"Uwekkk! Uwekkk!"
"Hai... Dah kenapa kamu ni Inara?"Soal Datin Marina kepada Inara bila melihat anaknya yang sekejap-kejap ke sinki untuk muntah.
"Tak ada apa lah mummy. Salah makan je kot"
Tiba-tiba Inara jatuh terjelepuk ke lantai. Datin Marina tergamam.."Datin, Inara dah hamil 5 minggu. "
Kata Doktor Amelina. Doktor peribadi keluarga Dato' Khalid."Apa?!"
"Datin jangan marah-marah dia ye. Datin kena slow talk. Jangan bagi dia stress." Pujuk Doktor Amelina
Suatu petang..
Ketika sedang menikmati minum petang."Doktor beritahu mummy, Inara hamil 5 minggu.. Anak Luq ke?"
Lama Inara diam kemudian mula bersuara.
"Luq tak salah mummy.. Inara.. Inara... "
"Inara curang mummy.. "
Matanya dah mula berkaca dan titisan - titisan jernih air mata deras mencurah..
"Anak siapa?!"
"Jefry, house mate Luq."
"Kalau macamtu bawa dia jumpa mummy sekarang. Inara kena nikah secepat mungkin."
Kata Datin Marina."Inara tak cintakan dia mummy. Inara cintakan Luq."
Balas Inara☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀☀
Di sebuah restoren lima bintang..
"Apa khabar Luq sekarang?"
Tanya Datin Marina kepada Luq, tunang Inara."Saya sihat je mummy. Ada apa nak jumpa? Macam ada benda penting ja."
Balas Luq. Hubungan mereka memang rapat. Sejak kecil lagi dia dah mengenali keluarga Inara."Mummy nak cepatkan perkahwinan Luq dengan Inara kalau boleh dalam bulan ni juga."
Beritahu Datin Marina.Luq terperanjat!
"Eh.. Bukan hari tu Inara cakap suruh tunggu dia habis study dulu ke?"
"Mummy nak ke Europe untuk mengubati penyakit Dato'. Nanti tiada sesiapa yang jagakan Inara. Kalau dah kawin, boleh la Luq jagakan Inara."
"Inara setuju ke?"
"Dia akan ikut apa je cakap mummy.. "
Luq pulang ke rumah dengan pelbagai tanda tanya. Kenapa Datin tiba-tiba ingin mempercepatkan perkahwinan. Inara pun tidak beritahu apa-apa tentang ini kepadanya.
Malam itu dia bermalam di rumah sewanya.
Dia menceritakan perkara tersebut kepada Jefry. Jefry tidak banyak bercakap malam itu. Dia cuma katakan bahawa benda baik tidak elok di lenggahkan.Selesai berbual Luq terus masuk tidur. Luq terbangun dari tidur sebab dahaga. Dia ke dapur untuk mengambil air. Dia melalui bilik Jefry. Terdengar Jefry sedang berbual dengan seseorang di telephone. Dari celahan pintu yang tidak tertutup rapat dia mendengar Jefry menyebut nama Datin Marina. Dia memasang telinga.
"Betul ke Datin Marina nak cepatkan perkahwinan kau dengan Luq? Kau tak boleh buat macamtu. Kau aniaya Luq. Baby tu anak aku. Aku akan bertanggungjawab Inara. Aku akan sayang kau lebih dari Luq sayangkan kau. Beri aku peluang. "
Seraya itu Luq menolak pintu bilik Jefry. Jefry tersentak melihat muka Luq yang merah padam. Luq melepaskan beberapa tumbukkan ke muka Jefry kemudian pergi dari situ.
YOU ARE READING
Love Scenario
RomanceLuq hidup bersendirian setelah kematian ibu dan bapa dalam kemalangan. Luq mempunyai kekasih bernama Inara. Inara mengenali Luq sejak dari kecil sebab ibu Inara kawan baik kepada ibu Luq dan berhasrat untuk jodohkan mereka berdua. Ibu bapa Inara ing...