🌸 Bab 28 🌸

3.3K 122 14
                                    

Misha duduk sendirian di ruang tamu rumahnya yang sederhana besar itu. Tangannya menongkat dagu. Matanya tertacap pada skrin television yang berada di depannya, tetapi fikirannya melayang entah ke mana. Jam di dinding dikerling. Sudah pukul sebelas malam, tetapi kelibat Amar masih tidak kelihatan.

Huh!

Misha melepaskan keluhan berat. Amar semakin dingin dengannya, jauh berbeza dengan Amar yang dikenali dulu. Amar kini tidak lagi melayan dia seperti seorang isteri. Makan minum Misha tidak dipeduli, kesihatan Misha pun tidak diambil tahu.

Misha tahu, Amar kini sibuk merangka rencana untuk merampas Suraya dari Zafran. Kepalanya yang sudah lega dari pening petang tadi berdenyut semula. Dia pantas memicit lembut kepalanya sendiri dengan jari. Beberapa hari ini, Misha selalu merasa pening lalat. Bila pagi tidak pula dia berasa pening, peningnya itu akan bermula petang dan berlarutan sehingga lewat malam.

'Kalaulah Amar ada...boleh juga minta tolong dia picitkan kepala aku ni...' Tapi sayang, Amar tiada.

Air matanya mula bergenangan di pelupuk mata. Ketika rasa sakit kepalanya mencengkam, dia benar-benar berharap yang Amar ada di sisinya. Tetapi itu semua mustahil kerana Amar semakin menjauh darinya.

Rasa menyesal mula merajai hati. Pertemuan pertamanya dengan Amar semasa dia mula bekerja di syarikat yang sama dengan Amar menjeratnya ke dalam kehidupan Amar. Sikap Amar yang peramah, baik hati dan caring itu benar-benar membuat dia rasa disayangi dan dihargai. Amar berbeza dari bekas kekasihnya sebelum ini. Dia pernah menjalin cinta dengan beberapa orang lelaki sebelum memilih Amar sebagai suaminya. Rasanya berbeza sekali, kerana sikap Amar yang matang membuatkan dia rasa dirinya istimewa di hati Amar, lantas dia jatuh hati kepada Amar dan membuat pengakuan jujur kepada Amar.

Pada mulanya, dia agak terkejut apabila mendapat tahu yang Amar adalah suami orang dan sudah mempunyai anak. Namun, terlanjur sayang itu yang membuatkan dia tekad untuk mendapatkan juga Amar walaupun sudah tahu yang Amar suami orang. Pernah dia cuba untuk melupakan Amar, tetapi dia tidak mampu. Tambahan pula, mereka bertemu tiap hari di pejabat. Bagaimana untuk mengelak?

Dalam dia terfikir-fikir untuk melupakan Amar, timbul pula orang ketiga yang selalu memberi galakkan kepadanya untuk merampas Amar dari Suraya. Ketika itu, dia benar-benar keliru. Tetapi demi memenuhi kehendak sendiri, dia tega meruntuhkan sebuah Masjid yang telah Amar dan Suraya bina bersama. Air matanya jatuh juga. Sekarang, dia merasai apa yang pernah Suraya rasakan dulu. Deretan rasa bersalah semakin bertimpa-timpa dalam hatinya.

Denyutan di kepalanya semakin kuat. Dia tidak betah lagi untuk terus duduk di situ menunggu Amar pulang. Television di tutup. Dengan penuh berhati-hati, di melangkah menaiki anak tangga untuk ke biliknya. Kepalanya yang masih sakit itu membataskan pergerakannya. Sampai di dalam bilik, dia terus merebahkan diri di katil. Matanya dipejam, air mata yang masih mengalir diseka.

Kedengaran  bunyi pintu bilik dikuak. Misha membuka mata. Keadaan bilik yang sedikit malap itu tidak membataskan penglihatannya untuk melihat kelibat Amar masuk. Amar meletakkan beg kerjanya di atas meja kecil di sudut bilik. Misha bangkit dari pembaringan lalu duduk di birai katil. Rasa sakit di kepalanya tidak dipeduli.

"You dah balik... You dah makan ke?" soal Misha penuh prihatin.

"Dah makan kat luar tadi, i nak mandi dulu."

Amar melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri. Misha pula turun ke bawah untuk membuat air. Selepas membuat air, air itu dibawa semula ke atas. Kelihatan Amar sudah pun keluar dari bilik mandi. Air diletak di atas meja. Misha melangkah mendekati Amar yang telah pun mengenakan pakaian. Dia memeluk lelaki kesayangannya itu dari belakang. Amar tergamam dengan tindakkan Misha. Dia tidak membalas, tidak juga menolak pelukan itu.

Mr Drama King(BAKAL TERBIT)✅Where stories live. Discover now