Bab 1- Pelajar Baru

68 0 0
                                    

Hari pertama sekolah selepas cuti semester 1, seperti biasa setiap hari isnin semua pelajar akan pergi ke dewan perhimpunan untuk berhimpun.

Seusai perhimpunan para pelajar masuk ke kelas masing2.

"weh Raz, teman aku ke tandas jap nak buang air kecil ni" ujar Syafiq

"Laaa, tadi awal2 tak pergi ke tandas, orang nak masuk kelas baru nak ke tandas" ujar Harraz

"Cepatlah.." balas Syafiq

"Yelah, yelah..." ujar Harraz sambil tersenyum geram.

___________________________

Jam di dinding menunjukkan pukul 8:05 pagi. Kedengaran seperti ada orang berjalan menuju ke kelas 3 Cempaka.
Pintu kelas 3 Cempaka di buka, lalu cikgu Razali masuk ke dalam kelas 3 Cempaka. Cikgu Razali adalah guru kelas kepada kelas 3 cempaka.

seperti biasa, ketua kelas akan berdiri memberi salam setiap kali ada guru yg masuk ke dalam kelas.

"Assalamualaikum cikgu" ujar ketua kelas di ikuti dengan semua pelajar yg lain.

"waalaikumussalam, duduk" ujar cikgu Razali.

"Baiklah hari ini kelas kita ada seorang pelajar baru" sambil melihat ke pintu kelas.
"silakan masuk, dan perkenalkan diri" arah cikgu Razali

"Assalamualaikum, nama saya Ally , saya pelajar baru di sini, sila beri tunjuk ajar" ujar Ally sambil tersengih malu.

"Baiklah Ally boleh duduk di.." belum sempat cikgu Razali habiskan ayat.

"Duduk di sini!" ujar Syafie

"Baiklah Ally boleh di sebelah Syafie" ujar cikgu Razali

"Good morning! ehh cikgu dah masuk kelas lah" ujar Syafiq terkejut.

"ketuk lah pintu tu beri salam" balas cikgu Razali.

"Assalamualaikum cikgu, maaf cikgu" ujar Harraz tersengih menahan malu sambil cubit belakang Syafiq.

"sakitlah" bisik Syafiq menahan sakit.

"waalaikumussalam, kamu berdua ni dari mana kenapa lewat masuk kelas?" soal cikgu Razali.

"dari dating  cik.. ahh" belum sempat Syafiq habiskan ayat dia Harraz cubit lagi belakang kawannya itu.

"Saya temankan Syafiq ke tandas tadi cikgu, biasalah cikgu budak2 takut hantu" jawab Harraz membuat satu kelas ketawa.

"lain kali jangan lewat lagi, masuk" arah cikgu Razali sambil menggelengkan kepala tersenyum melihat gelagat pelajarnya.

"terima kasih cikgu" balas Harraz dan Syafiq serentak

"nanti kau" ujar Syafiq perlahan sambil memandang tajam Harraz.

"haha tak takut" tawa harraz dengan perangai kawannya itu yg sangat suka bergurau.

Mereka pun duduk ke tempat masing2

Inikah Masanya Untuk Aku Luah?Where stories live. Discover now