Selesai mengimamkan solat Isyak berjemaah di surau, Azan bersalaman dengan jemaah-jemaah surau diiringi selawat ke atas Nabi.
" Alhamudulilah Azan, kau memang mengambil jejak bapak kau" puji Pak Kabir, merupakan ketua kampung. Azan hanya mengangguk malu.
" Macam mana dengan bapak kau? Sudah ansur pulihkah dia? " tanya Pak Kabir.
" Batuknya masih cuma demam bapak sahaja yang kebah. Mungkinselepas azan Subuh, Azan cari lagi ubat herba di hutan. Insyallah ada" kata Azan.
" Eh, buat apa kau mencari ubat di hutan? Bukankah kau sudah bekerja? Bawak saja bapak kau ke klinik. Bukankah mudah?" kata Pak Kabir.
" Memang benar saya sudah bekerja cuma tidak salahkan kita cuba cara tradisional. Ubat moden pun berasaskan ubat-ubat tradisional kita." jawap sopan Azan. Azan tahu Pak Kabir dan bapanya bermusushan sejak dia kecil lagi.
" Benar kata engkau Azan. Ah, jangan kau lupa esok, selepas Maghrib, datang ke rumah aku untuk baca doa selamat. Anak perempuan aku Melati hendak di pinang orang." pesan Pak Kabir.
" Baiklah Pak, kalau begitu, saya izin untuk pulang dahulu. Assalamualaikum Pak" dan lalu pulang ke rumahnya.
" Hm, padanlah muka kau , Abduh. Dahlah sakit , miskin pulak tu" bisik hati Kabir.
Keesokkan harinya, Azan pergi ke ladang seperti hari-hari biasanya.
" Azan, aku dengar Nafilah dah nak balik ke kampung ni." kata Haffaz sambil menyusun rumput-rumput kering. Azan menoleh dan tersenyum mendengar kata Haffaz.
" Sudah 4 tahun aku tidak mendengar khabar beritanya, sudah berjayakah dia menjadi cikgu?" tanya Azan. Nafilah merupakan sahabat rapat seperi Haffaz tetapi Azan sangat menyayangi Nafilah sebagai adik.
" Kan? Kalau benar dia sudah menjadi cikgu, aku hendak belajar daripada dia. Tidak salah kalau menimba ilmu walaupun umur sudah tua" kata Haffaz. Azan hanya ketawa mendengar ayat Haffaz.
" Tua kah kita? Aku rasa aku masih muda" senyum Azan dan tiba-tiba matanya melihat satu figura yang semakin merapat dengannya.
" Assalamualaikum Azan" senyum Cempaka kepadanya. Selendang di atas kepalanya cukup membuat wajah manisnya menyerlah.
" Waalaikumusalam. Ada apa Cempaka datang ke ladang ini? Ada orang meninggalkah?" tanya Azan.
" Eh bukan.. ini surat daripada ayahku. Dia takut engkau lupa malam ni ada majlis doa selamat untuk kakakku. " jawab Cempaka sambil memberi surat.
" Oh... begitu... Terima kasih.. dan di tangan kau ada apa?"
" Oh ini.. Sebagai tanda terima kasih aku dengan kau, aku belikan ubat-ubatan untuk bapa kau. Aku tahu bapa kau tengah sakit. "
" Allahu, tidak aku dapat menerima hadiah mahal daripada kau." malu Azan.
" Zan, ambiklah ubat tu... Anggaplah ini rezeki bapak kau" jawap Haffaz.
Dengan malunya, Azan menyambut ubat-ubatan itu di tangan Cempaka.
" Terima kasih... bagaimana aku hendak membalas kebaikan kau ini?" tanya Azan.
" Ada caranya, sudikah kau berkawan dengan aku?" senyum Cempaka.
" Boleh! Azan dengan lembu-lembu di ladang ini pun dia kawan! Apatah lagi seperti Cik... Tidak mungkun ditolak!" seloroh Haffaz. Azan menjeling kepada Haffaz yang sudah ketawa di belakangnya.
" Kalau macam tu, aku balik dulu. Assalamualaikum, Zan , Faz." kata Cempaka lalu meninggalkan mereka berdua di ladang itu.
" Affaz, adakah aku bermimpi?" tanya Azan dengan lembut.
YOU ARE READING
Erti Tulisan Terakhirku
Random" Azan , kenapa kau biarkan diri kau di permainkan orang kaya seperti Hidawi? bukankah engkau lebih cerdik akalmu daripada Hidawi yang hanya membabi buta belajarnya? " marah Affaz kepada aku. Aku tersenyum kepada soalan Haffaz yang masih melontar ka...