"BANGUN LA ZAD!" Air mata yang menitis laju di pipi langsung tidak di endahkan. Dia tahu Aizad bukannya sedang dalam lena. Lelaki itu sengaja mengelak daripada berbicara dengan dirinya. Ini tidak lain tidak bukan, Aizad sudah mulai bosan melihat dirinya sering kali menangis ketika mereka bersua muka.
Semalam, seharian Aizad terbaring lesu. Seharian juga dia resah-gelisah memikirkan keadaan Aizad. Hari ini, apabila doktor sudah mula memberi kebenaran untuk melawat Aizad, seharian Ara tidak putus-putus datang melawat.
"Ra.... Sebelum aku naik hantu. baik kau balik, balik dekat wad kau. Rimas la!" Aizad tutur
dengan nada kurang senang sebelum kelopak matanya di buka secara perlahan-lahan. Di lihat Ara sedang duduk di atas kerusi di sebelah katilnya.
Dalam diam, wajah keruh di sebelahnya di tatap dengan penuh kasih. Jika dia tidak memikirkan gelaran kawan serta tiada ikatan yang halal menjadi penghalang, mahu sahaja tubuh badan gadis yang sedang duduk memandang lantai ini di peluk sekuat hati.
Tangannya terasa seperti mahu di angkat - mahu menyapu air mata yang mengalir deras di pipi rakan sekuliahnya itu - namun di batalkan daripada di teruskan. Ini kerana, tidak mahu mengundang rasa kurang senang pada Ara, walaupun dia tidak betah melihat wajah yang sentiasa tersenyum selama ini berubah dengan sekelip mata kerana satu insiden.
"Zad. Maafkan....aku.... Patutnya kau.... biarkan je aku....." Ara berhenti beberapa ketika sebelum kembali menyambung, "Aizad.. aku.." Ara tuturkan dengan nada sedu sambil bahunya turun naik. Belum sempat Ara mahu menyambung, Aizad serta-merta memotong,
"Baik kau keluar sekarang!! Aku nak tidur la!!" Ara menggenggam sekuat hati kedua tangannya tatkala suara Aizad meninggi. Air matanya semakin lebat mengalir. "Pagi petang siang malam asyik menghadap muka kau je! Muka lawa takpe jugak... Ini muka macam lantai je... Keluar la!!" Terus di tarik selimut menutupi wajahnya.
"Aizad... Aku..." Ara mengangkat kepalanya memandang seluruh tubuh Aizad yang di baluti dengan selimut. Air matanya semakin deras mengalir. Belum sempat Ara mahu membuka mulut kembali, Aizad sengaja berdengkur.
"Tidur la Zad... Aku keluar dulu...." Air mata yang masih setia mengalir di pipi di sapu perlahan dengan hujung tudung, begitu juga bahagian hidungnya. Tubuhnya di angkat dan terus kakinya melangkah pergi.
Ara kembali memandang Aizad yang masih berselubung dengan selimut sebelum kaki terus melangkah membiarkan class repnya untuk berehat.
Selimut yang menutupi mukanya di selak kembali. Bibirnya di ketap geram dengan diri sendiri. Terus rambutnya di ramas geram. Dia terasa seperti dia tidak berguna apabila bersama dengan Ara. Dia merasa di tidak berguna apabila dia tidak dapat menghapuskan air mata yang sering mengalir sejak kebelakangan ini. Dia tidak mahu air mata itu mengalir lagi.
Ya Allah. Kau kembalikanlah semangat pada Ara. Kau tunjukkanlah padanya, kehidupan ini masih lagi banyak perkara-perkara yang indah bakal menanti, Ya Rabb. Pada-Mu aku memohon.
Aizad berdoa di dalam hati.
YOU ARE READING
DIA, ARA
RandomAra Syahira betul keputusan yang kau buat ni? Tunang kakak sulungnya kini menjadi suaminya sekelip mata. Namun di hatinya ada tempat istimewa buat kawan baiknya. *Selamat membaca*