adalah menghimpit penghuninya dengan pelbagai himpitan. Itu fitrah dunia yang tidak boleh kita ubah.

Jika himpitan itu berbentuk kesusahan, ianya perlu kesabaran yang tinggi untuk kita melonggarkan himpitannya agar kita tidak terus mengejarnya sehingga kita lalai dengan akhirat dan berputus asa dengan rahmat Allah.

Tetapi jika berbentuk kesenangan dan kemewahan, kita memerlukan 'mujahadah' agar himpitan kesenangan itu tidak melalaikan menghirup kemanisan dunia hingga tiada batas dan menjadikan kita sesat dijalanNya.

Dunia boleh menjadi ibadah dan modal kesyurga. Dan dunia juga boleh menjadi musibah yang membawa kita keneraka.

Justeru, terbanglah dengan sayap 'sabar dan syukur' serta 'takut dan harap'! Insyaalah dunia ini akan menjadi indah dan menfaat buat kita sebagai hamba yang diujiNya.

Jangan menghina dunia kerana yang hina adalah kita. Dunia jika kita menfaatkan mencari syurga, akan banyak membawa kebahgiaan kepada kita tetapi jika dunia kita jadikan tempat melempias nafsu maka sesal nya tiada akan ada kesudahan!

Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia sia ...

#muharrikdaie

Coretan PenaWhere stories live. Discover now