Btw bukan Y/N tau, dah bagi nama Hyunji >~<
" Ahjumma. Please. Bagi saya masa untuk bayar. " rayu seorang gadis sambil memeluk kaki seorang perempuan yang sudah berusia itu atau sudah boleh digelar ahjumma.
" 2 minggu lepas juga kamu kata macam tu. Saya sudah penat mendengar alasan kamu. Alasan yang sama juga kamu guna. Kalau kamu tak mampu bayar sewa, jangan duduk dekat rumah ni. Sekarang saya nak kamu berambus dari rumah ni. " arah ahjumma itu lalu mencampak beg berisi baju ke luar. Gadis itu terkejut. Lantas dia mengambil begnya itu.
" Ahjumma. Tergamak ahjumma halau saya. Ahjumma pun tahu hidup saya macam mana. Ahjumma tak kesian kan saya ke?? " rayu gadis itu lagi. Air matanya sudah bertakung. Tunggu masa untuk tumpah sahaja.
" Saya tidak kisah dengan semua tu. Sekarang kamu pergi dari sini. Jangan pernah kembali ke rumah ni lagi. Saya tak hingin ada penyewa macam kamu ni. " ahjumma itu terus meninggalkan gadis itu seorang diri. Akhirnya air mata gadis itu tumpah jua. Dia tidak sangka ahjumma itu sanggup menghalaunya keluar tanpa sempat mendengar sebabnya.
Gadis itu mengeluh. Nasib baik tiada siapa melihatnya dihalau. Kalau tidak, pasti dijadikan buah mulut orang.
" Hyunji. Hyunji. Kemana lagi kau harus pergi?? Kau dah dihalau atas sebab lambat bayar duit sewa. Salah kau juga nak bersekolah di sini. " gadis bernama Hyunji itu mengeluh. Kalau bukan kerana abangnya, pasti dia sekarang berada di Daegu. Kejap.
" Taehyung. "
Hyunji terus mencari handphonenya. Contact Taehyung dicari. Setelah jumpa, dia mula menghubunginya.
" Please angkat. " rayu Hyunji. Kali ini dia perlu meminta bantuan abangnya. Talian disambung.
" Hyunji? "
" Taehyung. Tolong aku. " belum sempat Hyunji menyambung ayatnya, Taehyung sudah memotong.
" KENAPA?? KAU KENA CULIK KE?? KAU hi DEKAT MANA SEKARANG?? AKU DATANG SELAMATKAN KAU. " dijauhkan sedikit handphone dari telinganya. Silap hari bulan, boleh pekak telingannya akibat jeritan Taehyung.
" Bukan. "
" Dah tu?? "
" Aku kena halau. " kata Hyunji. Malu dirinya apabila memikirkan kejadian tadi. Kedengaran suara Taehyung seperti mengeluh.
" Kau dekat mana sekarang? " Hyunji memandang sekeliling. Dia juga tidak tahu dia berada di mana. Kakinya hanya melangkah tanpa hala tuju.
" Aku tak tahu. Tapi rasanya macam dekat kawasan perumahan. " Hyunji memandang rumah besar yang tersergam indah di hadapannya.
" Aku rasa aku tahu kau dekat mana. " mata Hyunji terus bersinar.
" Dekat mana? "
" Kau dekat depan dorm aku sekarang. " kalau tadi matanya bersinar tetapi kali ini matanya terbuntang.
" What?? Macam mana kau tahu?? " tanya Hyunji.
" Pandang jendela tingkat 2 rumah di hadapan kau sekarang. " Hyunji mengikut arahan Taehyung. Matanya terpandang figura yang melambai-lambai tangan ke arahnya.
" Taehyung? "
------
" Kau kena halau?? " Hyunji mengangguk. Taehyung menguak rambutnya ke belakang. Angin malam menampar wajahnya. Dia mengeluh.
" Macam mana kau boleh kena halau pula?? " tanya Taehyung. Hyunji menunduk kepalanya.
" Aku tak cukup duit untuk bayar sewa. " jawab Hyunji. Taehyung memandang wajah adiknya itu. Kesian pun ada.
" Kau tinggal dengan aku je lah. " Taehyung memberi kata putus. Hyunji terus memandang abangnya dengan riak wajah yang gembira.
" Seriously?? " Taehyung mengangguk. Hyunji terus memeluk erat tubuh abangnya.
" Thanks. " Taehyung tampak terkejut. Susah adiknya itu mahu memeluknya.
Bak kata adiknya. :
" Aku lebih sanggup peluk tiang dari peluk kau. "
" Tapi bukan kau duduk dengan kawan-kawan kau ke?? Macam mana kalau diorang tak setuju?? " tanya Hyunji. Taehyung tersenyum sinis.
" Aku pasti diorang akan terima. "
Skip
Jungkook mengeliat seketika. Sakit badannya dari tadi duduk bersila. Tangannya mula lenguh.
" Susah juga lawan bos game ni. " rungut Jungkook. Dari tadi dia menghadap permainan video itu. Fikir menghadap buku lah tadi.
" KENAPA?? KAU KENA CULIK KE?? KAU DEKAT MANA SEKARANG?? AKU DATANG SELAMATKAN KAU. " Jungkook tersentak.
" Tae hyung bergaduh dengan Jimin hyung ke?? " guman Jungkook. Dia menggelengkan kepala.
" Tapi Jimin keluar dengan Yoongi hyung. Taehyung cakap dengan siapa?? " guman Jungkook lagi sekali. Tiada perkataan 'hyung' di nama Jimin dan Taehyung. Diharapkan Seokjin mendidiknya dengan lebih lagi.
Kedengaran pintu bilik Jungkook dibuka. Muncul kelibat Taehyung bersama senyuman petaknya. Jungkook memandang pelik.
" Hyung nak apa?? " tanya Jungkook malas.
" Aku nak keluar. Kau jangan buat benda bukan-bukan pula. Tiada siapa dalam rumah sekarang. Jaga diri. " Taehyung menutup pintu bilik Jungkook. Jungkook mengabaikan Taehyung.
" Ngantuk pula mata aku ni. Baru ingat nak sambung main. " Jungkook mencebik. Dia segera menuju ke arah katilnya. Dia terus merebahkan badannya. Matanya perlahan-lahan ditutup.
-----
Bunyi bising dari dapur mengejutkan Jungkook dari tidurnya. Matanya digosok perlahan agar pandangannya jelas. Dia melihat jam di dinding. 1:30 pagi. Dia turun dari katil lalu menuju ke dapur.
Untuk menuju ke dapur, dia akan melepasi bilik sebelahnya yang kosong tidak diperhuni. Kakinya berhenti dari melangkah. Lampu bilik itu terbuka.
Tanpa memeriksa bilik itu, dia terus menuju ke dapur untuk melihat bunyi bising tadi. Kelibat Taehyung menyapa pandangan.
" Hyung buat apa malam-malam buta ni?? " tanya Jungkook. Taehyung memandang Jungkook sambil memegang paket ramen.
" Masak ramen?? " jawabnya seakan menyoal Jungkook balik. Jungkook hanya mengangguk. Dia menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya.
" Hyung. Kenapa lampu bilik sebelah Kook tu terbuka? Bukan bilik tu selalu gelap ke?? Kenapa tiba-tiba lampu bilik tu terbuka pula?? " tanya Jungkook.
Taehyung tersenyum sinis lalu berkata
" Momo tumpang tidur. "
YOU ARE READING
[OG] Dorm »» j.jk
Teen Fiction❖ Akibat kisah silamnya, dia terpaksa berlakon seperti seorang budak 'nerd'. Semuanya berjalan lancar seperti yang dia mahu hinggalah datang seorang namja yang berani mencabar kesabarannya dan menggugat imannya. Adakah rahsianya akan terbocor? Ataup...