1

17 2 0
                                    

Kringg....kringg...
Jam di dinding terus berdetak aaaa😂
Ok ok author gurau ja😅

Aqilah melihat jam di telefon bimbitnya dan menutup alarm yang berbunyi dari tadi lalu dia terus menyambung tidurnya semula.

Tok...tok...
"Qila bangun cepat dah lewat dah ni" panggil Puan Dahlia sambil mengetuk pintu bilik anaknya.

"Kejaplah mama orang ngantuk lagi ni...give me five minutes"kata Aqilah dengan suara serak yang masih mengantuk.

"Banyaklah kamu five minutes dah jam enam dah ni pergi mandi sekarang sebelum mama simbah kamu dengan air" jerit Puan Dahlia di sebalik pintu.

Aqila yang mendengar kata-kata mamanya itu terus bangun dari tidur "hah jam enam? Dah lewat ni hari ni dah la first day aku kat sekolah baru tu...kenapalah mama tak kejut aku awal-awal" ngomel Aqilah sendirian.

Eh² Aqilah ni dia yg bangun pastu tidur balik salahkan mama dia pulak.-author
"Diamlah author😑"-aqilah
Ok ok sambung balik😅✌-author

*****

Aqilah tergesa-gesa berlari ke arah mama dan papanya dengan keadan zip begnya yang masih terbuka digalas di bahu sebelah kanan dan di tangan kirinya terdapat beberapa buku teks dan buku rujukan. "Ma,pa Qila pergi dulu ehh" kata Aqilah lalu menyalam tangan kedua ibu bapanya. "Makanlah dulu Qila nanti gastrik pula" kata Encik Rusyaidi yang risau akan kesihatan anaknya itu. "Takpa lah papa nanti Qila makan banyak-banyak kat sekolah , Qila dah lambat ni " kata Qila sambil memakai kasut sekolahnya.

"Ha dah la tu Qila pergilah sekolah cepat. Nah ni bekal kamu mama dah siapkan jangan lupa makan pula. Dah pergi cepat bawa motor tu elok-elok jangan nak ligan masa sangat" nasihat Puan Dahlia yang tahu sangat akan perangai anaknya itu yang gemar menunggang moto dengan laju apatah lagi apabila sudah lewat.

Aqilah memarkir motornya di tempat letak motor di luar sekolah. Dia masuk ke dalam sekolah terus ke pejabat untuk mengetahui kelas yang akan didudukinya nanti.

"Mana cikgu ni? Kalau aku tau cikgu lambat aku datang lagi lambat dari ni pon takpa" ngomel Aqilah dia dalam hati sambil itu dia senyum ke arah akak kerani yang memerhatinya dari tadi. "Okay pelajar-pelajar baru sila tunggu di bilik mesyuarat sebentar lagi akan ada cikgu yang uruskan mengikut tingkatan ya. Maaflah cikgu lewat sikit harini nak uruskan anak-anak tadi" kata guru yang bertugas itu sambil menunjukkan mereka jalan ke bilik mesyuarat.

Aqilah dan beberapa orang pelajar baru masuk ke dalam bilik mesyuarat dan memilih tempat masing-masing. "Baiklah nama cikgu ialah Cikgu Rohayu, cikgu akan uruskan pelajar tingkatan 1,2 dan 3. Cikgu akan mulakan dengan tingkatan 1 dulu ya" kata cikgu yang baru masuk ke bilik mesyuarat itu.

'Cikgu tingkatan 4 pon dah datang, bila cikgu tingkatan 5 nak datang ni. Kalau camni aku balik tidoq dulu pon takpa" kata Aqilah di dalam hati. Matanya memerhati cikgu-cikgu yang uruskan pelajar tingkatan lain.

Matanya tertancap pada seorang budak perempuan yang kecil molek pada pandangannya. "Ni mesti tingkatan 1 ni tak pon tingkatan 3" kata Aqilah memikirkan umur gadis yang bertubuh genit itu.

Fikirannya terhenti apabila seorang guru masuk ke dalam bilik mesyuarat. "Baiklah nama cikgu ialah Cikgu Wan Azizah. Cikgu ialah guru tingkatan 5. Maafkan cikgu kerana lewat. Cikgu kalut nak uruskan hal suami dan anak-anak sampai cikgu pon tak sempat sarapan lagi ni" kata cikgu yang bertugas itu dengan rasa bersalah atas kelewatannya.

Guru itu memanggil pelajar baru tingkatan lima untuk duduk di hadapannya. Aqilah berdiri dan pergi ke arah guru tersebut lalu duduk di hadapannya. Pelajar yang bertubuh genit tadi juga pergi ke arah guru tersebut lalu duduk di sebelah Aqilah. 'Ouh dia tingkatan 5 rupanya' ketawa Aqilah di dalam hati mengingatkan apa yang difikirkannya tentang umur gadis yang bertubuh kecil itu tadi.

"Baiklah Aqilah akan masuk ke kelas 5 Kemanusiaan Anggerik. Asma pulak akan masuk ke kelas 5 Sains Bijak" kata cikgu Wan Azizah sambil pandang ke arah mereka berdua. 'La budak sains rupanya. Ermm dia mesti pandai en' kata Aqilah dalam hati. "Tapi sebelum pergi kelas kamu berdua duduk di sini dulu boleh? Sebab cikgu nak pergi sarapan dulu sat" kata cikgu Wan Azizah. Mereka berdua hanya mengangguk sahaja maklumlah pelajar baru😂.

Aqilah mengerling gadis yang berada di sebelahnya itu. "Hai,nama pa?" Tanya Aqilah pada gadis di sebelahnya itu. "Asmadiana, hampa nama pa?" Kata gadis itu lalu bertanya semula kepada Aqilah. "Aqilah, hampa dari sekolah mana?" Tanya Aqilah. "Smk abdullah munshi" katanya. "Ouh ni nak panggil apa?" Tanya Aqilah lagi. "Ikut suka lah" katanya sambil tersengih. "Kalau macamtu kami panggil hampa Diana lah" kata Aqilah.

Perbualan mereka terhenti di situ dan keadaan menjadi agak janggal kerana mereka tidak saling mengenali. "Baiklah mari cikgu tunjukkan kelas" kata cikgu Wan Azizah setelah kembali selepas sarapan tadi.

"Kita pergi kelas Aqilah dulu ya sebab kelas Asma sebelah kelas Aqilah ja" kata cikgu Wan Azizah. "Baik cikgu" balas mereka berdua.

Setelah sampai di kelas 5 Kemanusiaan Anggerik , Cikgu Wan Azizah terus masuk ke dalam kelas tersebut bersama Aqilah lalu memperkenalkan Aqilah.

"Assalamualaikum semua harini ada pelajar baru masuk di dalam kelas ini. Aqilah sila perkenalkan diri" kata cikgu Wan Azizah. "Hai Assalamualaikum nama saya Aqilah, saya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Aman. Saya pindah ke sekolah ni sebab ayah saya kena transfer ke KL and tak dak sapa hantar ke sekolah sebab jauh sangat. Sekolah ni pun boleh kata dekat jugak la dengan rumah, hehe." Ketawa Aqilah di hujung percakapannya. Dia perasan akan sepasang mata yang dari tadi memerhatikannya. 'Aduhai napa hensem sangat dia tu. Aku rasa dah jumpa crush baru kat sekolah ni' kata Aqilah di dalam hati.

"Ada apa-apa soalan?" Tanya Cikgu Wan Azizah kepada murid-murid di kelas 5 Kemanusiaan Anggerik itu tetapi mereka semua hanya berdiam diri.

"Baiklah kalau tak dak apa-apa cikgu tinggalkan Aqilah di sini. Cikgu nak pergi hantar Asma ke kelas dia pulak satgi baru cikgu masuk kelas ni. Make sure kamu semua siapkan tugasan yang cikgu bagi kelmarin" pesan Cikgu Wan Azizah sebelum keluar dari kelas.

Setelah Cikgu Wan Azizah meninggalkan kelas, semua budak perempuan bangun mengelilingi Aqilah dan menegurnya dengan riuh sekali.

"Hai, hampa nama Aqilah kan? Saya pun Aqilah jugak. Aqilah Balqis." Kata Aqilah Balqis sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Aqilah.

"Saya pun Aqilah jugak. Aqilah Atilia" kata seorang lagi pelajar

"Hei, jangan lupa Aqilah lagi seorang kat sini. Hai, nama saya Aqilah Husnina" kata seorang lagi pelajar di dalam kelas itu sambil tersenyum ke arah Aqilah.

"Sekarang kelas ni Aqilah ada kuasa empat la" terdengar seorang pelajar lelaki menyampuk perbualan mereka. 'Aqilah kuasa empat? Dah macam boboboi dah haha' ketawa Aqilah di dalam hati. Aqilah memerhati pelajar lelaki itu melalui ekor matanya 'o yem ji, crush aku lah huhu nak kembang sat boleh dak' teruja Aqilah kerana perasan akan crush barunya itu sedang bercakap tentang dia.

"Kau kenapa? Nak kena serang ka? Jom girls bertukar" kata Aqilah Balqis. "Jom. Aqilah kuasa empat!!!" Jerit mereka semua kecuali Aqilah.

"Heh tak takut pun sebab tiga ja" kata pelajar lelaki tersebut sambil jelir lidah kepada mereka.

"Alaa Aqilah kenapa tak jerit sekali?" Rungut Aqilah Atilia kepada Aqilah.

"Aku jeritlah tadi" kata Aqilah Husnina.

"Aku bukan kata kat kau lah. Aku kata kat Aqilah baru" kata Aqilah Atilia sambil menunjuk ke arah Aqilah.

'Riuhnya kelas ni, tapi aku suka. Sekolah baru, kawan baru And crush baru!!!" Jerit Aqilah di dalam hati sambil tersenyum melihat suasana di dalam kelas 5 Kemanusiaan Anggerik itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 10, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Monyet(hold)Where stories live. Discover now