SABAR DAN SYUKUR SEBAGAI JALAN TAWAKAL

14 0 0
                                    


SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan: “Wahai anakku, hendaklah engkau mempelajari ilmu dan bersikap ikhlas sehingga engkau bersih daripada perangkap dan tali kemunafikan. Carilah ilmu kerana Allah Azza wa Jalla, bukan kerana makhluk atau kerana dunia. Dan, ciri pencari ilmu kerana Allah adalah, engkau merasa takut kepada Allah ketika datang perintah dan larangan-Nya. Engkau merasa takut dan hina di hadapan-Nya. Lalu, bersikap rendah hati terhadap makhluk tanpa memerlukannya. Tidak bercita2 terhadap apa yang mereka miliki.

Dan, bersahabatlah di jalan Allah, dan bermusuhanlah di jalan Allah. Sebab, persahabatan bukan di jalan Allah adalah permusuhan. Keteguhan selain di jalan Allah adalah kehancuran. Serta, pemberian bukan di jalan-Nya akan terhalang."

Rasulullah SAW bersabda, “Iman itu terdiri daripada 2 bahagian; satu bahagian sabar dan satu bahagian syukur.”

"Jika engkau tidak bersabar atas siksaan dan tidak mensyukuri nikmat, bererti engkau bukan termasuk orang yang beriman. Di antara hakikat Islam adalah mahu berserah diri kepada Allah.
Allah SWT berfirman, “Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan menyediakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.”
- (QS 65; 2-3).

Karena itu, berdoalah!"

“Ya Allah, hidupkanlah hati kami dengan tawakal kepada-Mu, dengan ketaatan kepada-Mu, dengan mengingat-Mu, dengan menyesuaikan diri kepada-Mu dan dengan kekuatan tauhid kepada-Mu.”

-- Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Fath Ar-Rabbani.

Coretan PenaWhere stories live. Discover now