Bab 1

11 1 0
                                    


Sejarah ditulis oleh pemenang, kamu akan menjadi sama ada wira ternama yang disanjung serata alam atau pengkhianat dan penjahat paling kejam dalam sesebuah cerita yang namanya disumpah dan dihina seluruh kaum manusia. Kamu lihat, sejarah ibarat batu yang dipahat oleh si pemahat dan dibentuk dengan kumpulan cerita yang disusun cantik mengikut kronologi dan kesahihan lalu memukau mata yang memandang. Namun siapakah yang menentukan antara kebenaran dengan yang dusta? Adakah cerita si kalah semuanya tidak lebih dari dusta dan penipuan? Ini sebuah cerita tentang sejarah yang dilupakan. Lihat dengan matamu dan fahami dengan hatimu lalu akan jelas siapakah pemenang dan siapakah yang kalah.

Asal usul bangsa Melayu antara misteri yang paling sukar untuk diselesaikan mengikut pakar-pakar sejarah, beribu kajian dan selidikan dilakukan namun hingga kini tiada kata sepakat berkenaan perihal tersebut. Walaupun begitu, terlahir dua teori untuk menjelaskan mengenai misteri ini. Pertama, teori Yunnan iaitu, bangsa Melayu berasal dari Yunnan (sebuah wilayah Republik Rakyat China), teori ini menjelaskan bangsa ini sebagai pendatang dan bukan peribumi. Teori kedua mengatakan bangsa Melayu lahir dan berasal dari Nusantara, hasil akumulasi perkembangan-perkembangan tamadun sebelumnya. Adakah misteri ini akan terjawab? Sedangkan persoalan berpuluh-puluh tahun lalu belum mampu kita selesaikan, inikan pula persoalan berabad dahulu.

Aku dengan yakin mengatakan misteri ini telah berjaya aku selesaikan. Bagaimana mungkin seorang remaja yang masih bersekolah mampu menyelesaikan perihal yang mengganggu sanubari sarjana-sarjana dalam bidang sejarah dan penulisan? Because I was there, I have witnessed everything with my own eyes, kedua mataku dan telingaku menjadi saksi. Aku menyaksikan jatuh bangun bangsaku dengan kedua mataku, aku mendengar sorakan dan tangisan nenek moyangku dengan telingaku sendiri. Apa yang bakal ku ceritakan mungkin akan melawan kefahaman dan kepercayaan yang sudah berakar dalam dan rapi di hati kalian namun begitu, bacalah dengan hati yang terbuka, mata yang mahu melihat dan telinga yang sudi mendengar.

Pada abad ke 7, Tanah Melayu atau pada waktu tersebut dikenali sebagai Malahyu terdiri dari tiga negeri besar yang terdiri dari Melaka, Luak (gabungan 9 buah negeri-negeri kecil), dan Seberang Nyiur. Malahyu dikelilingi oleh tembok besar setinggi 100 kaki dan selebar 15 depa, menghalang manusia dari luar memasuki dan keluar dari Malahyu. Tembok yang dinamakan Pagar Hitam ini dikatakan telah wujud sejak lahirnya manusia pertama di situ, ada yang mengatakan ia dibina oleh dewa dahulukala bagi melindungi rakyat Malahyu daripada ancaman luar. Kehadiran tembok tersebut sudah menjadi kebiasaan dan diterima oleh seluruh rakyat sebagai salah satu kejadian alam sebagaimana gunung atau sungai, lantas tiada yang mempersoalkan kehadirannya. Namun begitu, tiada siapa berani mendekati Pagar Hitam, dan yang berani terpaksa membayarnya dengan nyawa mereka sendiri. Sesungguhnya tiada seorang pun manusia pernah pulang dari Pagar Hitam. Lantas ia dikelilingi hutan purba yang berusia beratus tahun kerana tidak diusik manusia, malah burung-burung pun kelihatan menjauhkan diri.

Sebelum itu, setiap cerita yang bagus memerlukan watak utama seperti Arthur dalam Legend of Arthur and His Sword atau Hang Tuah dan Tamingsari. Aku bukanlah seorang Arthur dan meskipun Hang Tuah hidup dalam cerita ini namun kisah ini bukan berkisarkan hidupnya. Sebesar manapun perananku, aku hanyalah seorang pencerita dan seorang sahabat. Walaupun begitu usah kecewa, sahabatku ini jauh lebih bijaksana dari Arthur yang bergantung kepada pedangnya untuk memerintah negara, dan kejaguhan silatnya setanding Hang Tuah. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 21, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

EpikWhere stories live. Discover now