Lengan baju seragam sekolahnya disising hingga ke pangkal lengan, nafas ditarik dalam dan dihembus perlahan-lahan cuba memadamkan api yang membara di dalam dada. Namun dia tahu taufan Katrina pun takkan mampu untuk mengecilkan pun api tersebut, dia masak benar dengan perangai panas barannya itu.
"Kau jangan main-main dengan aku boleh bahlol" Kepala terasa makin serabut, tangan dibukukan menjadi penumbuk. Dia pantang bila diganggu tanpa sebab. Lebih-lebih lagi dengan douchebag hidung ibarat kena sengat dengan tebuan ni. Dari awal tingkatan empat dia pindah ke sekolah baharu ni hingga ker pertengahan tahun, ada sahaja yang tak kena.
"Kau bagi balik pencil case aku sebelum penumbuk ni hinggap dekat hidung kau tu, tak payah kau buat plastic surgery dah. Aku kasi penyet." Kedengaran gelak ketawa berderai dalam kelas 4 Hambali bergilir dengan sorakan konon memberi semangat dan pengiktirafan terhadap kemahiran Burn-thy-enemy-to-ashes
miliknya
Burn!Burn!Burn..
They are all idiots, honestly.
"Kau ingat aku takut dengan kau?! Dasar tak sedar diri."Si hidung besar merenggus kasar dek marah dan malu. Lubang hidung yang asalnya besar kini makin besar that it could fit a whole guli, or two if you try really hard.
Kedua tangannya memegang hujung pencil case plastik berwarna hitam tersebut.
"Apa kau cakap pasal hidung aku tadi?" Tangannya mengugut untuk mematahkan pencil case tersebut.
Don't you dare. Calm down. Dia cuba menenangkan diri, tahu further provocation akan mengeruhkan lagi keadaan dan akan mengorbankan pencil case kesayangannya itu.
"Aku minta maaf, no amount of plastic surgery boleh baiki hidung kau." Crap. I did it again. Mulut dia memang laju dari otak dia, if it was a race mulut dia ibarat Husain bolt dan otak dia si kura-kura dalam hikayat kura-kura dan arnab.
Prak, kreek, kedengaran ibarat pencil case menjerit kesakitan apabila badannya dipulas against it's will. Until there is no sound left to be heard, yang tinggal hanya serpihan badannya di lantai bersama dengan peralatan tulis yang turut sama menjadi mangsa. Si hidung besar menyapu tangan kiri dengan tangan kanan seolah-olah bersalam dengan diri sendiri sambil tersenyum tanda berpuas hati dengan hasil kerja tangannya tersebut.
"HOW DARE YOU!" Dia berlari menuju ke arah si hidung besar. Bayangkan seekor harimau menerkam ke arah mangsanya, that was how it felt for hidung besar knowing dia tersilap pilih mangsa dan tersilap pilih hari. Matanya yang panas dan merah dipejamkan, buku lima dihayunkan ke arah muka si hidung besar dengan sepenuh tenaga. Dia tak pernah ganggu sesiapa, dia tak pernah dengan sengaja buat masalah. Dia tak faham kenapa dia selalu diganggu, adakah sebab dia different? sebab dia lain daripada orang lain? Dia berpindah ke sekolah baharu dengan harapan things would be different, better, tapi ternyata manusia di mana-mana pun sama sahaja.
Silence. Kenapa semua orang diam ni? Mana sorakan tadi?
Matanya dibuka. Degup jantungnya hampir berhenti, darahnya ibarat takut untuk mengalir. Badan terasa sejuk dan hampir menggigil.
"Huh, that was a unexpectedly a very nice punch. I think you broke my nose"
Dia dah patahkan hidung seseorang. That isn't the worst part, the worst part is hidung tu bukan besar. Hidung tu mancung, perfectly sized like it was made especially for him. But not anymore, it is slightly crooked now. That is still isn't the worst part, dia kenal lelaki ni, lelaki ni tiap minggu akan naik ke pentas. Encik ketua pengawas.
Ngeeeee.
Air liur yang terasa berpasir ditelan. Alamak.
_____________________________________________________________
"Khairul Amalin Binti Zaid, ni dah masuk kali ketiga bulan ni awak dipanggil masuk kedalam bilik ni"
YOU ARE READING
Cahaya Kedua
RomanceKisah yang berkisarkan dua insan, seorang tomboi yang kasar dan terlebih jujur for her own good dan seorang lelaki yang selalu tersenyum, hidupnya sempurna di hadapan semua orang namun realiti mahir disembunyikan kerana enggan meraih simpati dan mer...