SUASANA café Sweet and Love yang terletak di dalam perkarangan Hospital riuh rendah dengan para pengunjung.Kesemuanya berpakaian seragam Hospital.Para Doktor dan juga Jururawat. Tidak kurang juga para pengunjung dari kalangan pelawat.
Bella memerhatikan seorang wanita mengandung sama seperti dirinya.Wanita itu mengenakan pakaian wad bersalin.Itu bermaksud wanita itu bakal melahirkan anaknya tidak lama lagi.Disisinya kelihatan seorang lelaki sedang menyediakan makanan untuknya.Dia pasti lelaki itu adalah suaminya.
Melihat telatah pasangan itu membuatkan Bella terkedu! Hatinya terusik.Sungguh dia rasa cemburu pada wanita itu.Cemburu kerana di sayangi da nada suami yang mengambil berat padanya.Sedangkan dia?siapa yang akan menjaganya di Hospital nanti.
Sedari tadi dia hanya membungkam.Sudah dua hari dia ulang alik di Hospital ini tapi dia sama sekali tidak melihat kalibat Daniel.Dia sudah menganggap lelaki itu tidak ambil peduli tentang ibunya.Entah mengapa hari ini lelaki itu iba-tiba muncul di hadapanya.
Daniel sedang asyik merenung seraut wajah yang sangat dirinduinya itu.Bibirnya terasa kelu untuk berbicara.Setelah berbulan-bulan lamanya mereka berpisah.Akhirnya Takdir telah menemukan mereka semula. Indah sungguh perancangan yang di atur Tuhan untuk mereka.Di hospital inilah kali terakhir mereka bertemu dan akhirnya Hospital ini jugalah yang menemukan mereka semula.
Jika bukan kerana doctor Agnes yang mengajaknya masuk ke dalam bilik pejabatnya tadi mungkin dia tidak akan terserempak dengan Bella di tempat itu.Dan pertemuannya dengan Doktor Agnes juga telah merungkai segala yang berlaku terhadap Bella.Kerana kebenaran itulah dia berani mendekati Bella.“ Maafkan saya …” ucap Daniel.Suaranya bergetar.Hatinya jangan di tanya.Sejak tadi jantungnya berdegup kencang.Gembira,sedih,rasa bersalah serta teruja semuanya ada.Melihat Bella yang kelihatan dingin terhadapnya menanbahkan kegusaran di hatinya.Namun dia tidak kisah! Biarlah Bella menyumpah sernah dirinya dia tidak kisah.Asalkan isterinya itu sudi untuk berbicara denganya.
Bella masih diam membisu! Air mineral yang di beli Daniel untuknya tadi di teguk perlahan.Perasaannya bercampur baur..Jika dulu dia begitu membenci lelaki itu tapi entah mengapa saat ini semua kebencian itu telah pergi.Dia keliru dengan perasaan itu.Namun egonya telah mengatasi akal fikiran. Di ajarnya hati itu agar tidak mudah percaya pada wajah sayu lelaki itu.Dia tidak marah tapi dia sengaja menunjukkan raut wajah dingin.“ Bella … apa khabar?’’ Soal Daniel lagi.Masih berusaha mengajak wanita itu berbicara.
“ Sihat macam yang you nampak sekarang! Tak mati lagi..” Bella akhirnya bersuara.Sengaja dia meningikan suaranya.Sengaja dia menguji kesabaran lelaki itu.
Mendengar suara Bella saja sudah membuatkan Daniel sebak.Walau suara itu kedengaran kasar dan terpaks tapi dia gembira.Sekurang-kurangnya Bella masih mahu bercakap dengannya. Daniel senyum.Nafas di tarik dalam sebelum memulakan bicara seterusnya.
“ Bella.. saya minta maaf..saya...”
“ Sudahlah Daniel ..perkara sudah lepas.Saya pun sudah lupakan semuanya.Saya gembira dengan hidup saya sekarang!..” Bella memintas kata-kata Daniel.Dia tahu apa yang ingin di luahkan lelaki itu.Tapi tidak! Dia belum bersedia untuk itu.“ Bella ..tolong dengar dulu..” rayu Daniel.Suaranya benar-benar sayu,matanya tidak lepas merenung Bella.Dia cuba menyentuh jemari wanita itu tapi dia tidak ada kekuatan itu.
“ Maaf encik Daniel,saya pergi dulu.Saya ada hal yang lebih penting daripada semua ni” ujar Bella lalu segera bangkit dari kerusinya.
Daniel menarik tangannya,dia terpaksa!
“ Bella..tunggu! please…’’
Sekali lagi Daniel merayu,tangan Bella di lepaskan semula." Apa??? cakaplah!" Suara kasar Bella bagai merentap jantung Daniel.Lelaki itu terus kehilangan kata-kata.Lidahnya jadi kelu! Ah, Daniel kau memang lemah!
YOU ARE READING
BENARKAH KERANA CINTA
RomanceMEREKA pernah bercinta dan hampir berkhawin Tapi kerana keluarga Cinta itu terpaksa di korbankan. Mereka akur pada Jodoh yang sudah di takdirkan untuk mereka. KINI,Setelah hampir sepuluh tahun berlalu mereka bertemu kembali buat pertama kali di satu...